-PenTeman-

Assalammualaikum...



Sedih..Sedihh..Sedihhh...melihat perlakuan guru yang menyerupai "binatang" yang sanggup melakukan perilaku yang meragut kepercayaan negara amnya dan ibu bapa khususnya yang telah meletakkan harapan yang tinggi untuk membiarkan guru mendidik anak mereka demi menjadi orang yang berguna serta memperbudaya pembangunan modal insan dikalangan Masyarakat...

Tetapi apa yang berlaku kini, moral serta akhlak "Pendidik" lebih buruk dan ranap berbanding masyarakat sekeliling amnya.Ini yang menjadi persoalan yang perlu dirungkai.Mengapa ini berlaku??!!..adakah kerana Guru Malaysia kini kurang "Didikan" serta "Pendidikan"??!! atau ini sebagai cermin kepada sikap acuh tak acuh pihak kerajaan dalam membanteras gejala yang telah dilihat membudaya dikalangan masyarakat umumnya dan Guru khasnya..

Saya percaya bahawa masalah ini sebenarnya berpunca daripada Sikap kerajaan yang acuh tak acuh, endah tak endah dengan masalah yang dihadapi..Ini masalah serius dan bukan masalah yang boleh dipandang sebelah mata oleh pihak Kerajaan.Sampai bila "Murid" boleh terus diratah oleh guru mereka??Adakah pihak kerajaan menanti bilangan kesnya mencecah kepada angka yang cukup membimbangkan baru nak bertindak??Inilah sebenarnya corak pimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang saya lihat telah membudaya sekian lebih 50 tahun.

Lihat sahaja kes Buang Bayi..Hanya setelah kesnya mencecah keangka membimbangkan barulah pihak Kerajaan nak lancarkan segala macam kempen(Prihatin) untuk mencegah sedangkan ianya sudah parah dan membarah!Inilah kelemahan Pimpinan Kerajaan yang sedia ada..

Kalau baru-baru ini ada satu kes yang melibatkan seorang guru di Sarawak yang didakwa mencabul muridnya dimakmal ditambah dengan kes-kes yang sebelumnya masih tidak selesai saya kira Pihak kerajaan harus Menyedari tentang kesilapan yang telah dilakukan pihak mereka terhadap profesion perguruan ini..Ini sebagai signal kepada pihak kerajaan dalam memberi tumpuan yang lebih, kerana institusi pendidikan tidak sepatutnya tercemar dengan pendidik yang saya kira Ranap dan hancur ini.Institusi pendidikan perlu diangkat dan dijulang demi melahirkan Insan-insan yang bermodal insan serta berguna kepada Bangsa, Agama dan Negara.

Dibawah merupakan Pendapat saya terhadap KELEMAHAN pihak Kerajaan;

::Pertama : Sistem Pendidikan (Tinggi/Rendah) yang punya kelompangan.

Penekanan pendidikan berkaitan pembangunan modal insan tidak diberi penekanan yang serius lantas graduan yang dilahirkan merupakan graduan yang cetek ilmu agama dan moral.Sistem pendidikan ini penting demi menjamin kesejahteraan pendidikan samada diperingkat Tinggi/Rendah.

::Kedua : Guru yang dilahirkan tiada berkualiti.

Berikutan dengan ketidakcekapan pihak Kerajaan dalam "mengurus" Wang rakyat, maka dengan itu pihak kerajaan telah melancarkan strategi mengambil graduan2 yang menganggur untuk menjalani latihan selama setahun (KPLI & DPLI) untuk dikaderkan sebelum layak untuk mengajar sedangkan durasi sebenar bakal guru (graduat dalam bidang Pendidikan) adalah 4 tahun sebelum menamatkan pengajian mereka diperingkat Ijazah Sarjana Muda..

Kita akan dapat membandingkan antara Guru lepasan KPLI & DPLI dengan Guru Lepasan dalam bidang pendidikan..Kedua-dua mereka ini penya jurang yang sangat jauh jika dibandingkan.Kerajaan sendiri tidak mengiktiraf guru sebagai profesion profesional jika strategi "bodoh" ini diteruskan..Alasan guru tidak cukup, itu alasan yang sangat tidak masuk akal.

Disebabkan guru yang dilahirkan oleh sistem Pendidikan Kerajaan BN ini pasti guru yang dilahirkan tiada kualiti dan tiada fahaman tentang "Mendidik" murid.Sebab itu kalau berlaku kes seperti cabul dan rogol, jangan kita menuding jari kepada sesiapa tetapi tudinglah jari anda kepada KERAJAAN BN dan parti2 didalamnya..

