-PenTeman-

Assalammualaikum...

Mengapa topik ini menjadi perhatian aku, kerana aku merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak memahami apa itu konsep "gives and takes" terutama dalam perhubungan dan pergaulan (politik)..Sebenarnya apa yang cuba aku ketengahkan mengenai slogan "Menolak Kesempurnaan, Mengharap Perubahan" ini, ia tidak tergelincir dari konsep "gives and takes" dan ia merupakan konsep atau slogan yang aku cedok dari asas konsep "gives and takes"

Apa itu yang dimaksudkan dengan "Menolak Kesempurnaan"??

Kita selalu mendengar ungkapan "Doakan aku supaya dipertemukan dengan orang yang lebih baik interm of agama dan boleh membimbing aku" yang selalunya diungkap oleh anak-anak gadis yang masih belum bernikah..Dalam situasi yang lain ungkapan ini lebih kerap diungkap oleh artis-artis Malaysia..Ia aku klasifikasikan sebagai ungkapan "cleasey" dan terlalu mengharapkan kesempurnaan..Ungkapan ini juga tidak terlepas dari diungkap oleh kaum adam yang gilakan Kesempurnaan yang boleh aku kelaskan sebagai manusia yang tidak sedarkan diri yang tidak pernah mencermin diri dan peribadi..

Ya...Aku insan yang menolak kepada "Kesempurnaan"..Aku tak kan mencari kesempurnaan..Kerana aku yakin bahawa yang kesempurnaan tidak akan membawa kepada jaminan kebahagiaan, tetapi perubahan yang baik itu adalah jaminan kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan akhirat..

Pernah ditanyakan kepada aku semasa "DisKopi" mengenai calon isteri yang aku cari adakah dikalangan orang yang alim,bertudung, baik, keperempuanan, dan tidak pernah "silap"..Kerana sepertimana mereka perhatikan adalah anak gadis yang hidup di era kosmopolitan ini kebanyakannya sudah terlanjur, dan melakukan kesilapan atau paling kurang pon berpegang-pegangan dan melakukan "aktiviti" ringan2 adalah "sesuatu" yang pasti telah dilakukan anak-anak gadis dalam era ini...Kemudian aku menjawab bahawa aku berpegang kepada slogan dan prinsip "Menolak Kesempurnaan, Mengharap Perubahan" kemudian aku ditanyakan untuk menghuraikan mengenai konsep dan pendirian yang aku pegang itu..Aku menjawab bahawa aku tidak punyai sikap "rigid" dalam memilih calon isteri..Aku tidak kisah calon isteri aku itu seorang yang sosial, tidak bertudung, liar, ganas(Kelakian), dan Rosak sekalipun..Kerana bagi aku semua orang melakukan kesilapan..tetapi sejauhmana "Kebertanggungjawaban" seseorang individu itu dalam memikirkan tentang "Harga Diri" samada keatas individu yang Memperlaku atau diri mereka yang diperlaku..Kalau ada pihak yang merasakan "Harga Diri" ibarat barang yang bisa dijual beli maka mereka tidak risau tentang apa yang di"laku"kan sebelumnya...lantas mudah untuk mengungkap perkataan "Perpisahan" yang aku klasifikasikan sebagai hina..

Antara lain hujah aku dalam menyokong kepada slogan dan prinsip "Menolak Kesempurnaan, Mengharap Perubahan" adalah bagi aku tiada sesiapa yang sempurna tetapi pada masa yang sama masih ramai yang mengharapkan kesempurnaan yang aku klasifikasikan sebagai sia-sia..

Aku kira cukup seseorang itu meletakkan "Guide" dalam memilih pasangan supaya ia menjamin Perhubungan yang bahagia..Antara aku kira "guide" yang berguna untuk mencari pasangan adalah seperti berikut:

-SETIA
-KePERCAYAan
-JUJUR
-IKHLAS
-BerTANGGUNGJAWAB

Kelima-lima ciri-ciri yang aku rasa lengkap ini, pasti mendapat pertanyaan bahawa kenapa tidak meletakkan agama sebagai salah satu ciri-ciri untuk mencari teman..Aku menjawab bahawa kalau kita memahami kelima-lima ciri-ciri diatas maka agama merupakan himpunan kepada kelima-lima dari ciri-ciri diatas..Untuk menghuraikan agama, maka kelima-lima ciri-ciri ini relevan untuk diguna pakai..

