-PenTeman-

~KESINAMBUNGAN~

Saya berasa berbangga kerana orang yang menjadi mentor saya selepas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bertandang ke Universiti yang dicintai…Terima kasih di ucapkan kepada DSAI..Pelbagai input yang dapat saya tanamkan dalam minda antaranya mahasiswa perlu berani menentang gejala negatif yang berlegar legar di dalam kerajaan dan wacana segar yang perlu bermain di kotak fikiran mahasiswa supaya tidak diperbodohkan pihak tertentu…Saya teruja dengan slot sesi dialog bersama DSAI..

Saya antara mahasiswa yang berniat untuk bertanyakan soalan TETAPI tidak berkesempatan untuk bertanya kerana atas faktor kesihatan DSAI..Saya hormat akan alasan yang diberikan…Apa yang menghampakan saya adalah secara keseluruhannya kebanyakan mahasiswa hanya menumpukan soalan yang berbentuk “POLITIK” berbanding untuk kepentingan “UNIVERSITI”..Soalan yang ingin saya lontarkan pada malam tersebut lebih berbentuk kepentingan universiti dan bersama..Kenapa saya tidak berpeluang???

Saya tidak berputus asa untuk mengemukakan soalan tersebut kepada DSAI..Sebelum DSAI pulang, semasa di bilik jamu selera VVIP, sempat saya sisipkan soalan yang saya tuliskan di lampiran kertas kepada DSAI dan saya katakan soalan yang ingin saya lontarkan sebentar tadi berkisar tentang masalah dalaman university yang terdapat di dalam kertas yang saya sisipkan itu..Harap DSAI anbil perhatian tentang soalan yang disisipkan…Antara lain program berjalan dengan baik dan lancar tanpa perkara sabotaj pihak-pihak tertentu..Terima kasih sekali lagi DSAI..

~POLITIK KEARAH NEGARA YANG BERSIH DAN HIJAU~

Comments (0)