-PenTeman-

MUKADIMAH


Setelah memanfaatkan kurang lebih 10 hari, berikutan Conference of Commonwealth Education Ministers(CCEM) kali ke-17 yang julung-julung kalinya di anjurkan melibatkan empat forum antaranya stake holder forum,vice chansalor forum,teachers forum dan youth forum serta berikutan sambutan tahun ke-50 CCEM berlangsung, saya berasa tertarik untuk berkongsi serba sedikit tentang perjalanan prog.. Selama 10 hari program yang berlangsung, kami deligasi dari pelbagai latarbelakang juga negara(53 buah) seramai kurang lebih 110 orang(youth forum) terlibat dalam program “home stay” yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Melaka,Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) dan penduduk kampung sungai Rambai selama 3 hari.


KISAH BERMULA(HOME STAY)


9th june 2009 hingga 11th june 2009-Setibanya kami (Abg mizi, shahimi, dan yeo) di UM kami disambut dengan senyuman oleh warga UM yang mesra.setelah kami berdaftar, kemudian kami diberi sedikit taklimat tentang program "home stay" yang bakal kami lalui..kurang lebih jam 1200 kami bertolak ke sg. Rambai MELAKA..perjalanan kami di iringi dengan motosikal berkuasa tinggi Polis Diraja Malaysia(PDRM) untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan untuk memastikan kelancaran trafik..selang beberapa jam kemudian kami pun sampai ke destinasi yang hendak di tuju iaitu home stay sg. Rambai..setibanya kami disana..alangkah terpegunya saya bahawa kami disambut dengan meriahnya ibarat sultan mencemar duli..Kami disambut dengan paluan kompang, pertunjukan silat dan sebagai nya..sementara menunggu kedatngan ketua menteri melaka kami dihidangkan dengan minuman tradisional melaka iaitu air mata kucing..Malangnya masa yang di ambil untuk menunggu VVIP berlarutan sehingga 2 jam..banyak rungutan dari pihak deligasi luar negara yang menyuarakan kelambatan itu..setelah ketibaan VVIP disambut seperti yang dirancang kami deligasi-deligasi dari pelbagai negara dipecahkan mengikut keluarga angkat masing-masing.di sana kami berpeluang untuk kenal-mengenali antara keluarga angkat dengan deligasi secara lebih dekat..di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayahanda azman sekeluarga yang telah memberikan kami (shahimi[MALAYSIA],ganesh[MALAYSIA],prabu[INDIA]) tempat perlindungan serta makan dan minum.selama tiga hari di sana kami didedahkan dengan pelbadai budaya, adat, dan warisan bukan sahaja negeri Melaka malah keseluruhannya...sepanjang program yang berlangsung, saya serta deligasi yang lain berpeluang untuk belajar cara membuat bakul menggunakan buluh,mencanting batik,menoreh getah dan banyak lagi..program home stay yang berlangsung ini amat bermakna bagi kami walaupun masa yang disediakan amatlah terbatas..setelah tamat tiga hari kami deligasi-deligasi yang berkampung di kg. sg. Rambai pun meneruskan perjalanan ke Taman Mini Malaysia & ASEAN(TMMA) untuk meneruskan program disana..Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada penduduk kg. sg. Rambai khususnya..JUMPA LAGI..


KISAH BERMULA(TMMA)


