-PenTeman-

Assalammualaikum...



Tahniah Kepada Barisan Nasional (BN) yang memperoleh kemenangan di kedua-dua kawasan PRK di Galas dan Bt. Sapi..

Melihat kepada Kemenangan Barisan Nasional di P185 (Batu Sapi) dan N45(Galas) dengan masing-masing mejoriti 6359 dan 1190,dapat saya konklusi kan bahawa Percaturan dan Permainan Politik BN berjaya untuk meraih kepercayaan rakyat di galas dan Bt.sapi.Tetapi sampai bila RAKYAT masih perlu digula-gulakan dengan segala macam janji-janji "Pilihan Raya" Parti yang bertanding?

Itu Persoalannya...


Kerusi DUN Galas...

Melihat kepada kemenangan mejoriti tipis yang diraih oleh Barisan Nasional(BN) ia sememangnya seperti yang dijangkakan saya kerana sebelum ini pon Kemenangan Parti Islam Semalaysia (PAS) di Galas merupakan Kemenangan Mejoriti Tipis.Walaubagaimanapun Peratusan turun mengundi di Galas patut dipuji kerana peratusan yang tinggi(83%), turun untuk mengundi.

Selain itu juga dilihat bahawa strategi BN dalam mempolitikkan kempen 1Malaysia dan Meletakkan orang yang berpengaruh(KuLi) untuk menguruskan PRK di galas mempu meraih undi cina dan masyarakat kelantan yang menyanjung perjuangan beliau sekaligus memaksimumkan kesan kepada PRK di Galas.





Batu Sapi...

Suasana di Bt. Sapi sedikit berbeza kerana terdapat pertandingan tiga penjuru iaitu antara SAPP, PKR dan BN..Sekali lagi BN menjuarai Kemenangan di Bt.Sapi..Juga seperti apa yang dijangkakan.

Seperti semua tahu yang mana Sabah merupakan KUBU kuat BN dan adalah hampir mustahil untuk parti lain bertapak mula di Negeri Borneo ini.Tetapi adalah perlu dipuji semangat juang PKR dalam berpatisipasi pada PRK yang berlangsung ini.

Melihat kepada Mejoritinya sahaja kita sudah tahu yang Bt. Sapi ini sememangnya KUBU kuat BN dan sukar untuk parti-parti yang bertanding.

Cuma yang menjadi kehampaan saya mengapakah BN meletakkan calon yang tidak berwibawa dalam menerajui P185.Ini kerana seperti semua maklum YB Datin Linda Tsen bukan lah seorang yang fasih dalam berbahasa MELAYU dan berbahasa etnik..Ini dilihat sebagai kekurangan yang saya kira kekurangan yang tidak sepatutnya ada untuk wakil rakyat dimana tugasnya sudah pasti bersama RAKYAT..

Konklusi...

Tahniah kepada Parti Barisan Nasional (BN) kerana memperoleh kemenangan di kedua2 tempat iaitu Bt. Sapi dan Galas.

"Diharapkan segala yang dijanji mampu ditunai dan bukan sekadar gula-gula "PILIHANRAYA" dan juga bukan sekadar untuk Memperbodoh-bodohkan RAKYAT Kelantan dan Sabah!!~"


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

Comments (0)