-PenTeman-

MUKADIMAH

"Sebelum kaki melangkah ke bumi Bandaraya Bersejarah(HOME STAY) selama 5 hari dan di ikuti dengan persidangan komanwel(Berlansung di KLCC) selama 5 hari apalah kiranya Penulis mencoretkan sedikit kesinambungan dari isu BANGSA MELAYU sebelum ini..Ikutilah kesinambungan dari isu sebelumnya.."

KISAH BERMULA..
“Adakah Bangsa MELAYU ketika ini semakin “MELAYU” menyembah bumi, seiring dengan penamaan bangsanya ini??Ia semakin membimbangkan penulis kerana penamaan bangsa ini seolah-olah menjadi realiti hatta menjadi kenyataan..tahun kian bertukar abad..abad pula kian bertukar dekad..dekad pasti kian bertukar zaman..ini lah reality pertukaran zaman yang terpaksa ditanggung oleh generasi baru kini...Penulis ada terdengar ungkapan “harga kemajuan sesebuah Negara maju terletak kepada MARUAH BANGSA nya”..Apakah kita sanggup untuk berhadapan dengan persoalan ini??Adakah kita sanggup untuk gadaikan maruah BANGSA kita demi untuk mencapai kemajuan??Tepuklah dada Tanya selera..Kali ini penulis merasakan tepat pada waktunya untuk penulis merungkai permasalahan atau dilemma bangsa MELAYU berikutan kemajuan yang di capai seiring dengan kemerdekaan yang diraih selama lebih 50 tahun….

PENDIDIKAN

Apabila penulis melihat keadaan sekeliling sambil mengambil kira isu semasa, penulis amat terperanjat kerana baru-baru ini Negara digemparkan oleh kes pembunuhan seorang pelajar sekolah di cheras yang dipercayai dipukul oleh 24 rakan mereka bersabit kesalahan merebut teman wanita..sekali pandang kes ini sangat kebiasaan berlaku barangkali..Tapi adakah kita sedar bahawa perkara ini acap kali terjadi??Itu persoalan nya..Pembenterasan yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab bermusim dan berkepentingan semata-mata..Apakah ini realitinya pelajar sekolah sekarang mula berani melakukan jenayah??Juga persoalannya, BANGSA apakah pelajar yang terlibat??jadi LU PIKIR LAH SENDIRI….

Penulis ingin berkongsi cerita yang diperoleh daripada kedua ibu bapa penulis juga beberapa sumber orang-oarang lama untuk dikongsikan kepada semua.Dikatakan bahawa suatu ketika dahulu sewaktu kedua ibu bapa penulis di alam persekolahan guru itu ibarat RAJA dan pemerintah..sehinggakan jika guru berkehendak mengatakan ARANG itu PUTIH maka pelajar juga perlu akur bahawa arang itu putih(PERUMPAMAAN).Dalam masalah disiplin pula..Jika seseorang pelajar itu dihukum, dan pelajar tersebut mengadukan perkara perihal hukuman tersebut terhadap kedua ibu bapa nya maka akan ditambah hukumannya kepada pelajar tersebut oleh penjaga mereka senderi..Demikianlah dapat penulis simpulkan bahawa segala yang dilakukan guru suatu ketika dahulu merupakan sesuatu yang dihormati bukan sahaja oleh kedua ibu bapa pelajar malah masyarakat sekeliling..Ini kerana Profession perguruan suatu ketika dahulu diangkat dan tindak tanduk guru dahulu tidak dipersoalkan malah dihormati..Namun begitu tindaktanduknya itu juga dianggapkan proses untuk mendidik anak mereka.Lantas itu profession perguruan suatu ketika dahulu dijulang dan dimartabatkan oleh masyarakat sekeliling..Hasilnya ramai tokoh akademik yang terhasil oleh didikan guru suatu ketika dahulu..

GEJALA SOSIAL

Jika dilihat kepada statistik tangkapan yang dibuat oleh pihak polis khususnya melalui OPS Rempit yang lepas didapati golongan MELAYU merupakan golongan mejoriti serta memonopoli Profession yang tidak bermoral ini…siapa yang perlu dipersalahkan??adakah ibu bapa.pihak berkuasa atau pihak kerajaan??kenyataan diatas merupakan kajian kumpulan data yang diperoleh melalui media cetak..Bagaimana pula jika kita ambil inisiatif untuk melihat sendiri keadaan ini….sudah tentu penulis boleh jamin Bangsa yang “ROSAK” adalah bangsa MELAYU..Penulis bukan beromong kosong semata-mata..Tetapi penulis bercakap bersandarkan fakta serta bukti yang diperoleh melalui media massa dan elektronik..