Kenapa perhubungan berantakan??Kerana KeSETIAan dan KePERCAYAan tiada...Tepuk dada tanyalah HATI dan Diri...Jadi aku kira ini bertepatan dengan perubahan yang aku harapkan kepada calon isteri yang aku impikan, Selain tidak mengulangi segala kesilapan sebelumnya..

Aku menyarankan bahawa jangan selalu mencari Kelemahan dan Kekurangan, kerana bagi aku kalau kita sentiasa mencari kelemahan dan kekurangan segala kekuatan dan kelebihan pasangan akan diselubungi dengan segala kelemahan dan kekurangan lantas diambil kesempatan oleh ORANG KETIGA..

Aku merasakan sudah tiba masanya untuk kita berhenti mencari Kesempurnaan dan Meneruskan kepada Menuntut Perubahan..

Kerana;

"Sejauh mana anda mencari Kesempurnaan dan pabila anda sampai pada satu tahap, anda akan sedar bahawa Kesempurnaan yang anda cari itu sebenarnya jauh menyimpang dari landasan Kesempurnaan yang anda cari"

Pada masa itu, setiap penyesalan adalah tidak laku!!!!~

Antara hujah lain yang aku guna pakai adalah, untuk apa aku mencari kesempurnaan jika aku tahu tahap diri yang serba serbi kurang dan daif..Kita tahu sejauhmana diri kita..kita tahu dimana kita..Untuk apa meletakkan diri kita ditahap yang tak mungkin kita capai??Begitu juga dalam mencari pasangan, untuk apa kita mengharapkan sesuatu yang melabung kelangit tetapi ia tidak selari dengan diri dan PERIBADI??Percayalah saudara/i bahawa Pencari kesempurnaan harus mencermin kendiri dan sedar Diri...

Apa pula yang dimaksudkan dengan "Mengharap Perubahan"??

Bercerita tentang Perubahan, semua orang mahukan Perubahan yang baik..Belum pernah lagi kita mendengar bahawa ada manusia yang mahu perubahan yang menghancurkan diri mereka..Aku memang merupakan manusia yang mengharapkan kepada Perubahan, Terutama dalam Perhubungan... Kalau tadi aku Berhujah tentang "Menolak Kesempurnaan", dan itu aku boleh kelaskan sebagai sikap KOMPROMI yang melibatkan MARUAH, Tapi kenapa tidak sikap KOMPROMI aku itu diBalas dengan Pengharapan aku terhadap PERUBAHAN yang aku tuntut??Bukan ke bidalan melayu ada mengajar bahawa "Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita Merasa"..

Kenapa dan Mengapa aku tidak layak untuk PERUBAHAN??!!

Adakah kerana perubahan yang aku tuntut itu bisa menjadikan diri mereka itu berbalik kepada sepertimananya mereka sebelum-sebelum ini??!!~ Salahkah untuk Menuntut Perubahan kalau Perubahan itu mendorong PASANGANKU kearah Kebaikan??!!~ Ada aku ditanyakan juga semasa "DisKopi" mengenai slogan dan prinsip "Mengharap perubahan"..Aku menjawab bahawa kalau aku bisa BerKOMPROMI soal maruah dengan calon isteri aku mengapa aku juga tidak bisa Mendapat Pulangan yang kurang lebih setara??!!

Adakah dengan alasan "Aku tak mahu HIPOKRIT"..Masih segar dalam ingatan ku yang daif ini saudara/i, ada seorang insan yang pernah aku berpesan bahawa "Setiap perubahan itu bermula dengan sikap Hipokritus", tetapi sayangnya pesanan itu sekadar untuk cuba difahami tapi tidak untuk dihayati..Antara lain timbul pula alasan untuk menjadi diri sendiri yang aku kira sebagai mati hujah kontang idea..Aku merasakan ungkapan "untuk jadi diri sendiri" tidak sepatutnya timbul, kerana islam menggalakkan perubahan, kenapa perlu timbul soal nak jadi diri sendiri??Adakah Sikap dan nilai kita hari ini akan konsisiten seperti mana kita 5-6 tahun akan datang??belum pasti saudara/i..

Bercakap soal Perubahan, saya cabar saudara/i untuk tanya kepada ibu bapa anda adakah mereka sekarang merupakan mereka sewaktu sebaya kita dahulu??saya pasti jawapan mereka "Dh Berubah"..Semua orang pasti Mengalami Perubahan bezanya cepat atau lambat..Yang pasti PERUBAHAN itu PASTI!!!~ Saya nak bawa saudara/i kepada sejarah perubahan diri saudara/i sendiri..Cuba tanyakan diri saudara/i, adakah aku pada hari ini(Peribadi Atau Penampilan) merupakan aku 5-6 tahun sebelum ini??saya yakin saudara/i pasti telah mengalami perubahan..Islam menuntut kepada perubahan..Kita menolak perubahan..adakah kita dilandasan ISLAM??

