-PenTeman-


Assalammualaikum...


Budaya Meminjam Sedari Awal Pendidikan...

Baru-baru ini isu PTPTN hangat diperkatakan..samada 1% atau 3% ??Isu ini pon Kerajaan tetap cuba untuk bermain tarik tali..Tapi apa yang menariknya adalah Pengumuman mengenai 1% dibuat pada waktu yang tepat dalam mana PRU-13 sudah hampir dengan masanya..walaupun ianya terlihat seperti kebetulan tapi bagi saya ini sebagai salah satu daripada strategi Politik UMNO/BN..Kita lupakan dulu Prejudis pasal UMNO/BN...

Dalam waktu sekarang nih, Pelajar yang bakal digelar MAHASISWA ini telah didedahkan dengan HUTANG yang bertimbun-timbun..Mana tak nya, belum masuk lagi ke mana-mana IPT dah dapat surat tawaran, yang mana pada surat tawaran tue ada dinyatakan JUMLAH hutang yang bakal diTanggung oleh seseorang bakal MAHASISWA..Ini lah budaya yang telah diterapkan dalam UMNO/BN..mmg sedikit sebanyak corak dalam UMNO/BN itu sendiri terpalit pada PIMPINAN nya..tidak dinafikan..

Jangan diingat bahawa dengan Pengurangan dari 3% kepada 1% dapat meredakan kebangkitan MAHASISWA yang menuntut "Free Education"..Mahasiswa Tetap dengan Pendiriannya iaitu Pendidikan Percuma harus diberikan KEPADA semua PELAJAR, bukan sahaja hanya kepada Peringkat "Tertiory" tetapi perlu bermula daripada peringkat pendidikan "Primary"..Ini adalah PENDIRIAN KAMI!!!~

Mari saya bawa saudara/i kepada kronologi sejarah "Free Education";


"Pendidikan percuma dalam sebuah Negara Kebajikan bermaksud, perkhidmatan pendidikan diberikan secara percuma daripada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi termasuk Ijazah Lanjutan. Perkhidmatan ini juga mungkin diberikan kepada rakyat asing yang ditawarkan menuntut di negara tersebut. Bagaimanapun penyediaan perkhidmatan pendidikan percuma ini selalunya tidak termasuk sara hidup dan lain-lain keperluan hidup seseorang pelajar. Pelajar atau mahasiswa bertanggungjawab sendiri untuk menyara kehidupannya sama ada melalui pembiayaan sendiri, keluarga, penajaan atau pinjaman.

Demikianlah polisi yang berkaitan dengan pendidikan percuma yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara yang berorientasikan Negara Kebajikan.Sebenarnya pelaksanaan pendidikan percuma ini bukanlah satu perkara baru. Dalam sejarah ketamadunan Islam, pendidikan percuma ini telah diberikan dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi.

Sebagai contoh semasa pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad, pendidikan percuma telah diberikan sehingga menjadikan kota Baghdad sebagai pusat tumpuan para penuntut ilmu dari seluruh dunia. Demikian juga dengan pemerintahan Islam di Andalus, telah memberikan pendidikan percuma sehingga ramai penuntut ilmu dari Eropah berhijrah ke sana. Sehingga hari ini masih terdapat beberapa universiti di negara-negara dunia Islam yang mewarisi pendidikan percuma ini termasuklah Universiti Al-Azhar. Beberapa sumber digunakan untuk pembiayaan pendidikan percuma ini termasuklah wakaf, zakat dan sedekah.Pendidikan percuma diberikan oleh kerajaan sesebuah Negara Kebajikan kerana ia dilihat sebagai keperluan asasi bagi setiap rakyat.

Perkembangan dasar Liberalisme yang menjadi pegangan negara-negara moden mengkehendaki kerajaan bersifat lepas tangan (Laissez Faire) bermula dalam Ekonomi kemudiannya menghakis kepada beberapa keperluan asasi rakyat seperti pendidikan. Di kebanyakan negara yang mengamalkan dasar itu, menganggap pendidikan tinggi bukanlah keperluan asasi rakyat, justeru kerajaan tidak bertanggungjawab menyediakannya secara percuma. Lewat kurun ke-20, pendidikan tinggi ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk sumber pendapatan negara, malah sebagai sebagai komoditi dagangan khususnya bagi golongan Neo-Liberalisme.

Di Malaysia, penggubalan akta-akta berkaitan pendidikan pada pertengahan dekad 1990-an salah satunya mempunyai tujuan ini. Malaysia dilihat menuruti beberapa negara seperti Australia menjadikan pendidikan tinggi ini peluang untuk menambahkan pendapatan negara melalui kutipan yuran dan seumpamanya.

Bagaimanapun masih terdapat banyak negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi seperti negara-negara Sweden, Norway, Finland dan lain-lain di Eropah, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain dari kalangan negara pengeluar Minyak, Cuba sebuah negara Sosialis serta Sri Lanka sebuah negara membangun. Hakikat ini menunjukkan bahawa pendidikan percuma ini tidak semestinya dilaksanakan hanya oleh negara-negara kaya."

Kini Malaysia jelas menunjukkan bahawa PIMPINAN UMNO/BN tika ini hanya bersandar kepada keuntungan semata-mata..Inilah bukti kepada Kepincangan dan Kemunduran EKONOMI negara..Saudara/i nilailah "Keperluan" Free Education kepada RAKYAT..INI ADALAH HAK RAKYAT!!!~

Kalau pelajar UK bangkit untuk Menuntuk HAK mereka kenapa tidak rakyat MALAYSIA..!!!~

KEMBALIKAN KEPADA RAKYAT HAK MEREKA!!!~

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

Comments (6)

On November 20, 2010 at 12:09 PM , YnaSakinah said...
This comment has been removed by the author.
 