Itu kes rempit..sekarang ini kita rungkai pula kutu rayau dan lepak dikalangan remaja zaman kini..mengikut pemerhatian Penulis di mana-mana “shoping kompleks” contohnya,tengok kiri,tengok kanan,tengok atas,tengok bawah tanpa mengira waktu persekolahan atau cuti semua nya dipenuhi oleh golongan remaja(masih bersekolah)..Tetapi yang menjadi persoalan nya bangsa mana yang lebih memonopoli “shoping kompleks” itu??sudah tentu jawapan nya adalah bangsaku “MELAYU” bukan..?Tidak cukup dengan itu di kaki lima di Bukit Bintang contohnya bangsa mana yang memenuhi dataran itu kalau bukan bangsa “MELAYU”.Apa yang mereka lakukan??Penulis pasti mereka ini melakukan perkara yang tidak bermoral seperti melepak,menari,mabuk,bertepuk tampar antara lelaki dengan perempuan dan sebagainya..Adakah gejala ini sihat, bermaruah, serta bermoral???lantas jika ada kes buang anak,rogol,bunuh dan samseng jangan pula kita hairan..Mengapa??Kerana pengawasan dan inisiatif yang kurang dari pihak yang bertanggungjawab menyebabkan perkara ini melarat lantas “MELAYUKAN” bangsaKU..Sememangnya penulis marahkan sesetengah pihak yang “MELAYUKAN” bangsa MELAYU..Tertanam dihati penulis akan perasaan cinta akan BANGSAKU..tetapi penulis hampa dengan sikap bangsa MELAYU sekarang yang acuh tak acuh dengan tanggungjawab yang diamanahkan oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu.Jika difikirkan kembali untuk apalah penulis mempertahankan golongan ini sedangkan golongan ini sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk membantu dirinya sendiri…Perasaan sedih bercampur hiba jika dikenangkan generasi sekarang yang tidak mempertahankan bangsanya sendiri..Adakah patut penulis membiarkan BANGSAKU ini terus melayu menyembah BUMI??Jauh di lubuk hati penulis untuk membiarkan BANGSAKU terus hancur dan hanyut ditelan arus kemajuan.. FIKIRLAH..


Sedarlah GENERASIKU , bahawa kau merupakan golongan yang bakal memerintah suatu ketika nanti...Adakah kita mahukan golongan yang memerintah kelak dari golongan yang hancur??sudah tentu tidak bukan??Golongan MELAYU ini merupakan golongan yang dibangga kan HANG TUAH dalam ungkapan nya “TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA”.jangan lah kita hanya melaung “KERAS” ungkapan ini tanpa melakukan apa-apa tetapi kita perlu berusaha agar bangsa melayu yang terhasil bukan sahaja secara kuantiti malah seiring dengan kualiti yang tercipta.


DOA

YA ALLAH,Berkati lah bangsa Melayu(islam) yang kini semakin “MELAYU” menyembah bumi.Berikanlah rahmat mu keatas bangsaku yang semakin melupakan asal usulnya serta bukakanlah pintu taubatmu terhadap bangsaku yang kini bermegah-megah dengan budaya yang songsang serta yang bertentang dengan ajaran MU,Berikan lah mereka peluang kali kedua…YA ALLAH...YA RAHMAN…YA RAHIM..Satukanlah bangsaku yang pelupa dan berikanlah kami(yang prihatin) kudrat untuk mempertahankan bangsaku yang lemah dari segi jiwa nya maka dengan itu aku harapkan bangsaku(ISLAM) akan terus hidup,hatta mencipta nama dan terus memegang tampuk pemerintahan Negara ISLAM..INSYA-ALLAH…

p/s-islam yang dimaksudkan bukanlah sekadar islam atas nama tetapi anutan islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR


*p/s
Penulis ADALAH mushariff

Comments (1)

On June 9, 2009 at 10:10 AM , inasalina said...

salam...

kalau hendak diceritakan perihal remaja zaman sekarang, rasanya tidak akan habis setakat ini sahaja. terlalu berbeza remaja zaman dahulu dengan zaman sekarang. baik dari segi sosial, pegangan agama, dll.

kalau dahulu, pelajar cukup takut untuk mengadu kepada ibu bapa mereka sekiranya mereka didenda oleh guru. kerana mereka tahu, sekiranya mereka mengadu kepada ibu bapa, sudah pasti mereka yang akan dipersalahkan juga. silap2 haribulan, akan dihambat lagi oleh ibu bapa mereka.

berbeza dengan zaman sekarang...

pelajar didenda, sudah pasti guru akan disaman oleh ibu bapa. pelajar? bertambah naik tocang la mereka...

kalau nak dihuraikan tentang isu remaja..dah jenuh orang2 Besar kita kemukakan. tapi, remaja tetap begitu.

manusia akan berubah, kalau diri mereka sendiri yang mengkehendakkan perubahan tersebut.

tepuk dada, tanyalah Iman. jangan tanya Selera. kalau tanya selera, penuh dengan nafsu. kalau tanya Iman, insyaAllah...kembali ke pangkal jalan.