-PenTeman-

PEMBUKA BICARA

Menyelak helaian surat khabar, helai demi helai..Mata penulis tertumpu akan tajuk berita yang boleh penulis kategorikan sebagai “GILA”, pelbagai cerita sedih yang meperlihatkan telatah umat akhir zaman yang kian menggila..Apalah perkara yang meracuni pemikiran mereka??Adakah semua ini merupakan agenda yahudi dalam menghancurkan islam??Bila titik permulaannya??Sedih…itu sahaja yang mampu penulis katakan..Tiada simpati yang dapat penulis bekalkan..Bila mendengar berita Negara islam di serang dan dihancurkan Israel, mula umat islam di seluruh bumi Malaysia marah..Tetapi adakah kita menyedari bahawa penyerangan yang dilancarkan Israel terhadap Negara kita adalah lebih dasyat iaitu dengan cara senyap dan licik??Lihat sahaja gejala sosial yang berleluasa sehinggakan menyebabkan kelahiran luar nikah lantas menyumbang kepada pembunuhan yang Nampak “biasa”..Tetapi sebenarnya ia merupakan pembunuhan yang lebih kejam berbanding yahudi mengebom Negara islam yang lain..

BICARA BERMULA

Kes buang bayi..Amat tersentuh pada hati sesiapa sahaja yang membaca, mendengar, dan melihat..Manusia jenis apakah yang sanggup berlaku sedemikian??Mungkin gelaran manusia tidak sesuai untuk siPelaku..Gelaran yang cocok adalah “laknat”..Kerana apa??kerana martabat manusia yang berlaku sedemikian adalah golongan yang lebih rendah martabatnya daripada binatang..Sedangkan binatang seperti harimau yang garang pun tahu menyayangi anaknya..Ada penulis membaca berita baru-baru ini tentang seorang bayi yang baru lahir direndam didalam bekas air..Yang menyedihkan dan menyentuh perasaan penulis adalah siPelaku merupakan ibu kepada anak tersebut dan sangup melihat anaknya dalam keadaan lemas..MASYAALLAH..Mengapakah berlaku sedemikian??Mana rasa belas si laknat sebagai seorang insan yang di tanamkan dalam kepalanya aqal..Mana aqal untuk menilai..Baik bagi aqal pada anjing dan babi kalau tidak dapat memikirkan baik buruk tindakan..sudah pasti anjing dan babi lagi bagus perbuatan dan tindaktanduknya dari siPelaku..

Mengapa ini berlaku..??Kes buang bayi kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..semakin bertambah dan bertambah..Ibarat tiada usaha yang diambil untuk merawat perkara ini dari terus menular..Itu lah kalau tautan iman dalam diri rapuh, jadinya aqal melumpuh..tak dapat beza mana yang baik dan mana yang buruk..

Yang gadis tolong jaga maruah, jangan murah..kelak lahir anak luar nikah..

Yang teruna jangan mengajak kelak diri terlajak lantas kepala kena hentak..

DALIL AL-QUR’AN

“Dan janganlah kamu MENDEKATI zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.

Dan suatu jalan yang buruk”

Surah AL ISRAA’ ayat 32

Zina banyak mendatangkan masalah antaranya kes buang bayi, bunuh diri, dan sebagainya..dalil diatas jelas menerangkan bahawa janganlah kamu MENDEKATI zina kerana jika kita sudah menghampiri zina maka kita cenderung melakukannya tidak kiralah sesiapa sekalipun.. SEBELUM MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT, adalah baik kiranya kita menyedari bahawa setiap perkara yang kita cakap, buat, segalanya akan di hisab di padang mahsyar kelak..

DOA PENUTUP BICARA

YA ALLAH..Renjiskanlah cahaya keimanan kedalam hati mereka yang hitam dan gelap agar titik-titik hitam itu berkurangan lalu hilang secara perlahan-lahan…bukakanlah hati mereka dalam menerima pesanan dan juga nasihat..Pandu lah mereka kejalan yang lurus agar mereka tidak sesat dan hanyut dalam melakukan perkara yang lagho dan berdosa..Kau maha pemurah lagi maha pengasih..AMIN YA ROBAL ALAMIN..

Comments (1)

On July 21, 2009 at 3:25 AM , SALSABILA HUMAIRAH IBNI SAFWATULLAH WALIUDDIN said...

Assalamualaikum...permainan yahudi bukan baru sehari dua...dah lama...cuma kita yang tak pernah nak realise...umat islam lebih mengagung2kan MJ daripada memfokuskan masalah UMMAH yang melanda di MALAYSIA...kemanakah hilangnya sikap belas rakyat malaysia?sibuk mencanang serata alam 1 MALAYSIA...tapi apa intipatinya...apa agenda yang tersirat?renung fikir buat generasi pewaris