-PenTeman-

Bercakap tentang jurang perbezaan antara IPTA dan IPTS sememangnya mengundang pelbagai pendapat dan pandangan..Pada kali ini saya tertarik dalam melontarkan pandangan mengenai isu yang berbangkit ini...Melihat hal ini saya merasakan bahawa KPT tidak sepatutnya membezakan antara kami IPTS dengan IPTA yang lain..Sebagai contoh MASUM..Mengapakah wujudnya MASUM??Adakah IPTA Tergugat akan saingan yang bakal mereka hadapi dari pelajar IPTS lain??Itu persoalannya..Tidak adil rasanya saya meletakkan 100% penyalahan ini kepada PELAJAR IPTA kerana yang merancang adalah KPT..KPT sepatutnya memikirkan penyelesaian yang bernas bagi merapatkan jurang antara IPTA dan IPTS..Dalam mengaitkan isu ini saya ingin menambah sedikit lagi dengan contoh yang lain..Iaitu KONVENSYEN IPTA..Pada baru2 ini YDP MPP UNISEL dan beberapa buah universiti swasta yang lain turut diundang dalam mewakili IPTS buat julung2 kalinya dan menghadiri konvensyen itu hanya sebagai PEMERHATI pada awal nya.Setelah mendapat penekanan daripada YDP MPP IPTS hatta resolusi MPP IPTS diterima(1) daripada 3 resolusi yang diketengahkan...Ini merupakan bukti bahawa kami juga mempunyai hak dalam menyuarakan pendapat dan mengutarakan usul..Saya merasakan ini merupakan aktiviti yang sihat terutama dalam melahirkan GRADUAN yang berkepimpinan dan berwibawa pada masa akan datang.Apa yang kami siswa/i IPTS inginkan adalah supaya KPT tidak sesekali MENGANAK TIRIKAN kami kerana kami juga dibawah kementerian pengajian tinggi..Lantaran itu saya menyeru supaya semua siswa/i tak kira IPTA atau IPTS mempertahankan usul merapatkan jurang antara IPTA dan IPTS dalam melahirkan MODAL INSAN bukan sahaja berkualiti di dunia malah ahirat kelak....

wassalam...

~AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR~

Comments (3)

On June 1, 2009 at 10:05 PM , Adiba zehan said...

sesetengah pihak ade juga yang beranggapan pelajar ipts tidak mempunyai kualiti dan selalu memandang rendah pelajar ipts kerana mereka beranggapan tidak setaraf dengan pelajar ipta. hakikatnya pelajar ipta atau ipts sama sahaja yang penting, kita sebgai pelajar haruslah berusaha keras dan mencapai kecemerlangan untuk melahirkan graduan dan generasi yang cemerlang dan berwawasan tinggi dan juga merapatkan jurang di antara pelajar ipta dan ipts.

 
On June 2, 2009 at 7:30 AM , SALSABILA HUMAIRAH IBNI SAFWATULLAH WALIUDDIN said...

Assalamualaikum sekadar perkongsian yang tidak seberapanya...Salam Ukhuwah....
Isu IPTA dan IPTS ini sudah lama diperbahaskan namun mengundang buntu kerana masing-masing mempunyai pandangan dan corak pemikiran yang berbeza atau lebih mudah ditakrifkan sebagai menjaga periuk nasi sendiri.Seharusnya KPT harus membuka minda seterusnya menyelusuri nilai kualiti mahasiswa yang bernaung di IPTS.Saya berpendapat begitu bukan kerana saya merupakan mahasiswa IPTS tetapi dalam konteks kualiti rata-rata mahasiswa yang menuntut di IPTS bukan sahaja berkualiti dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum malahan lengkap dengan nilai tambah yang diinginkan dialam pekerjaan.Kerana apa...kerana pelajar IPTS ini merupakan golongan yang terkecewa kerana tidak berjaya menempatkan diri di IPTA kerana tindakan kurang bertanggungjawab segelintir pihak yang menggunakan cable untuk menempatkan anak yang kurang berkelayakan...usah menunding jari kemana-mana pihak sewajarnya kita MAHASISWA IPTS bangkit seterusnya megorak langkah menuju KECEMERLANGAN DUNIA AKHIRAT...INSYAALLAH...

 
On October 15, 2011 at 8:49 PM , msraisa said...

Assalamualaikum..sememangnya ada segelintir pelajar ipta atau masyarakat yang memandang rendah terhadap pelajar2 ipts.Sebenarnya ia sama sahaja.Kemasukan ke ipta sebenarnya terhad dan pilihan program di ipta sebenarnya sangat kukuh dimana majoriti pelajar terpaksa mengikut program yg disediakan oleh ipta meskipun pelajar2 trsebut tidak minat untuk mendalami bidang ilmu tersebut.Akibat dasar inilah,ramainya graduan2 negara kta yg melonggok meanggur.Program ipta yg Terpaksa mereka belajar brtungkus lumus selama brtahun2 tdk l;aku dipasaran atau jredibiliti mereka tidak seperti yg dikehendaki oleh majikan.Saya kini menuntut di salah sebuah ipts.Saya amat brsyukur kerana kerajaan kit amat prihatin terhadap pelajar2 yg tdk brpeluang memasuki ipta.Sekiranya tiada ipts,kemanalah lebihan2 pelajar yg tidak brjaya memasuki ke ipta meskipun mpunyai kputusan yg bagus.Seperti kes saya,saya mngambil stpm dan memohon masuk ke ipta.Tp tawaran yg diberikan tidaklah yg saya harapkan dan langsung tidak meminatinya.Takkanlah saya pergi blajar tp tdk punya minat??Kmudian saya beralih ke ipts dan berjaya mngikut program yg saya minat sangat!Itulah pla klebihan ipts dimana pelajar diberi nafas kedua untuk program yg diminati.Rata2 pelajar kita trutamany aprmpuan ramai yg x brkerjaya.Saya amat selesa dgn ipts meskipun ada mahal sikit ttapi mcm ipta jg,ditanggung ole ptptn.Rata2 plajar ipts brjaya menempatkan diri dlm bidang industry spt perhotelan,pelancongan,kulinari dan macam2 lglah..so,kesimpulannya,ipts atau ipta sama sahaja..yg penting belajar dan jgn sesekali memilih kerjaya.Trus trang,pelajar2 ipts jauh lebih agresif berbanding ipta kerana peluang kedua tdk mgkin dilepaskan begitu sahaja.wassalam