11th june 2009-Perjalan kami seperti biasa diiringi dengan siren motosikal berkuasa tinggi Polis Diraja Malaysia(PDRM)..Dalam perjalanan saya melelapkan mata hampir sepanjang perjalanan.. tiada apa dapat dikongsikan sepanjang perjalanan ke TMMA..kisah bermula setelah kami tiba di TMMA..setibanya kami disana, seperti biasa kami disambut dengan paluan kompang, persembahan silat dan tarian tradisional melayu..setelah itu kami di jamu dengan juadah yang enak dan ekslusif..setelah itu kami pun di bahagi mengikut bilik yang sudah ditetapkan oleh pihak pengurusan TMMA..tiada pengisian program cumanya post mortem prog home stay yang berlangsung..keesokan hari nya pada 12th june 2009 prog. Kami bermula pada jam 0800, destinasi pertama kami pada hari kedua adalah di world youth foundation(WYF) office..setelah kami melawat serata tempat di WYF, kami pula di bawa ke university multimedia untuk didedahkan tentang pengetahuan multimedia..setelah itu kami segerombolan deligasi di bawa melawat bandaraya Melaka, kota bersejarah dunia..Apa yang saya hampakan adalah panduan daripada pihak tertentu yang mengabaikan kami deligasi tanpa pengawasan pihak yang sepatutnya..kami deligasi dibiarkan tanpa panduan dan tanpa arah tuju, kami juga tidak berkesempatan untuk melawat kesemua tempat seperti yang telah dirancangkan..diharapkan perkara ini tidak akan berlaku pada masa akan datang..setelah penat lelah tawaf bandaraya bersejarah Melaka, kami pun bersiap sedia untuk menunaikan solat jumaat di masjid negeri Melaka, keadaan di sana agak sesak berikutan ketua menteri Melaka dan menteri besar Terengganu yang turut menunaikan solat berjemaah bersama-sama..setelah menunaikan solat kami pun dibawa ke portugis square untuk makan tengahari..apa yang kami terperanjat adalah setiba kaki kami melangkah masuk ke restoran tersebut mata kami tertumpu pada tanda salib yang terpampang, pada ketika itu saya serta beberapa deligasi yang lain masih mempunyai pemikiran positif..semasa kami di hidangkan dengan lauk pauk yang enak-enak oleh pelayan restoran tersebut alangkah terperanjatnya kami bahawa kebanyakan pekerja restoran tersebut mempunyai tatu..tidak cukup dengan itu penanda kedai itu turut mempunyai tanda jenama arak “guiness”..yang paling memeranjatkan kami deligasi muslim adalah jag arak yang digunakan untuk menghidangkan kami deligasi muslim adalah jag arak..saya serta beberapa deligasi muslim yang lain, memboikot makan tengah hari yang diadakan itu..dengan perut yang kosong kami deligasi muslim meneruskan program seperti yang telah dirancang ke menara taming sari..setelah tamat merasa untuk naik ke menara tersebut saya dan sahabat ashraf(USIM) mencari tempat makan untuk mengambil lunch dengan niat untuk mengalas perut yang kosong..kami mencari tempat jualan makan sekitar dataran pahlawan yang bersebelahan dengan taming sari tower..setelah kami menemui food court lalu kami oder dan terus “ta pow” dan bawa naik ke atas bas..setelah menghabiskan lunch didalam bas kami pun terus di bawa ke Melaka river cruise..setibanya kami di sana pada kurang lebih jam 1900 iaitu waktu maghrib..Apa menyedihkan kami adalah penekanan tentang waktu solat, tidak diperjelaskan..seolah-olah solat adalah perkara yang harus sedangkan solat adalah perkara wajib yang patut di patuhi oleh semua orang muslim..harap dapat perubahan pada masa akan datang..13th june 2009-menghitung hari-hari terakhir kami di TMMA, keesokan harinya kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan untuk melawat rumah-rumah tradisional yang siap terbina di TMMA..sebelum itu kami sekali sekali lagi dipersembahkan dengan mainan, tarian, dan tidak ketinggalan, makanan tradisional..setelah tamat semua prog. Kami diberikan masa untuk berehat dan mempunyai masa bebas..Pada malam itu, majlis makan malam kami dijadual khas bersama kerajaan negeri Melaka di dewan sri negeri, Melaka…14th june 2009-keesokan harinya kami dibawa pulang kembali ke UNIVERSITI MALAYA(UM) untuk siap sedia menghadiri sidang CCEM keesokan harinya..

KISAH KEMUNCAK(KLCC)



