Dulu masa kes demonstrasi di UPSI serta cakna mahasiswa terhadap isu pentadbiran kecoh kakitangan unisel termasuk pensyarah. Tapi baru-baru ni ada kes percubaan bunuh dan bakar oleh beberapa mahasiswa unisel yang terlibat tak pulak menjadi isu yang memalukan malah didiamkan pihak pentadbiran dan pensyarah. Tak memalukan pulak ye kes yang difailkan bawah syeksyen 502 (B) kanun keseksaan?
Sebelum ini pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) besama pimpinan Pro-Mahasiswa unisel ada mengadakan beberapa tindakan berhimpun aman berhubung beberapa perkara seperti PTPTN, Kepincangan pentadbiran universiti, yuran, penindasan undang-undang dsb, samada didalam kampus mahupun diluar kampus. Kebanyakan kakitangan universiti termasuk pensyarah menyelar tindakan ini lantas melabel kami keterlaluan dan merosakkan imej institusi.
Satu perkara yang harus mereka tahu dan hadam terlebih dahulu adalah, adakah demonstrasi atau perhimpunan aman yang kami kelolakan itu lebih mudharat daripada kes bunuh yang di war-warkan oleh media tika ini? Atau sebenarnya pihak pentadbiran sengaja ingin mengaburi mata mahasiswa dengan langsung tidak respon berhubung perkara ini lantas menyorokkan kebatilan sebenar? Buat apa nak dimalukan, jika ia perkara sebenar?
Mungkin lepas ni unisel boleh buat satu kos baru iaitu kos Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bakar dan Bunuh dengan pendidikan, mungkin dibawah fakulti jenayah (Itu pon kalau duit cukup laa). Dimana sebelumnya ada pihak yang melabel unisel sebagai universiti pelopor kepada gejala demonstrasi dan itu di kelim oleh beberapa pihak kakitangan serta pensyarah sebagai memalukan.
Tidak cukup dengan itu, pihak pentadbiran cuba menyabitkan pelajar-pelajar yang cakna isu pentadbiran serta hal ehwal mahasiswa dengan hukuman berat dan mengheret mereka ke prosiding tatatertib dengan harapan membisukan mulut mahasiswa tersebut. Undang-undang rimba mana jawatankuasa senat guna kan ni? Marah rupanya bila kedudukan digugat mahasiswa, goyang jugak mereka-mereka yang diatas ni bila di gegar kedudukan selesa yang menjanjikan pendapatan bulanan puluhan ribu tu?
Satu perkara yang aku nak ingatkan dan aku harap apa yang aku cakapkan ni tanam dalam kepala otak mereka-mereka ni. Kami mahasiswa samada yang berstatus AKTIF atau GRADUATE, membayar gaji anda dan jangan sesekali kalian mengkhianati kepercayaan yang kami beri. Kami punya hak untuk berdemonstrasi, dan kami ada hak untuk suara didengar. setiap keputusan pentadbiran seharusnya mendapat persetujuan kami bukan mentadbir secara kuku besi dan syok sendiri.
"Anak Muda Cakna ISU"
MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
BSc. (Hons) Mathematics with Statistics
Universiti Selangor (unisel)
5:06 PM |
Category: |
0
comments






