-PenTeman-

Assalammualaikum...


ATAU


DiMalaysia terdapat 3-4 Kementerian yang Utama antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia...

Kesemua Kementerian yang dinyata diatas kebiasaannya diterajui oleh menteri-menteri yang konon2nya hebat dan "Punya" daya Pimpinan untuk memimpin Kementerian yang tertentu.Setiap Kementerian itu juga mendapat bajet yang tinggi dan berbeza berbanding Kementerian2 lain.Ini kerana kesemua Kementerian diatas dilihat "lebih penting" demi menjamin kestabilan ekonomi, politik dan kesejahteraan Rakyat dan Negara.

Tetapi dalam penulisan saya kali ini saya akan meninggalkan tanda tanya kepada pembaca bahawa samada mana yang lebih penting Balai Polis Atau Hospital??

Saya bawa saudara/i semua ke tempat tinggal saya di Banting Kuala Langat Selangor,.
Banting merupakan sebuah pekan yang pesat membangun dari segi Pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan Rakyat dan Negeri..

Pendidikan ;
Terdapat banyak Institut Pengajian.Ada Kolej Matrikulasi Banting, ILP, Kolej Komuniti, Kolej2 Swasta dll..Dapat dikonklusikan bahawa Pendidikan sememangnya dilihat membangun di daerah Kuala Langat ini..Ini harus dipuji..Ini adalah jasa Kerajaan Barisan Nasional sebelumnya dan diteruskan berjasa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kini.Kini Di Banting dapat dilihat bahawa isu Pendidikan menjadi wadah Utama Kerajaan Pakatan Rakyat dalam membangunkan Modal Insan di Negeri Selangor yang tercinta ini.

Ekonomi ;
Dari sudut ekonomi pula dilihat, Banting kini lebih pesat membangun..Kalau dulu Pekan Banting terlihat seperti pekan Koboi sepertimana di Tg. Malim kini, tetapi kini Jauh berbeza dan Maju berbanding Dulu..Tidak dinafikan bahawa Kemajuan Pendidikan memberi Impak yang besar terhadap pembangunan ekonomi di Banting.

Kesejahteraan (Keselamatan & Kesihatan) ;
Dari sudut Kesejahteraan suka untuk saya pecahkannya kepada dua iaitu Keselamatan dan Kesihatan Rakyat..Terdapat kepesatan kemajuan terhadap pembangunan Keselamatan sejagat Tetapi ia tidak sejajar dengan Kemajuan Kesihatan Rakyat yang mana dari segi kapasiti yang tidak selari dengan "saiz" bangunan Hospital..Ini Persoalan yang perlu diketengahkan oleh Pihak Kerajaan Pusat Barisan Nasional.Ini merupakan Projek atau tanggungjawab Kerajaan Pusat Barisan Nasional bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri..

Melihat kepada transformasi "saiz" Balai Polis yang Kecil menjadi Besar sememangnya tidak patut berlaku kerana "Keperluan" lebih kepada Hospital dan kebajikan Rakyat.Bukan ke slogan "Rakyat didahulukan Pencapaian diUtamakan" dilaung-laungkan oleh Kerajaan Barisan Nasional??

Antara koleksi foto yang sempat saya snap;


Ini Adalah IPD Kuala Langat (Balai Polis)



Ini Adalah Hospital Banting (Daerah)




Penempatan (Residen) Staf2 Polis




Saiz yang tidak Relevan


Tiada langsung Usaha2 pihak Kerajaan Barisan Nasional dalam mempastikan keadaan Hospital melalui proses transformasi "saiz" sebaliknya pihak Kerajaan Pusat melakukan "touch up" atau "Renovate" bahagian depan Hospital yang tidak memberi kesan kepada "saiz" Hospital..

Mana slogan yang dilaung-laungkan Kerajaan Barisan Nasional??
adakah slogan itu sekadar untuk menggula-gulakan Rakyat??
Tepuk dada tanya selera..


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

Comments (2)

On November 11, 2010 at 1:06 PM , Anonymous said...

