-PenTeman-

Assalammualaikum...


Perkeliling Yang Dikeluarkan

Saya menyambut baik saranan TNC HEP yang mengeluarkan Perkeliling yang bernombor rujukan UNISEL/HEP10/204-BJ(24)JLD.1 berkaitan Penguatkuasaan Etika Pemakaian Menutup Aurat bagi semua pelajar muslim UNiSEL yang bertarikh 8 November 2010. Langkah ini merupakan langkah yang dilihat sejajar dengan kehendak serta inspirasi Kerajaan Negeri Selangor.

Dibawah merupakan perspektif saya terhadap perlaksanaan peraturan ini;

:: Terdapat kelemahan yang saya lihat dari segi penguatkuasaan dan lain2 selain penguatkuasaan yang dilihat double standard terhadap MAHASISWA/i.Adalah menjadi kewajiban kepada semua umat islam tidak kira status samada pelajar atau Staf kedua-duanya perlu untuk MEMATUHI peraturan yang telah ditetapkan.Adalah menjadi keutamaan sepatutnya, Unit Sumber Manusia mengeluarkan Perkeliling atau Memo terlebih dahulu kepada seluruh Warga kerja UNiSEL dan mendidik peraturan ini terlebih dahulu kepada staf2 yang dilihat sepatutnya lebih memahami akan setiap peraturan yang bakal diimplimentasikan ini.Peraturan Islam bukan "Double Standard"..Tapi apa yang dilakukan oleh pihak UNiSEL, mereka seperti menganggap Islam adalah "Double Standard"..

::Selain itu juga, adalah sepatutnya TNC HEP memandang terhadap kewujudan Persatuan Mahasiswa Islam UNiSEL (PMIUNiSEL-(i-Rakan)) itu sendiri disamping badan Majlis Perwakilan Nuqaba' (MPN) yang dilihat lesu tanpa aktiviti "mendekatkan diri" dengan para Mahasiswa/i.Badan2 ini sepatutnya diguna pakai secara kolektif dan menyeluruh serta memaksimumkan penglibatannya untuk mencapai objektif pembangunan Modal Insan yang diwar2kan oleh TNC HEP.Adalah merupakan perkembangan positif dilihat kepada pertumbuhan badan2 persatuan yang berteraskan islam diUNiSEL tetapi semua ini dilihat sebagai melepaskan batuk ditangga..Persatuan2 ini ditubuh dan dibiarkan lesu tanpa arah tuju oleh "Pengasas" dan "Penasihat" yang saya kira tidak memainkan peranan malah bersikap "gila kuasa"..

::Selain itu juga, perlu dilihat bahawa adakah Mahasiswa/i sudah bersedia dengan perlaksanaan penguatkuasaan ini?!Atau sebenarnya perlaksanaan ini dilihat seperti tergesa-gesa sehinggakan penguatkuasaan yang sebelumnya pon masih terombang-ambing dan dilihat tidak disempurnakan secara menyeluruh oleh pihak yang Melaksana.Sedangkan peraturan yang sebelumnya pon jelas menyeru Mahasiswa/i berpakaian sopan, tidak ketat, tidak pendek, tidak koyak dll tidak terlaksana secara kolektif, ini kan pula penguatkuasaan yang saya jangka tiada penguatkuasaan yang "serius" dijalankan.

Dalil AL-Quran
;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

suami mereka atau, bapa mereka atau, bapa mertua mereka atau, anak-anak mereka, atau, anak-anak tiri mereka atau, saudara-saudara mereka atau, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau, perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau, orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(Surah An Nur : Ayat 31)



*Menutup Aurat Adalah Kewajiban!!!~

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

Comments (6)

On November 14, 2010 at 5:03 PM , Anonymous said...

Love this....

 
On November 14, 2010 at 6:53 PM , Nany J Haron said...

agree with you....mereka tidak harus menekankan isu menutup aurat hanya kepada mahasiswa/i SAHAJA...and i hope they know how to keep this issue in consistency, as i do realize, issue yang sebelum ni mengenai jeans, so on and so forth, macam ikut musim je...x konsisten, dari situ, we can see that the person who gives the idea is not that firm in utilizing his/her idea...

 
On November 15, 2010 at 10:20 PM , Anonymous said...

sebelum kita menegur orang, lebih baik menilai diri kita sendiri..
dalil Quran yg kamu keluarkan itu..aurat bukan sekadar aurat tapi tingkah laku kita dengan kaum hawa juga amat dititik beratkan..setiap detik yang berlalu..akan diperhitungkan kelak..selamat beramal..semoga kejayaan jd milik kita kelak..dunia dan akhirat yg pasti..

 
On November 15, 2010 at 10:34 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

sampai bila kita nak tegur kalau asyik kita nak tengok diri yg mmg takkan pernah nak Perfect~

Saudara/i..

Saya rasa saudara/i perlu menyelami konsep dakwah..Apa yang dikatakan DAKWAH...

selamat beramal =)

 
On November 16, 2010 at 2:43 PM , Anonymous said...

betulkan akhlak jika mahu berdakwah ;)

 
On November 16, 2010 at 6:41 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Saudara/i..

Dakwah tu luas perspektif nya..
Mungkin Perspektif sempit yang digunapakai saudara/i...

Saya tak tahu persis siapa saudara/i..Tapi apa yang saya tahu saudara/i adalah manusia dan bukan Beruk...

Setiap pendakwah perlu bertanggungjawab dengan setiap perkataan yang keluar dari Pikirannya...

Adakah saudara/i bertanggungjawab??
jawapannya tidak..
Kerana masih dibayangi dengan ketakutan dengan tidak mendedahkan diri saudara/i...

Terpulang lah pada saudara/i...

MUhammad SHAhimi aRIFFin(mushariff)
UNiSEL