-PenTeman-

Sedih penulis melihat keadaan bilamana umat akhir zaman ini yang tidak henti-henti menghentam para ulama’ islam seolah-olah fikirannya telah ditanamkan “cip” “tomahan”..Menghentam membabi buta, “menyondol” dalam berbicara, semacam dirasuk syaitan..Ini adalah perbuatan menjauhkan diri dari agama Allah..

Ulama pewaris nabi berdasarkan dari al-quran dan as sunnah, dari hadis Sabda Rasulullah saw:-
Maksudnya:- Ulama-ulama itu pewaris-pewaris nabi.

Berbalik kepada istilah “CIP” yang digunakan sebentar tadi jelas menggambarkan bahawa golongan yang mengritik ini seolah-olah di ransang oleh pihak-pihak tertentu dengan kepentingan tertentu..MASYAALLAH…Tidak takut ke mereka, sanggup mengadaikan agama semata-mata hanya kerana kepentingan dunia..Tidak cukup dengan itu, “Cip” itu juga seolah-olah dapat mengawal “Tindakan” golongan “pengkritik tetap” dalam mengkritik golongan ulama’ disamping perbuatannya didorong hasutan “Syaitan2” duniawi..

Itu lah dia kalau bermadah berbekalkan ilmu yang boleh diibaratkan sepanjang kuku jika dibandingkan dengan golongan ulama’ yang sepanjang jari...Sedarlah akan kepentingan ulama’ dalam masyarakat islam..Jangan memanipulasikan kenyataan yang dibuat kelak dapat laknat allah lantas Negara terpalit dengan laknat yang dibekalkan..

Teserlah kebodohan yang melampau pemimpin dan “pengkritik tetap” jika berbual bicara tentang tindakan para ulama’..Tidak terpacul dari mulutnya melainkan kata-kata dusta, nista dan jahil semata-mata..Sedarlah para pembaca sekalian segala percakapan ulama adalah percakapan berlapis dan bukan kata-kata yang lagho..sebelum, selepas percakapannya didahulu dan diakhiri wirid dan selawat keatas nabi..Jauh jika dibanding dengan kita yang banyak bercakap dusta dan nista..Omongan ulama’ adalah madah para anbia’..sangkal omongan ulama’ nafi madah nabi..

~Julangkan Ulama’ martabatkan ISLAM~

*Penulis = mushariff

Comments (2)

On August 3, 2009 at 1:08 PM , SHAMIL said...

macam mana umat islam nak maju dan bersatu, jika ulama' dicaci dan dihina? Ulama adalah orang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang ilmu Islam.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Hujuraat, ayat 11, terjemahannya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuhkan yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

 
On August 5, 2009 at 2:22 PM , cosmethologist thinker said...

alhamdulillah...
betol ape y shahimi kata 2......
kalo bukan orang muda mcm kita y pentingkan benda2 cm ni, siapa lg....
xkan nk biarkan benda y betol y wajib kita laksanakan biarkan begitu je....
tp y paling penting kalau kita nk ikot mana2 ulama kita mesti peka n pastikan beliau bw ajaran y bertepatan ngn syariat islam.....
jgnlah y boleh meruntuhkan terus akidah n iman kita.....