-PenTeman-

Assalammualaikum..


alhamdulillah..Sekali lagi aku dibenarkan untuk mencoretkan penulisan "suka2" setelah sekian lama menghilang dan silent..Sebenarnya terlalu sibuk dengan pelbagai macam perkara..Alhamdulillah setelah pelbagai penat lelah berperang minda, semalam adalah hari terakhir aku dalam menduduki peperiksaan akhir sebelum melangkah sem yg ke-2 terakhir..Segalanya dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T.


Melihat kepada polar keadaan sekeliling kampus yang aku cintakan, aku merasakan perjuangan yang aku juangkan dikampus terlihat seperti ""time is running out" untuk semua itu..segala misi dan visi aku masih lagi belum tercapai.Apa yang menggusarkan aku adalah mahasiswa akan terus selesa dengan segala macam pembodohan dan penindasan oleh pihak yang MENAFIKAN hak MAHASISWA selama ini.Segala macam bermain di kotak fikiran ku..


Apa pun yang terjadi aku tetap dengan PERJUANGAN ini, walau dapat kritikan dari pelbagai pihak..Bagi aku mudah, selagimana PERJUANGAN yang aku bawakan ini memperjuangkan hak walau dicop Individulisme aku tetap dengannya..Tiada apa yang menghalang usaha aku dalam mengembalikan KUASA kepada MAHASISWA di PERINGKAT UNiSEL.


Kalau baru-baru nie isu Speaker's Corner, TNC HEP bermain tarik tali dan cakap macam "haram" dan tak supa bikin,..Jangan ingat ngan KEKANGAN yang aku x anggap kekangan tu mampu tuk hentikan Speaker's Corner yang dh pon berlangsung sebanyak 3 kali.Aku bukan orang yang mulakan @ akhirkan Speaker's Corner.Percayalah Speaker's Corner bukan anjuran sesapa dan ia berlangsung tanpa tajaan mana-mana pihak dan ia tetap akan berlangsung sepeti mana ia mula-mula dimulakan.Apa pun cabaran kami, KAMI tetap menganggap Speaker's Corner sebagai wadah MAHASISWA UNiSEL yang telah diJANJIKAN TNC HEP~


*Cakap macam putar alam..Perkara ini akan dibawa TERUS KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEBAGAI BANTAHAN kerana ini dilihat sebagai usaha MENGUBURKAN DEMOKRASI KAMPUS dan bertentangan dengan DASAR dan GAGASAN yang dibawa KERAJAAN NEGERI~


Sepanjang waktu senggang yang ada ni, aku akan kerap menulis dan terus menulis..

Comments (0)