Pada 14th june 2009, tiada sebarang pengisian yang berat untuk kami deligasi-deligasi yang turut serta cumanya sedikit briefing dari pihak secretariat commonwealth.. keesokan harinya 15th june 2009 kami deligasi youth forum menyertai pembukaan majlis yang di rasmikan oleh menteri belia dan sukan..isu yang disentuh oleh Y.B DATO’ berkenaan penglibatan pendidikan di kalangan remaja/belia..setelah tamat pembukaan forum belia yang dirasmikan oleh Y.B Doto’ Ahmad Shabery Cheek, kami deligasi-deligasi dihidangkan dengan tea break yang lazat dan enak..sementara itu sempat saya dan hampir keseluruhan deligasi melawat booth yang di buka sepanjang perjalanan CCEM kali ke-17..saya berasa berbangga kerana universiti yang saya wakili penglibatannya(UNiSEL) turut serta dalam membuka booth pada sepanjang persidangan berlangsung..Tidak semua universiti yang terlibat dalam pembukaan booth..Boleh dihitung dengan jari penglibatan universiti yang terlibat..setelah tamat masa kira-kira 30 minit kami deligasi-deligasi bergegas ke dewan persidangan 3..dalam sesi ini ia lebih bersifat sehala..setelah perbincangan panel selesai maka kami deligasi-deligasi sekali lagi dihidangkan dengan pelbagai menu..ALHAMDULILLAH…setelah selesai makan tengahari kami deligasi muslim seperti biasa menunaikan solat zohor..pada jam 1400 kami dikehendaki untuk menghadiri perbincangan panel yang lebih bersifat ceramah oleh ms Sara Elder..setelah tamat sesi ke-3 itu kami delegasi sekali lagi di hidangkan tea break..setelah itu kami deligasi dipecahkan mengikut kumpulan melalui undian..saya mendapat undian ke 5..secara tidak langsung saya kumpulan 5..banyak perkara yang dibincangkan antaranya respect and understanding,role of student, and student mobility…kami mengumpulkan beberapa pandangan belia dari pelbagai aspek..saya tidak ketinggalan menyuarakan pendapat berkisar respect and understanding..tetapi sayangnya pandangan saya tentang aspek itu terkubur setelah perbincangan dalam kumpulan itu berakhir..Namun saya tidak berputus asa di situ..setelah tamat sesi perbincangan itu seperti biasa kami menunaikan solat asar dan kemudiannya kami bertolak pulang ke kediaman International Home(kolej pelajar antarabangsa).16th june 2009-Keesokan harinya kami bertolak dari International Home pada jam 0740..kami dikehendaki sampai ke KLCC sebelum jam 0900..seperti biasa, dengan bantuan PDRM mengiringi kami setiap pagi untuk mengelak trafik jam maka kami sampai setengah jam awal..Pagi ini merupakan Majlis Pembukaan yang dirasmikan oleh Y.B Dato’ Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, perdana menteri Malaysia..setelah selesai perasmian pembukaan dan ucaptama daripada beliau kami pun seperti biasa dihidangkan dengan menu yang enak pada slot tea break dan seterusnya diteruskan dengan sesi forum ke-6..setelah itu kami dihidangkan dengan makanan sekali lagi yang boleh dikatakan high class untuk hidangan makan tengahari..persidangan bersambung pada jam 1400 bagi sesi forum ke 7..dalam perbincangan ini ia lebih tertumpu mengenai isu respect and understanding dikalangan negara-negara komanwel..setelah itu seperti biasa kami dikehendaki untuk menghadiri perbincangan kumpulan untuk menyimpulkan forum yang berlangsung seketika tadi..pada 17th june 2009- keesokan harinya kami menghadiri perbincangan kumpulan berkisar tentang student mobility including ICT..perbincangan ini amat penting kerana kami dikehendaki untuk membuat cadangan terhadap menteri belia untuk melaksanakan pandangan kami deligasi belia..pada petang hari beberapa orang yang dipilih telah membentangkan recommendation untuk perhatian menteri-menteri belia..setelah tamat pada kurang lebih jam 1800, kami deligasi-deligasi komanwel dibawa untuk menyaksikan konsert Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) di Putra World Trade Centre(PWTC)..Alangkah terpegunya kami dengan teletah anak-anak kecil menari serta dua artis cilik dibawah KPM(Adik EMEER dan HAKIEM)..Kami sungguh terhibur dengan persembahan pada malam tersebut.. sempatlah kami bergambar dengan mereka untuk tujuan kenangan..Keesokan harinya kami sampai awal ke KLCC..dalam kedatangan awal itu sebenarnya ada hikmahnya..ada beberapa perkara yang berbangkit sepanjang perjalanan program..setelah dibuka kepada sesiapa hendak mengutarakan pendapat/soalan/atau kemushkilan ada beberapa deligasi yang muncul dengan beberapa pandangan dan soalan..Saya(SHAHIMI Pelajar UNiSEL) antara deligasi yang mengutarakan suara ketidak puashatian dalam aspek agama..saya membangkitkan hal makanan yang disajikan di portugis square..saya menujukan suara itu terus ke pihak secretariat agar perkara ini dipastikan tidak berulang untuk kali yang kedua pada masa akan datang..Respon yang saya dapat berhubung perkara yang berbangkit amat positif..dan saya amat berpuas hati dengan perkara berbangkit itu..berikutan soalan yang saya ajukan saya amat tersentuh hati kerana mendapat tepukan gemuruh bukan sahaja dari golongan muslim malah golongan bukan muslim..Yang paling membanggakan saya adalah saya membawa nama ISLAM dalam menyuarakan ketidak puashatian yang membelengungi mereka..TAKBIR!!!setelah tamat semua persoalan..kami di sajikan dengan juadah yang enak buat kali-kali terakhir..setelah habis kami mengisi perut maka kami pun dijemput secara terhormat menghadiri majlis penutup yang berlangsung di dewan plenary,KLCC..majlis penutupan di rasmikan oleh Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, beliau merupakan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia..apa yang saya hampakan adalah kelewatan Dato’ Sri Sendiri..Macam mana untuk kita tunjukkan kebaikan negara kita jika VVIP sendiri yang kelewatan..setelah tamat majlis penutupan CCEM kali ke 17 maka kami pun terus bergegas untuk menunaikan solat asar..setelah itu kami pun terus menuju ke restoran nelayan untuk tujuan makan malam..disana kami dihidangkan dengan makanan yang lazat dan mewah..tetapinya yang menjadi persoalan mengapai kah waktu makan itu diadakan pada waktu maghrib dan tidak ditegaskan akan waktu solat itu sendiri..Adalah keras bunyinya jika saya berkata ISLAM TERTINDAS DI NEGARANYA SENDIRI..Diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil perhatian..sepatutnya pihak penganjur mewajibkan pemakaian yang sepatutnya kepada deligasi yang beragama islam..Keesokan harinya pada 19th june 2009 kami hanya bersiar-siar ke dua buah tempat iaitu UPM dan PUTRAJAYA..kami berpeluang untuk mengetahui mengenai UPM serbasedikit dan mencatat sedikit kenangan didalam BOT Tasik Cruise PUTRAJAYA..kami berterima kasih kepada pihak penganjur yang sedaya upaya membuatkan kami selesa…


