-PenTeman-

Memperlekehkan usaha dalam membangkitkan semangat MAHASISWA adalah perbuatan laknat..Dalam membincangkan posisi/kedudukan wakil MAHASISWA dalam universiti, ingin penulis menjelaskan secara terperinci dan mendalam tentang kedudukan sebenar wakil MAHASISWA..Kedudukan atau posisi sebenar wakil MAHASISWA adalah SELARI dengan pentadbiran Universiti(HEP)..Jangan samakan wakil MAHASISWA dengan “pelajar” kerana ia berbeda sama sekali..Kerana pelajar pergerakan masih tercatur manakala MAHASISWA sebaliknya...Kedua-dua pihak ini(Pentadbiran & MPP) sebenarnya merupakan entiti yang berbeza dan mempunyai matlamat berbeza..Apa yang jelas adalah wakil MAHASISWA menegakkan hak pelajar manakala pihak pentadbiran menjalankan tugas demi menjaga reputasi dan kewangan…ITU sememangnya jelas….


APA yang perlu diketahui adalah kedudukan Wakil MAHASISWA selari dengan pihak pentadbiran(HEP) dan istilah “derhaka” kepada mana2 pihak tidak sepatutnya timbul dan berlegar2 sama ada dalam “office”, kotak fikiran atau lain2..Jangan sesekali merasakan wakil MAHASISWA berada dibawah HEP tetapi kebenarannya adalah wakil MAHASISWA berada dibawah pengelolaan TNC HEP..Kami bukannya Pro Aspirasi yang hanya tunduk dan sujud kepada HEP tetapi kami mirip pro MAHASISWA yang hanya tahu memperjuangakan hak MAHASISWA..Biar lah kami dicop “kurang ajar” dimata pihak pentadbiran jika tujuan kami tercapai..


Alangkan sedihnya jika ada dikalangan pihak pentadbiran yang seolah-olah tidak pernah puas untuk “Memimpin”, kesannya kepimpinan yang tak seberapa itu terbawa-bawa lantas ingin mengawal tindak-tanduk wakil MAHASISWA..Jangan ingatkan kami ini mentah jika tahu diri tak bisa menggugah..Itulah jadinya jika suatu ketika dahulu “memimpin” tetapi hanya tunduk dan patuh tanpa tentangan..Kesannya sekarang baru banyak idea menentang dari mencadang…


Secara PERIBADINYA penulis ada agenda dalam membangkitkan MAHASISWA..Bagi langkah pertama biarlah ia sekadar secara kecil-kecilan iaitu meniup semangat MAHASISWA kedalam roh kenalan terdekat lantas mencuba untuk memperkukuhkan semangat itu lantaran itu disebarkan kepada semua MAHASISWA UNiSEL

“TIADA SESIAPA MAMPU MEMPERJUANGKAN HAK MAHASISWA MELAINKAN MAHASISWA ITU SENDIRI BANGKIT MENENTANG POLISI “TIDAK BENAR”….”

Penulis = mushariff

Comments (2)

On September 13, 2009 at 11:56 AM , Anonymous said...

salam perjuagan kepada Saudara Shahimi.

Coretan yang panas, aggresif, dan lantang.

Saya merasakan anda sudah menerangkan apa yang patut diterangkan. Jika mereka tidak faham, itulah yang dinamakan buta hati, pekak, tamak kuasa, bacul dengan kebangkitan mahasiswa.

Mereka ini tiada kesedaran terhadap pembangunan mahasiswa.

Jentayu

 
On September 13, 2009 at 12:09 PM , SALSABILA HUMAIRAH IBNI SAFWATULLAH WALIUDDIN said...

Assalamualaikum...Syabas dan tahniah...dah lama saya tidak dengar laungan KERAMAT DARIPADA PIHAK PRO MAHASISWA yang saya telah tinggalkan beberapa tahun yang lalu semasa masih menuntu di IPTA...saya merupakan salah seorang mantan MPP di institusi saya yang terdahulu...saya faham dan amat bersyukur kerana dikurniakan waris yang bakal menyambung perjuangan saya dahulu...TAHNIAH sekali lagi. Walaupun saya bukan yang terbaik di kampus ini, tetapi apa yang saya harapkan agar MAHASISWA MEMPUNYAI SATU MATLAMAT YANG JELAS BAHKAN MEMPUNYAI SATU TARGET YANG TEPAT DALAM MENGEJAR CITA-CITA...PERTEGUHKAN HAK MAHASISWA BARU NASIB TERBELA...JANGAN JADI IBARAT MENTIMUN...AYUH BANGKIT DARI LENA YANG PANJANG....JANGAN SAMPAI IMIGINASI MENITI ILUSI...AYUH MAHASISWA GABUNG TENAGA...BANGKIT TUNTUT HAK KITA...MERDEKAKAN MINDAMU