Tepuk dada tanyalah DIRI...


Penutup..


Saya merasakan sudah tiba masanya untuk kita melaksanakan prinsip dan slogan "Menolak kesempurnaan, Mengharap Perubahan"..terpulanglah untuk saudara/i menilai penulisan daif MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff) ini..Segala yang dicurahna saya ini merupakan unsur pendapat yang saya kira selari dan sejajar dengan kehidupan dalam era kosmopolitan yang sungguh mencabar kini..Saya bukan lah insan yang hebat dari segi agama, sahsiah, peribadi malah daif dan lemah apatah lagi untuk mempengaruhi saudara/i dengan penulisan lemah ini.Tapi inilah idea dan konsep yang dibawa saya.Kita bukan lagi di bumi Tanah Melayu yang banyak pantang larangnya..kalau dulu bidalan tentang anak gadis dikaitkan dengan lembu sekandang, "ternak lembu sekandang lebih mudah dari mendidik anak gadis seorang" dan ini membuatkan orang-orang tua dahulu lebih berhati-hati, tapi kini ia sudah semakin terhakis dan terbiar..Persoalannya adakah anak gadis kini sekualiti dulu??Tepuk dada tanyalah diri!!!

Kongsi pendapat itu yang saya sanjung kerana saya MAHASISWA cintakan DEMOKRASI..

Kalau nak suami yang boleh Memimpin, carilah orang bisa Memimpin..Kalau dicari orang yang membenci politik untuk memimpin, bagaimana DIA bisa memimpin kalau Al-Quran diTolak dan diNafi??

Lagi menyedihkan pabila ditanya kepadanya tentang pandangan politik dikatanya "POLITIK is SUCKs" masyaALLAH..Adakah akidah insan yang berpendapat begitu tergelincir??LuPikir LAH Sendiri!!Sedar atau tak politik banyak terkandung dalam Al-Quran..Kalau saudara/i menolak politik, saudara/i sebenarnya merupakan kejayaan British dan UMNO dalam kejayaan mereka "menanam" doktrin Kolonial kepada saudara/i..

Selepas topik ini saya akan mendedahkan tentang ISLAM dan POLITIK...

Kesedaran Politik..


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

Comments (5)

On December 25, 2010 at 11:49 PM , Adiba zehan said...

yup..sy setuju ngn entry awk ni...

sy ske quote ini

kesempurnaan tidak membawa kepada jaminan kebahgiaan,
tetapi Perubahan yang baik itu adalah jaminan untuk kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan akhirat..

kita tidak akan pernah dpt mencari kesempurnaan kerana manusia memang tidak akan pernah puas dengan ape yg dikurniakan...
mengharap perubahan itu perlu kerana dah memang nature yg manusia memang akan berubah, xpernah sme...perubahan itu perlu untuk menajmin hidup yg lebih baik..

 
On December 27, 2010 at 3:28 PM , putera asmoni said...

assalamualaikum...saudara bersejawatan...minda manusia...mcm2 hendak mencari kesempurnaan,memang tidak nafi saudara, tetapi sejauh mana fahaman atau orang menilai atas diri kita sama ada ia mahu terima atau tidak.AKU CUKUP SETUJU..dengan entry sudara.

Bagi aku tak salah kalau org berkongsi pandangan, seperti mana kata saudari ADIBA ZEHAN kita tidak dapat mencari kesempurnaan kerna manusia memang tidak akan pernah puas.dan adakah jaminan hidup itu lebih baik jika kesempurnaan itu berubah,jadi fikirkan..kawan2..

sekali pun mengkritik perlu berlandaskan fakta..jgn meyerang peribadi kerana itu menampakkan diri kita bodoh...

 
On December 27, 2010 at 3:29 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Assalammualaikum...

terima kasih adiba..

Sudah saya sangka yang penulisan saya ni pasti akan membuatkan org x senang duduk,..

Tapi bagi saya mudah, saya menerima dengan hati terbuka setiap kritikan..

tapi yang menghampakan saya saudara/i..Mengapa kritikan itu dilontarkan disaluran yang tidak bisa saya capai dan pasti tidak sampai pada saya??

