-PenTeman-

Assalammualaikum...

Menarik dengan Tontonan Drama "Sebelum Akhirat"...Sememangnya layak dicalonkan dalam pencalonan Anugerah Skrin 2010..Menurut pada pandangan saya, Garapan penceritaan drama "Sebelum Akhirat" ini,banyak menceritakan senario sebenar Dunia diBumi Malaysia..

Mari ikut kronologi Penceritaan dibawah;

Kekayaan :"Duit adalah segala-galanya" merujuk kepada kenyataan Mubarak(Fauzi Nawawi) yang leka dengan "Kekayaan" dikecapi tanpa menyedari bahawa sumber Kekayaannya menyimpang daripada norma-norma agama dan budaya.Disini dapat dilihat bahawa kekayaan juga mampu mendorong seseorang individu itu kearah Keburukan, menyesat dan lagi menyesatkan..Kerana wang, manusia sanggup melakukan apa sahaja seperti yang dilakukan oleh Nornirda(Lisdawati)..Kerana kekayaan jugalah Mubarak meragut kepercayaan "PEREMPUAN" lantas di "Perdagangkan" Maruahnya dan yang paling buruk lagi Mubarak sanggup membuang Keluarga demi untuk Memuaskan Kehendak Hati Nya...

Komentar : Melihat kepada senario yang berlaku seperti dalam penceritaan diatas sebenarnya situasi ini sememangnya parah dan selari seperti apa yang berlaku dikalangan Masyarakat Melayu Khususnya di Malaysia kini.Jangankan bimbang terhadap masyarakat Tetapi sebenarnya dikalangan PEMIMPIN keadaan ini terus PARAH dan Ranap..

Harga Diri Wanita : Melihat kepada Perempuan2 yang telah menjadi Mangsa Mubarak, saya termangu seketika dan tertanya2 bahawa "Bertapa Murahnya insan Bergelar WANITA" Membiarkan lelaki MERATAH tubuh yang suci tanpa diNoda lantas membiarkan insan yang bergelar JANTAN menyemai Benih yang selama 9bulan 10hari kekal kedalam rahim mereka..
Betapa tidak bertanggungjawabnya Insan Yang bernama JANTAN..Tanpa Mengenali lebih Lama, Norshida memberi sepenuh kepercayaan kepada Mubarak yang sebenarnya hidung belang.Inilah sikap optimis yang perlu Tiada dalam diri WANITA..jangan sampai diri tergadai dengan hanya kata-kata kosong Jantan berbalung Merah.

Komentar : Situasi ini sebenarnya situasi yang membarah dikalangan Masyarakat Melayu Khususnya..Buktinya, Lihat sahaja "Rumah Kasih" yang bertaburan diseluruh Malaysia..Bilangan Anak Melayu Melimpah berbanding bilangan anak bangsa lain..
Perkara ini berlaku Pabila;

"Tiada rasa hormat KAUM LELAKI terhadapKAUM WANITA dan Kaum WANITA tidak ada usaha untuk Mengiktiraf maruah atau Harga Diri mereka Sendiri"..

Persoalannya siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal Keruntuhan Moral Anak Melayu??Sapa punya kerja untuk memikirkan Semua ini kalau bukan KERAJAAN BN dan UMNO..

Ibu Bapa : Ibu bapa tidak dihargai pengorbanannya..Mubarak sanggup membuang keluarga demi mencapai kepentingan kekayaan dunia.Mubarak menafikan sumber kewangannya yang SAH haram dan mengatakan bahawa niatnya baik untuk memenuhi hajat kedua ibu bapanya Menunaikan Haji.

Komentar : Ini lah yang berlaku kini, dimana slogan "Niat menghalalkan cara" digunapakai walaupun perkara yang dilakukan itu benar-benar menyimpang dari norma-norma agama dan Budaya.Kalau orang putih ada robin hood tapi dimalaysia idola golongan sebegini adalah geng Botak Chin yang mana slogan "Niat menghalalkan cara" digunapai demi untuk matlamat yang dianggap suci..

"WAHAI WANITA BUATLAH APA SEKALIPON SELAGI MARUAH ANDA TERPELIHARA DAN TIDAK TERGADAI DAN TERCEMAR OLEH INSAN YANG BERGELAR JANTAN BERBALUNG MERAH"


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

Comments (2)

On November 9, 2010 at 12:59 AM , greek goddess said...

suke giler...setiap perbuatan yg kite buat ade balasan nye...so choice is in our hand la kan...pandai buat pandai la tngung

 
On November 9, 2010 at 9:44 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

btol3x~
pnuh ngan msg yg kne ngan senario skang~