-PenTeman-

Detik 4 disember 2009 adalah detik yang memilukan diriku..Ianya berkisar tentang bibit2 Pernikahan abangku..Walaupun aku dan abang ku selalu bertengkar, selalu bertegang urat tetapi bagi ku itu adalah proses semula jadi keluargaku dalam mematangkan sesuatu perhubungan..Mesti pembaca blog aku berasa pelik kerana aku bersedih dengan pernikahan abangku..Bagiku itu adalah bibit2 yang amat menyedihkan…Cerita bermula bilamana abangku memintaku untuk menjadi pengapit tika mana majlis tepung tawar kelak..aku hanya menunduk memberi isyarat setuju..Walaupun aku sebenarnya tidak terniat untuk melakukannya…Mengenangkan dialah abangku yang banyak menhabiskan perbelanjaan untukku dan keluarga maka aku tetap gagahi jua..Telah banyak yang telah dihabiskan untukku dan keluarga dan terlalu besar pengorbanan abangku terhadap diriku dan keluarga..

Sebak bermula..ketika petang 4 disember 2009 semasa perarakan keluarga belah pengantin lelaki dengan rombongan dari rumah persinggahan ke rumah pengantin perempuan yang jauhnya kira2 150m kaki ku melangkah dengan yakin bersebelahan pengantin(abgku), berpakaian segak berkilau..Perjalanan diisi dengan hilai tawa serta usikan saudara mara ku mengusik abangku yang aku pasti hatinya penuh dengan gementar…Muka cuba disorok dan dilakon yakin..tetapi hatinya persis ku tahu gementar…

Saat gementar bermula pada waktu selepas asar..abangku sah dinikahkan dengan dua lafas..Alhamdulillah..Seharian program abangku hanya sesi fotografi…Bosan gak ar…emm…

Keesokan harinya, Majlis bermula dengan Perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan...Aku turut berpakaian segak tetapi tidak boleh terlebih dari pengantin…“nnt orang silap lak mne satu pengantin..hehehehe..”Majlis diteruskan dengan majlis menepung tawar pengantin..Majlis dibuka dengan didahulukan keluarga sebelah lelaki..Iaitu ayahku..Sebelum tepung tawar bermula aku ada menanyakan abangku berkaitan perasaan nya..Perbualan seperti berikut:

“Aku:Apa ko rasa bang??...

Abang: emm..sebak..!!”

Aku ada melihat linangan air mata abangku bergenang di kelopak matanya..Bermula sahaja majlis menepung tawar dimulai dengan ayahku..Semasa bersalaman dengan ayahku abangku mula menangis dan turut menyebabkan ayahku bergenang air mata..Aku turut tidak terlepas menitiskan air mata kerana sebak.Aku yang berdiri bersebelahan abangku persis melihat kesedihan yang terpancar dari riak wajah ahli keluarga belah pengantin lelaki...yang begitu mengejutkan aku kelihatan seluruh keluarga belah lelaki menagis meratapi “pemergian” abangku..Alangkah tersentuh hatiku bilamana mengenangkan jasa dan pengorbanan yang dilimpahkan kepada ku dan keluarga oleh abangku…Aku pasti yang ditangisi ayahku tentang pemergian abangku bukan kerana lain tetapi kerana hilangnya anak yang patuh dan mendengar kata..Abangku tidak seperti adik beradik yang lain..abangku patuh dan mendengar kata...

Majlis pernikahan abangku bercampur sebak dan tangisan dari keluarga saudara maraku..

Sekian sahaja luahan rasa hatiku berkaitan dengan pernikahan abangku…Selepas ini sudah pasti setiap permintaanku pasti akan melalui perbincangan antara abangku dengan istrinya…

“SELAMAT PENGANTIN BARU”

Comments (4)

On December 24, 2009 at 12:16 PM , puteri said...

4/12/2003

my sis wedding...

 
On February 8, 2010 at 12:37 AM , sakinah zulkifli said...

kina pun rasa ape yang abg rase..
coz abg kina the only abg yg kina
ada and dia anak sulung plak tuh..
sesungguhnya peranan abg ibarat
dialah abg, dialah kawan dan
dialah ibarat ayah pada kina adik-
beradik since ibu bapa kina cerai..

 
On March 15, 2010 at 11:45 AM , muhammad shahimi ariffin(mushariff) said...

apa pun itulah realiti kehidupan manusia...langkah tetap perlu di orak...

 
On April 30, 2010 at 12:11 PM , dalhari said...

huhuhu...sedihnya....
pelan2...
nati kau kawin adik ko sedih jugak tu..
hahahaha....
aku pun sedih jugak..
sbb aku blum kawin lagi...
hahaha...
padulik sana kawin..
idup kena jadi blues...
hahahahx.s.s..s