Terima kasih dan tahniah di atas keperihatian saudara mengutarakan luahan berkaitan isu Balai Polis dan Pusat Kesihatan. Sekali baca dan lihat mmg sesiapa pun akan berkata 'Wah! cantik nya balai polis ni' dan 'Mcm ni jer pusat kesihatan?' Tidak wujud persoalan antara Hospital dan Balai Polis mana yg penting. Kedua-duanya adalah sesuatu yang wajib dan perlu di mana2 sahaja. Kesihatan dan keselamatan adalah 2 perkara yg tak perlu di pertikaikan dan dua perkara yg berbeza pada hakikatnya. Membuat perbandingan dua perkara ini adalah sesuatu yg tidak kena. Lain lah jika saudara membandingkan Hospital dengan Pusat Rawatan Swasta...atau Balai polis dengan balai bomba atau kem tentera.
Pembinaan hospital memakan belanja yang sgt besar jika di banding dengan Bali Polis. Hospital tidak boleh berfungsi hanya dengan bangunan sahaja, ianya perlu di lengkapi dengan peralatan. Tidak seperti balai polis yang boleh beroperasi di mana2 saja permis atau bangunan. Untuk makluman saudara bila di sebut sahaja hospital atau pusat kesihatan spesifikasi saiz yg di rujuk adalah berdasarkan kepada bilangan katil. Tetapi balai bolis di rujuk pada keluasan lantai bangunan tuk menempatkan anggota polis yg beroperasi di dalam bangunan. Bukan kah kedua2nya berbeza sekiranya nak di bandingkan yang mana penting? Kementerian telah memperuntukkan bajet yg sewajarnya dlam folio masing2. Cuma bagaimana perlaksanaan penyampaian bajet itu di terjemahkan kepada apa yg dpt di lihat oleh rakyat tetapi tak ramai yang bercerita kesannya. Sebagai contoh, tahap kesedran rakyat pentingnya kesihatan, bagai mana untuk mengelakkan dari sesuatu penyakit, apakah yg perlu di buat sekiranya terkena sesuatu penyakit. Itu semua tidak semestinya hanya dengan mendirikan bangunan penyakit2 itu boleh terhapus. Jadi sudah tentu dlm setiap bajet, faktor kos pendidikan dan kesedran kepada rakyat mengatasi dari faktor kos secara fizikal membina bangunan hospital. Usangnya sesuatu balai polis tidak mencerminkan tugas2 kepolisian juga pudar. Anggota polis meletakkan nyawa mereka di hadapan demi rakyat. Disiplin tinggi, patuh arahan dan bertindak secara cekap dan mesra adalah sinonim dgn kehidupan seharian mereka. Doktor dan jururawat ti dak menemui kebanyakan pesakit, tetapi anggota polis sentiasa berada di mana2. Jadi sekiranya saudara sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri sudah tentu kebajikan anggota polis saudara akan dahulukan kerana mereka telah letakkan kepentingan mereka di belakang berbanding kepentingan rakyat. Salam.

 
On November 14, 2010 at 8:25 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

salam saudara/i yang melontarkan pendapat..Terima kasih kerana sudi melawat blog yang tidak seberapa dan usang..Terima kasih juga kerana sudi berkongsi pendapat dengan saya dan rakan2 yang lain..

Bagi pendapat saya perbandingan ini dibuat bukan untuk menuding jari mencari kesalahan TETAPI untuk mengenengahkan isu "Mana Penting itu KeUTAMAAN"..Soal Keutamaan ITU adalah Tanggungjawab pihak kerajaan..Tak perlu untuk saya berceloteh panjang untuk "mengajar" KERAJAAN BN, tetapi cukup sekadar saya ketengahkan isu KEUTAMAAN Rakyat!!!~

Selain itu juga isu kos juga tidak sepatutnya menjadi Persoalan kerana bagi saya SELAYAKNYA duit RAKYAT untuk kembali kepada RAKYAT!!~

BALAI POLIS Bukan KEUTAMAAN!!!~