::Kesimpulan

Dilihat bahawa sistem pendidikan sentiasa berubah-ubah mengikut "Menteri" yang menerajui kementerian.Lihat sahaja "Kebodohan" menteri KPM sebelum ini..Dia yang melancarkan PPSMI dan dialah juga yang Membatalkan semula dan meneruskan sisem pendidikan yang sebelumnya bermula pada sesi persekolahan 2012 nanti..Inilah yang saya sifatkan sebagai "Pembodohan" Rakyat..Adakah anda tahu berapa jumlah untuk melaksanakan PPSMI sebelum ini??!..semuanya telah disia-siakan oleh menteri yang sebelumnya..Inikah Pemimpin yang diangkat??

Sekarang ini plak sibuk soal Memartabat Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris (MBM,MBI) yang dicanang oleh Muhyidin Yasin.Lihat je la ek sejauh mana keberkesanan strategi ini mempu menyumbang kepada Pembangunan Modal Insan...

Tepuklah dada tanya selera Politik!!!~


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

Comments (3)

On November 15, 2010 at 6:31 PM , Anonymous said...

Assalamualaikum..salam ukhwah

Sekadar singgah dan membaca juga ingin tinggalkan sedikit pesanan. Berhati-hati tuan dalam kata-kata dan penulisan.
Pendapat tuan mungkin ada benarnya..mungkin ada silapnya.Sebagai masyarakat yang bertamadun,tidak patut kita saling tunding jari pada orang lain.
Andai tuan tidak berpuas hati dengan segala kenikmatan sekarang, apa yang tuan buat untuk menjadikan yang lebih baik? Sekadar menulis dan melepaskan keluhan di sini?
Kerana sistem pendidikan negara dan pentadbiran ini lah sampai sekarang kita masih mampu menuntut ilmu. Kerana apa yang kita ada sekarang inilah kita masih mampu mengadap PC dan menulis segala keluhan dalam keamanan walaupun berlainan fahaman politik.
Sikap seorang guru adalah didikan diri sendiri. Seperti kita, tidak pernah dididik untuk menjadi pengkritik. Tapi kita boleh mengkritik? Kenapa??Sebab inilah salah satu tanda dunia hampir kiamat.Semakin ramai pengkritik.
Wallahualam..
Maaf atas keterlanjuran kata..

Wassalam..

 
On November 15, 2010 at 6:53 PM , @yam said...

salam...
perghh saudara....jgn maen ckp jer...sbb manusia ni lemah..lg 1 pandangan sy ler...1 org manusia mne ley kawal satu negara means kat sini xbole perfect dlm smua perkara...klu perfect dlm pentadbiran negara mmg top ler...tp setakat ni sy tgk xder lg pemimpin negara di laen2 negara yg mentadbir negara dgn perfect means xder mslh..klu tuan ni sempoi sgt n hanya brani ckp..harap saudara try dlm politik n try tdbir...don just say it here..juz saudara buat drpd ckp...klu ckp pon bkn dpt ap btol x...sy xmenyebelahi sesiapa dlm bidang ni sbb sy rasa manusia mmg lemahh..hope saudara berhati2 ketika membuat pernyataan saudara itu yer..jgn terlalu kuat berkata2 tetapi tiada tindakan...TQ

 
On November 15, 2010 at 10:28 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Waalaikumsalam...

Saya kira ianya jelas dimana semua orang punya hak dalam menghambur Pendapat..

Soal setuju atau tidak itu terpulang..saya tiada kuasa untuk memaksa mana2 pihak untuk mengikut..

rasa2nya apa yang diutarakan adalah KEBENARAN..Semua orang berhak untuk menegur KEBOBROKAN..Mungkin cara berbeza..Ini cara saya..Saya rasa itu Jelas..

Soal Pentadbiran kerajaan saya rasa ini mungkin menyentuh POLITIk, tapi itulah realitinya.

Mmg saya Jujur mengatakan bahawa mana2 parti sekalipun memerintah saya kira tiada perubahan yang besar sangat pon..TAPI sekurang-kurangnya KEBODOHAN dapat dikurangkan, tidak lah seperti Kerajaan Seperti HARI iNI!!!~

Apa pun saya ucapkan Terima kasih Kepada saudara/i berdua kerana sudi untuk menyampaikan pesanan kepada saya..

Inilah pendirian dan Pendapat saya!!~