Setiap kritikan biarlah berlandaskan fakta..jgan plak nak menyerang peribadi..

kalau sekali pon menyerang peribadi, silakan..tiada yang melarang, tapi kalau ada yang menilai itu sebagai kanak2 jgn salahkan saya..

Saya kira saudara/i, disetiap penulisan saya,sekalipun dikritik dan dikatakan bahawa "ingat bagus ke" apa ke..sekurang-kurangnya saya datang dengan idea..

kalau hujah saya yang bersandarkan Al-Quran dan Sunah pon dikritik oleh orang-orang yang "Alim", saya kira mereka LAYAK untuk mengkritik sekiranya dapat menafikan setiap pandangan saya juga dengan fakta yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah...

Saya tertarik dengan fakta yang sampai ditelinga saya mengatakan tentang penerimaan saya mengenai Qada' dan Qadar...Alhamdulillah..Sekarang saya makin menerima Ketentuan..

Sebenarnya lebih teruk menolak Al-Quran dan Sunnah!!!~

saya sedar tara mana diri ini..saya juga tahu tara mana si "Pengkritik"..kami dua2 tahu tara mana diri kami..

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)

 
On February 18, 2011 at 12:32 AM , fatin farhana said...

ftn setuju..tapi bg ftn kesempurnaan itu penting.pd mase yg same ftn kurg setuju.kesempurnaan penting supaye kite mengelak dari melakukn kesilapan.kene sedar keyh,manusia tidak pernah lari dr melakukn kesilapan dan mempunyai bnyk kelemahan.ftn tak setuju kalau kamu ckp psl soal psgn dgn menghrp kesempurnaan.tak same langsong.sbbnyer,kite skrg kt dlm dunia yg serba mencbr.ia mengikut individu itu sendiri bagaimane ia menyesuaikn diri dlm era dunia skrg.ini hny pendpt ftn.maafkn ftn kalau terslh tafsir.kalau kamu ckp menolak kesempurnaan,dan menghrpkn perubahan,kamu tidak akan membengkeng ape yg kerajaan buat demi negara.pd mase yg same,pembngkg inginkn perubhn.dan kite berhrp perubahan itu dlaksanakn.tapi,dsbbkn kesempurnaan tidak mungkin dikecapi,pembangkang akan terus berjuang idea2 mereka demi negara.kerana kite rase itu yg terbaik utk negare.tapi kiter menolak kesempurnaan,kite tak boleh memarahi jika pihak lain menolak idea kite.maksud ftn kite nk kn kesempurnaan dr negara kite jadi kite memberi idea dan membangkang.tapi kamu tolak kesempurnaan dlm mase yg same hrpkn perubhan....mcm mane tuw?ftn tak jamin kalau kamu rase,wanita yg kamu sebutkn 'tak sempurna' tapi kamu cuber tuk hrpkn perubhn drpd die.kerane kamu menolak kesempurnaan,tapi menghrp perubahan.ftn percaye usaha yg kuat perlu kamu selaraskn pd mase yg same kamu bersbr dan berdoa....ini pendpt ftn yg cetek ini....kamu lebih hebat dlm menilai dan berfikir....

 
On February 18, 2011 at 3:24 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Salam,
mungkin saudari melihat ini lebih kepada intrepitasi perasaan dan pasangan..

Begini,

memang benar yang saudari katakan, sy setuju tapi yang menariknya adalah perubahan yang dimaksudkan adalah RUNTUHKAN KERAJAAN SEKARANG, BINA KERAJAAN BARU dengan dasar yang BARU dan JITU..
itu dia maksud kepada MANGHARAP PERUBAHAN..

Manolak Kesempurnaan, pula bermaksud..Semua parti politik bukan diukur pada susuk tubuh politik tetapi gagasan dan dasar serta idea yang dibawa..Kalau dilihat kulit parti politik dan isinya pasti pelbagai pergolakan dan kebobrokan berlangsung samada sedar atau pon tidak bedanya banyak atau kurang skalanya..

sekarang ini apa yang berlaku adalah kerajaan BN telah bobrok teruk berikutan ketirisan yang HANCUR..

Pemimpin UMNO tidak salah tetapi dasar UMNO itu yang HANCUR lantas mengheret pimpinan berlaku kejam dan TIDAK ADIL.

Bertepatan dengan slogan Menolak Kesempurnaan dengan menerima pimpinan UMNO jika mereka membubarkan Dasar Menindas kaum lain dan bersama-sama dasar yang mendokong ISLAM sebagai pasak menegakkan daulah ISLAMIAH =)

KAMI akan menyokong dan tidak sesekali menoleh kepada kekejaman sebelumnya..