-PenTeman-

salam sejahtera....
melihat kepada bangsa "MELAYU" kita kini.....
adalah amat menyedihkan sama ada dari segi pendidikan, pencapaian juga sosialnya....
adakah bangsa "MELAYU" kini benar-benar "MELAYU" menyembah bumi??
tepuk dada tanya selera.....bak kata mantan Perdana Menteri yang ke-4 "melayu mudah lupa"...
mari lah sahabat...kita merenung, juga bermuhasabah diri.....apa yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri kita suatu ketika dahulu......

Marilah bersama kita merenung kembali kata-kata pahlawan melayu melaka iaitu HANG TUAH...."TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"...adakah kata-kata yang dilafaskan HANG TUAH suatu ketika dahulu benar belaka???Sudah tentu tiada jaminannya...apalah yang boleh mulut jaminkan jika tanpa ada tindakan disertakan...adakah bangsa "MELAYU" ini akan terus kekal di nusantara???YA mungkin masih berbaki bilangannya...TETAPI adakah kualiti yang berbki akan terus memperjuangkan nasib bangsanya???INGATLAH sahabat...bukanlah kuantiti yang dicari tetapi kualiti yang dikejari.....

Melihat kepada sistem pendidikan kini yang makin meruncing dan membinbangkan, saya berpendapat bahawa amatlah wajar untuk sukarelawan bangsa "MELAYU" ini memperjuangkan nasib anak "MELAYU"...Amatlah membimbangkan bahawa bangsa "MELAYU" suatu ketika dahulu mendahului dari segala segi, kini "MELAYU" menyembah bumi dan di tinggalkan jauh oleh bangsa-bangsa lain...gejala sosial, dadah, rogol dan sebagainya di kalangan anak "MELAYU" kini menular dan bertaburan seperti cendawan tumbuh selepas hujan...

Saya amat bersedih hati melihat peri laku pelajar sekolah sekarang yang tidak tahu hormat hatta melakukan perkara yang tidak dapat di jangkau dek pemikiran waras..antara perlakuan yang menyedihkan adalah membakar kenderaan guru, buli guru dan yang paling menyedihkan memukul guru...Cuba kita bermuhasabah diri seketika..mengapa remaja kini boleh bertindak sehingga ketahap menakutkan ini..Mengapa kejadian ini tidak berlaku dahulu??30 hingga 40 tahun terdahulu??Profesion perguruan suatu ketika dahulu merupakan profesion yang disanjung tinggi bukan sahaja pelajarnya malah komuniti setempat....Antara penyebab keruntuhan akhlak remaja kini adalah kerana sistem pendidikan yang tidak menyeluruh..oleh kerana sistem pendidikan yang bercampur baur dengan politik ini menyebabkan sistem itu sendiri lumpuh dan hancur..Pihak kerajaan sepatutnya memikirkan tentang 20 ke 40 tahun mendatang..Mereka perlu memikirkan nasib bangsa bukannya mengadaikan hak bangsa...Mereka perlu merancang dengan bijak menangani gejala yang melumpuhkan remaja "MELAYU" kini...

Saya amat takut memikirkan tentang nasib "MELAYU" mendatang...Apa yang mampu saya lakukan adalah menasihati dan mengeluarkan pendapat..nasihat yang di lemparkan bukan sahaja untuk anak "MELAYU" diluarsana malah secara peribadi diri saya sendiri..

sesudahnya saya sebagai seorang insan hanya mampu mendoakan nasib anak "MELAYU" akan terus gagah di NUSANTARA..Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan membuahkan pendapat juga idea...

AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

Comments (1)

On June 2, 2009 at 7:43 AM , SALSABILA HUMAIRAH IBNI SAFWATULLAH WALIUDDIN said...

MELAYU...jatuh bangun...maju mundurnya di atas tangan kita sendiri...disebabkan sifat terlalu selesa menyebabkan kita alpa dan akhirnya generasi pewaris yang akan merasakan bahang merempat di tanah air sendiri...renung fikirkan apa yang cuba disampaikan...takkan susu menjadi keju jika tidak wujud tindak balas...merenung dengan matahati bukannya menuduh melulu tanpa sebarang aksi...JANGAN TANYA APA YANG KITA BOLEH DAPAT...TETAPI FIKIRKAN APA YANG KITA BOLEH SUMBANGKAN...BUAT SELURUH WARGA MELAYU YANG RATA-RATANYA BERAGA ISLAM...TEPUK DADA TANYA IMAN...RENUNG FIKIR MANA YANG PERLU DIPERTAHANKAN TERLEBIH DAHULU....