On November 20, 2010 at 12:09 PM , Anonymous said...

wow berani gak anda wat pendapat sebebgini..n alangkah bgusnye if semua pembaca mnyokong n memihak pd hak mereka masing2.. mostly smua tkot utk bersuara tp kte mmg ada hak kte sebagai rakyat & student .. so apa lagi..?? thanx utk pendapat sebegini..

 
On November 20, 2010 at 1:11 PM , Anonymous said...

kena ade pengorbanan baru sesuatu jadi lebih bermakna.

 
On November 20, 2010 at 2:43 PM , Anonymous said...

salam...syabas kepada saudara kerana berani menyuarakan pendapat anda & boleh dikatakan semua peelajar di Malaysia...

Sekadar respon:

saya merupakan penuntut universiti sejak 2005 hingga sekarang..isu ini memang sudah lame telah timbul..tetapi untuk melaksanakan sesuatu perkara perlu diambil kira dari semua aspek..

isu disini tentang 3% turun ke 1% dan percuma..

untuk pengetahuan saudara,penurunan ini dibuat secara berperingkat untuk memastikan semua pelajar dapat dikemaskinikan fail-fail mereka..ini kerana,pihak ptptn tidak mahu ade yg terlepas pandang..

isu percuma juga telah dilaksanakan tetapi bukan untuk semua pelajar,ini hanya kepada mereka yang mendapat CGPA 3.75 dan keatas @ 1st class degree..

pihak ptptn membuat seperti ini adalah kerana bagi memastikan bakal mahasiswa @ adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran mendapat bahagian mereka..ini kerana banyak kes yang telah berlaku sejak pinjaman ini diperkenalkan..

seorang pemimpin yang berkaliber tidak akan mementingkan diri sendiri, bahkan beliau akan memikirkan orang bawahan & dibelakangnya..dengan peratusan itulah yang membolehkan badan pinjaman sekarang ini bergerak dan tidak putus memberikan pinjaman kepada kita semua..

sekadar respon..thanx..

 
On November 21, 2010 at 12:36 AM , Anonymous said...

salam...

pandangan=

isu ptptn ni mmg dah lame sangat diperdebatkan...
ptptn perlu lebih telus dalam menguruskan hal2 pinjaman ni...

pada pendapat saya,isu percuma mmg perlu wujud disini..
malaysia kita ni cukup kaya kalau semua harta2 negara digunakan sebaik mungkin..
contohnya, untung bersih daripada petronas dan proton cukup banyak dapat disalurkan kepada negara kalau tidak diberi royalti melampau kepada sesetengah "individu" yang sememang nye dah kaya...
harta negara banyak,tp rakyat tidak dapat manfaat daripadanya..
yang kaya terus kaya,yang miskin makin miskin...
pensyarah saya ade mengatakan,tak mustahil 1 hari nnt malaysia bakal jadi macam indonesia..rakyat seme pakat lari keluar negara kerana di negara sendiri sudah tiada peluang untuk memajukan diri dek kerana ditindas org2 berada...

satu lagi,,walaupun pendidikan di malaysia ni xdapat diberi percuma,tp sepatutnya diberi pengurangan dr segi pembayaran...
pada pandangan saya, agak bagus apabila ptptn diberi percuma kepada mereka yang dapat 1st class degree...ini dapat meningkatkan lagi daya saing mahasiswa,,,supaya mahasiswa2 yang lahir daripada institusi2 pendidikan di malaysia adalah terbaik..
akan tetapi, walau tidak dapat diberi percuma kepada mahasiswa2 yang tak berjaya dapat 1st class degree,pengurangan bayaran kepada pelajar lain boleh di lakukan...
sebagai contoh,mereka yang berjaya mdapat 3.50-3.74 diberi potongan 50%,dan mereka yang mdapat 3.00-3.49 diberi potongan 25% daripada jumlah pinjaman...

KURANGKAN PERATUS PINJAMAN KESELURUHAN,,BUKAN KADAR FAEDAH!!

bagi saya, ini adalah cara terbaik untuk memastikan mahasiswa2 kita tidak belajar sambil lewa..dengan erti kata lain, mereka yang tidak dapat keputusan yang cemerlang perlu membayar pinjaman yg lebih..akan tetapi mereka yang dapat perform dengan baik dapat menerima pengurangan pinjaman yang setimpal...

walau tak dapat percuma pon,kurangkan la sikit dari jumlah keseluruhan tu..... =)

salam..

 
On November 21, 2010 at 4:08 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Assalammualaikum...

terima kasih kepada yang sudi memberi inspirasi kepada penulisan saya nih..

Dalam apa yang dilakukan kerajaan tika ini adalah bantuan Pendidikan dan bukannya "Free Education"..

Walauapa pun saudara/i, Pendidikan adalah HAK rakyat..semua orang layak untuk mendapatkannya..Ini soal HAK yang patut diterima bukan soal Bantuan yang patut disalurkan kerajaan...

DiHarapkan MAHASISWA/i seluruh negara tetap dengan PENDIRIAN ini..iaitu PENDIDIKAN harus DIBERI secara PERCUMA kepada seluruh RAKYAT!!!~