KESIMPULAN


Apa yang dapat disimpulkan oleh saya sebagai deligasi yang terlibat secara langsung dari mula program bermula, adalah program ini amat berjaya dari segi penganjurannya tetapi tidak dari segi pengisiannya..Slot sembahyang berjemaah sepatutnya ada dalam setiap program tetapi tiada dalam majlis yang besar sebegini.Amatlah menyedihkan kerana selaku negara islam sepatutnya kita yang menetapkan bukan ditetapkan..Sebagai umat islam saya dan rakan-rakan semuslim lain malu dengan tindak-tanduk umat islam yang daif dan batil dalam pemakaian dan perlakuan..diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat mencari titik leraian bagi permasalahan ini..selain daripada itu saya ingin ulangi sekali lagi bahawa dalam bab pemakanan kita perlu tegas dan ambil serius..jangan ambil enteng dan mudah kerana makanan akan menjadi darah daging.Selain itu juga, bagaimana untuk doa umat islam terma'bul jika makanan, pakaian dan minumannya haram??..Selain daripada perkara diatas saya amat berpuas hati dengan Program yang dianjurkan KPT,Commonwealth, Kerajaan neg. Melaka, dan penduduk kg. sg. Rambai.Sekalung ucapan Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak UNiSEL umumnya, dan YDPMPP UNiSEL, En.Nazran khususnya,Cik manisah kerana memberikan kepercayaan kepada saya dalam mewakili UNiSEL serta membawa nama UNiSEL ke Majlis yang gilang gemilang..Banyak yang dapat saya kongsikan cerita bersama anda..kadang-kadang tak tertaip dalam karpet digital ini..mungkin kita boleh bertemu dan berkongsi cerita..INSYAALLAH…

Comments (2)

On June 22, 2009 at 3:13 AM , azraeihusain said...

Satu input yang amat berguna untuk dikongsi bersama..

Tahniah dan syabas kepada perwakilan kerana berjaya mengharungi satu tempoh pengalaman yang amat berharga..

Gunalah dan sebarlah ilmu yang telah anda kutip itu sebaik mungkin kerna ia mampu memberi satu wadah yang hebat dalam konteks perjuangan yang dibawa...

Secara langsung anda semua telah membawa nama universiti dengan begitu baik sekali..Inilah perwakilan yang saya harapkan yang mana disamping menimba ilmu dan mencari pengalaman, disebarkan juga pemikiran dan pandangan yang kita bawa bersama..

Satu permulaan yang baik untuk perwakilan disana dan kami keluarga MPP bangga menghantar anda sebagai delegasi dari UNiSEL..
Teruskan usaha cemerlang...

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

 
On June 22, 2009 at 10:49 PM , asyhralf said...

terbaik la shahimi
iy.iy.iy.iy.iy.iy.iyeee