-PenTeman-

Assalammualaikum...

Melihat kepada Persekitaran dan Polar organisasi UNiSEL seperti semua sedia maklum, UNiSEL merupakan institusi pendidikan tinggi milik penuh Kerajaan Negeri selangor.Kalau dulu Kerajaan BN memegang tampuk Pimpinan Negeri tetapi setelah Negeri Darul Ehsan ini mengalami Tsunami Politik 2008, maka dengan itu Tampuk Pimpinan telah beralih kepada parti Oposisi iaitu kerajaan Pakatan Rakyat..

Segala macam telah dijanjikan, termasuk kepada isu yang berkait dengan institut pendidikan tinggi Negeri (UNiSEL & KUIS) dijanjikan bahawa kedua-dua IPT ini terkecuali daripada kekangan AUKU 1971& AKTA 555.

Persoalannya adakah isu ini diKetengahkan oleh Exco yang bertanggungjawab??
Jawapannya, sehingga kini Exco Pengerusi JawatanKuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan masih tidak memperjuangkan perkara ini dan seolah-olah perkara ini tidak pernah dijanjikan sebelum PRU-12.Kami MAHASISWA/i UNiSEL dan KUIS tidak pernah Lupa Manifesto-Manifesto Kerajaan Pakatan Rakyat..Segala janji perlu dipenuhi..

Kalau dulu Pakatan Rakyat Lantang mengkritik sikap "Sempit" UMNO yang menutup ruang Demokrasi Mahasiswa..Tapi sebenarnya corak Pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat lebih menyempitkan ruang Demokrasi Kampus (Terutama UNiSEL) sememangnya harus diKritik hebat oleh bukan sahaja Parti Pembangkang di Selangor malah oleh seluruh Mahasiswa Khususnya.

Speaker's Corner tika ini merupakan satu wadah Demokrasi Mahasiswa Kampus di seluruh Malaysia selepas mendapat Kekangan hebat berikutan perlaksanaan AUKU 1971 sebelumnya, tetapi diUNiSEL ia lebih sempit dan jumud kerana Speaker's Corner ini di"Payah"kan perlaksanaannya dengan segala macam Birokrasi yang diada-adakah oleh pihak Pentadbiran UNiSEL.Sepatutntnya ia diPermudahkan seperti yang telah "dijanjikan" Oleh TNC HEP, maka dengan itu ia akan selaras dengan Gagasan yang dibawa Pakatan Rakyat..Tetapi sebaliknya, IPTA lebih Demokrasi Berbanding dengan IPT yang bernaung dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat..

Satu lagi yang menjadi kelemahan pada pimpinan pentadbiran UNiSEL dapat dilihat bahawa tiada keterbukaan dalam "Kebebasan bersuara" dikalangan Mahasiswa dengan pihak pentadbiran UNiSEL.Biarpun sekali DiHentam teruk, sepatutnya pihak UNiSEL perlu memperbaiki segala Kelompangan2 yang ada, bukan terus menyekat Kritikan yang dihambur dengan cara "mereka".!!~

Kalau Benar ada Ruang Demokrasi di Negeri Pimpinan Pakatan Rakyat mana buktinya??Dikampus UNiSEL yang rata-rata Pimpinan tertinggi Pentadbirannya jelas berideologi Pakatan Rakyat pun sudah menyimpang dan TerSASAR jauh dari gagasan laungan Pakatan Rakyat, inikan pula pusatnya?..

Inilah Realiti POLITIK Kuasa~

Jangan menganggap setiap hamburan kritikan ini sebagai musuh kepada Pimpinan Pakatan Rakyat Tetapi ia sepatutnya dilihat sebagai faktor pengisi kepada segala kelompangan2 besar yang telah disalah laku oleh Pimpinan Pentadbiran Universiti terutamanya.

"Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!"

Tunjukkan Bukti Ruang Demokrasi itu wujud di Kampus Naungan Pakatan Rakyat supaya ia menjadi Model atau contoh "Pembayang" kepada Pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Umumnya.

Walauapapun yang terjadi Speaker's Corner UNiSEL tetap akan berlangsung!!!~
Walau apa TARUHANNYA!!!~

Hak Mahasiswa Harus DiKetengahkan bukan diPandang sebelah mata!!!~


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

Comments (4)

On November 9, 2010 at 5:48 PM , greek goddess said...

sampai biler?

 
On November 9, 2010 at 6:11 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

apa yg sampai biler?
x jelas...

 
On November 11, 2010 at 12:40 PM , Anonymous said...

Speaker's corner UNISEL dilihat sebagai sesuatu yang tidak releven. Satu ketika sejak penubuhan Unisel, mana2 persatuan pelajar mahupun MPP sendiri tidak berfungsi. Setiap kali pilihan raya Perwakilan Pelajar tiada sambutan tidak seperti di IPTA/S yg lain sehingga kan HEP terpaksa melantik wakil2 pelajar yang di fikirkan layak untuk meneraju MPP.
Tapi sejak kebelakangan ini dengan beralihnya pemerintahan politik di Selangor telah kelihatan kelibat2, lontaran suara, keluhan dari pelajar melalui MPP sendiri. Malahan pucuk pimpinan tertinggi UNISEL sendiri yang menggalakkan supaya pelajar bergiat aktif dlm mempersoalkan hak2 mereka lebih2 lagi yg berkaitan dengan AUKU.
Satu perubahan yang nyata TAPI bak kata pepatah " setinggi tinggi tupai melompat...." Perlu di lihat pada hakikat sosio buaya politik di M'sia hanya menjurus kepada amalan-amalan yang tak selari dengan tuntutan ISLAM yg syumul... sistem sekular pemerintahan yg telah lebih 50 tahun di praktikkan di M'sia...mudah bicara 50 tahun lagi lah di perlukan tuk sesiapa saja generasi sekarang yg perlukan perubahan... Generasi pelajar sekarang lah yg akan menentukan hala tuju M'sia... lantang bersuara mmg perlu tapi lantang dlam berfikir dan idea amat penting, kekuatan spiritual dan rohani sgt2 membantu... jgn sekadar melepaskan batuk di tangga... bukan untuk mencabar, tetapi sekiranya saudara Muhammad Shahimi Ariffin menyahut, insyaallah teruskan....

 
On November 14, 2010 at 8:33 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Seorang Pemimpin harus punya kriteria2 seperti Bisa Berpidato, Berfikir kritis, membawa gagasan dan idea..

Kalau kita selusuri sejarah awal kebangkitan Mahasiswa 60an kita akan sedar bahawa HAK itu adalah Perjuangan!!~

Soal speaker's corner pula, perlu untuk saudara/i merujuk kepada sejarah penubuhannya.

Siapa kata individu yang lantang di Sudut Pidato tidak membahaskan gagasan dan idea??

Sedarlah bahawa Kelantangan, Gagasan dan idea perlu diadun untuk mendapatkan kesan yang maksimum dalam GERAKAN!!!~