-PenTeman-

salam...
Melihat kepada isu yang menggelodak ini membuat saya tertarik untuk memberi pendapat lantas berkongsi idea bersama anda..

Perlaksanaan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris(PPSMI) ini terdapat kebaikan dan keburukan nya...Antara kebaikan perlaksanaan nya mungkin menyebabkan pelajar mahir dalam bertutur dalam bahasa kediua ini..Tetapi ini adalah diantara kebaikan dalam perlaksanaannya...Saya secara peribadi lebih tertarik untuk membicarakan tentang keburukannya sama ada kesan nya yang melibatkan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang..

Antara keburukannya adalah hilang kekuatan bahasa MELAYU..Dalam melihat perspektif bahasa saya tertarik dengan kata-kata "BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA"..jika kita hayati perkataan ini, apakah kita kini sudah menganak tirikan bahasa ibunda bangsa Melayu ini..Jika kita lihat kuasa besar dunia seperti Rusia,Jepun,Korea dan tidak ketinggalan Amerika Syarikat kuat mempertahankan bahasa mereka sebagai bahasa UTAMA..Apakah kita inginkan bahasa yang diwarisi oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu terkubur begitu sahaja disebabkan tindak tanduk pemimpin yang rakus dan tidak langsung memikirkan keburukan dalam perlaksanaan nya.

Yang kedua, kualiti peperiksaan yang rendah..Dalam perlaksanaan PPSMI ini, kebanyakan pelajar tidak memahami soalan kerana pada masa yang sama mereka perlu memahami bahasa dan soalan..Oleh kerana itu piawaian peperiksaan di Malaysia kini(sepanjang perlaksanaan nya)
telah di permudahkan natijahnya kualiti pelajar yang memperolehi bilangan "A" tidak lagi dibanggakan..Oleh kerana perlaksanaan ini lah telah menyebabkan institusi pendidikan kini merudum jatuh dan selalu dikritik bukan sahaja oleh masyarakat malah tokoh akademik..
Saya tertarik dengan Tokoh akademik Ungku Aziz yang dikenali ramai membangkang keras perlaksanaan PPSMI ini..

Sekian sahaja pendapat yang dapat saya berkongsi bersama anda semua..diharapkan sebarang komen dan juga idea dalam memartabatkan bahasa MELAYU dapat dintyatakan..Juga saya secara peribadi membangkang(tak penuh) dalam perlaksanaan PPSMI ini..Dalam keburukan sesuatu pasti terselit kebaikan walaupun sekecil zarah sekali pon...

Comments (4)

On May 20, 2009 at 8:01 PM , cosmethologist thinker said...

hai.... As'kum....
betol juga ape y Shimi kata 2...
tapi cube kita tgk dari sudut positif dia... bg yana pro dia lg bnyk berbanding dengan cons dia....
Bckp mengenai isu jumlah pelajar y dapat A.... memang jumlah dia akan berkurang,tapi, jika jumlah y dapat A ramai, tetapi kualitinya rendah pun buat apa... bagaimana kita mahu bersaing dengan pelajar antarabangsa...
untuk melahirkan pelajar yang berpemikiran global, kita mesti melatih mereka dgn cara begitu..
memang pada peringkat permulaan nya byk tentangan akan dterima, nanti akhirnya buah y akan dihasilkan ialah seorang pelajar y bkn shaja berkualiti di peringkat malaysia, malah d peringkat global juga....
pembelajaran d U dlm bahasa Inggeris, secara x langsung, ia dapat djadikan persiapan bg mereka d menara gading kelak....

 
On May 22, 2009 at 2:09 AM , mushariff world said...

salam yana biar saya respond ulasan anda..saya merasakan untuk mencapai kecemerlangan sesebuah negara itu tidak semestinya perlu membuat keputusan untuk menukar polisi dan perlembagaan secara tidak langsung...Cuba kita lihat di UM contohnya pelajar mereka diajar kebanyakannya dalam bahasa melayu dan kesannya UM antara universiti yang terbaik bukan sahaja di negara kita ini malah antara terbaik dunia...Oleh itu terbuktilah bahawa perlaksanaan PPSMI tidak dapat menjaminkan apa2 untuk masa depan...
sekian

 
On June 1, 2009 at 11:58 PM , cosmethologist thinker said...

kini isu globalization sgt dtekan kan..... berapa ramai dikalangan mahasiswa kita masih lg kelam kabut dgn penggunaan bahasa inggeris.... seperti y kita maklum.... kini byk buku y dterbitkan d dlm bhasa inggeris.... terutamanya dalam bidang sains.... dari sudut pandangan, teori mahupun research... ini ekoran kurangnya pendedahan dalm bhs inggeris.

 
On June 8, 2009 at 7:31 AM , SALSABILA HUMAIRAH IBNI SAFWATULLAH WALIUDDIN said...

Assalamualaikum..
Maaf jika pandangan saya tersasar dengan apa yang cuba anda sampaikan...PPSMI merupaka satu isu tamparan hebat bagi rakyat Malaysia...di Malaysia khususnya bila kita katakan akan wujudnya silibus yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantara...makanya lebih banyak pihak yang akan melatah...kerana kita menganggap perkara tersebut membebankan dan adakalanya masyarakat kita tidak berani mencabar diri untuk meletakkan status diri diperingkat yang tertinggi...kita bukan hendak menunding kemana-mana pihak tetapi sewajarnya pihak kerajaan harus mengkaji balik tentang isu yang saya fikir agak drastik jika dahulu kita ada LCE dan sebagainya mengapa tidak dikekalkan?Mengapa perlu ditukar kepada SRP dan sebagainya...nampak kelompongan disitu...tidak salah mengagungkan bahasa ibunda namun kita kena ingat dan sedar bahawasanya kita haruslah menjadi sebahagian daripada penggerak tenaga negara yang bakal menyumbang kearah pembangunan negara...sampai bila kita ORANG MELAYU khususnya nak berteleku di bawah tempurung?Sampai bila kita sebagai MELAYU dilabel sebagai kaum kelas kedua yang ibarat kata menumpang ditanah sendiri?Renung fikirkan bersama....