-PenTeman-

Press Statement

Mahasiswa/i dikenali sebagai pemangkin atau pelopor untuk memimpin generasi yang akan datang. Mahasiswa/i seharusnya diberikan ruang dan peluang untuk bersuara dan menyatakan pandangan, idealisme dan hak mereka sebagai “third force” di dalam merencanakan pembangunan mahasiswa/i itu sendiri. Justeru, pihak pentadbiran seharusnya berlapang dada dalam menerima kritikan dan pandangan dari mahasiswa/i khususnya untuk memperbaiki masalah yang sedia ada. Perlu ditegaskan bahawa mahasiswa/i harus diberikan autoriti dalam mengerakkan idealisme mereka sendiri.

Cadangan Perlantikan Canselor

Seluruh mahasiswa/i UNiSEL telah bersetuju untuk memilih ahli akademik selaku Canselor baru UNiSEL dan kami menolak sekeras-kerasnya perlantikan dan penglibatan ahli politik dalam melantik canselor baru Unisel.

Disini juga kami menyatakan pendirian kami dalam mencadangkan calon bagi memenuhi kekosongan kerusi canselor kepada pihak kerajaan negeri dan pihak pentadbiran UNiSEL untuk mempertimbangkan perlantikan Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr Khoo Kay Kim selaku Canselor baru Unisel.Antara sebab lain perlantikan beliau adalah kerana disebabkan pengalaman dan pengetahuan beliau yang meluas dalam bidang akademik serta sumbangan terhadap pembangunan negara.

Disini ada kami sertakan sebab mengapa Mahasiswa/i UNiSEL menolak sekeras-kerasnya perlantikan canselor UNiSEL yang berlatar belakangkan Politik, antaranya;

· Mahasiswa UNiSEL menolak campurtangan mana-mana parti politik samada kerajaan atau pembangkang.

· Mahasiswa UNiSEL menolak daripada penglibatan mana-mana fahaman parti politik yang sempit didalam pembangunan pendidikan Negara lantaran membawa kepada persepsi sempit masyarakat kepada graduasi.

· Mahasiswa UNiSEL menggesa supaya pendidikan bebas campurtangan politik yang jelas menunjukkan bertujuan untuk menjaga posisi dan kedudukan seseorang.

· Mahasiswa UNiSEL menuntut kepada pengiktirafan mereka kepada golongan “third force” dan selayaknya mendapat ruang dan peluang untuk bersama-sama dalam merencana kepada pembangunan Universiti.

Justeru, sebagai penegasan kami seluruh mahasiswa/i UNiSEL menolak perlantikan calon-calon Canselor baru Unisel di kalangan ahli politik tanah air kerana kami melihat lebih banyak keburukan berbanding kebaikan bila melibatkan ahli politik dalam organisasi pentadbiran universiti. Kami sebulat suara bersetuju agar perlantikan Canselor baru Unisel ini dari kalangan ahli akademik dan kami memilih Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr. Khoo Kay Kim selaku Canselor baru Unisel.

Penutup

Berikutan dengan itu, diharapkan pihak kerajaan negeri dan pihak pentadbiran UNiSEL jelas dengan pendirian kami mahasiswa/i UNiSEL yang menolak dan sekeras-kerasnya menentang kepada penglibatan individu-individu yang berlatar belakangkan politik.Kami mahasiswa/i UNiSEL berharap bahawa pihak kerajaan negeri dan pihak pentadbiran UNiSEL selaku pihak yang bertanggungjawab dalam melantik mana-mana individu mengambil kira soal suara mahasiswa/i UNiSEL secara seluruhnya, kami juga mengharapkan cadangan ini di pertimbangkan diperingkat perlantikan canselor UNiSEL yang baru.Bagi kami, pandangan matang mahasiswa/i UNiSEL harus di ambil kira oleh pihak kerajaan negeri Selangor dan pihak UNiSEL, ini kerana kami mahasiswa/i UNiSEL diiktiraf sebagai golongan penyumbang terbesar dalam pembangunan UNiSEL secara seluruhnya.harap dipertimbangkan...

Ulasan Pro-Mahasiswa UNiSEL

Seperti yang dinyatakan diatas berikutan dengan “press conference statement” yang dibacakan oleh dua orang iaitu saudara Muhammad Nasir B. Abu Bakar selaku Presiden Pro-Mahasiswa UNiSEL dan Muhammad Shahimi Ariffin selaku Setiausaha Politik Pro-Mahasiswa UNiSEL pada 3 Januari 2011 yang berlangsung di S.Alam dalam mewakili suara Mahasiswa/i UNiSEL secara seluruhnya dengan tegasnya berpendirian bahawa menolak sekeras-kerasnya penglibatan individu yang berlatar belakangkan Politik.

Adalah di jelaskan kepada semua Mahasiswa/i UNiSEL bahawa kami Pro-Mahasiswa UNiSEL menegaskan bahawasanya kami tidak memihak kepada mana-mana parti politik samada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Dalam pandangan kami ini yang mewakili mahasiswa/i UNiSEL jelas bahawa pendirian yang dibawa adalah menolak kepada penglibatan mana-mana parti politik seperti yang dinyatakan sebelumnya.

Jika sebelumnya, kami Pro-Mahasiswa UNiSEL dalam mewakili suara Mahasiswa/i kampus UNiSEL menentang sekeras-kerasnya kedudukan Datin Seri Rosmah Mansor selaku canselor kerana beliau punyai latar belakang politik, kini kami berpendirian sama iaitu menolak juga mana-mana individu yang punyai latar belakang samada politikkerajaan atau oposisi.

Cadangan Pemilihan Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr. Khoo Kay Kim dinilai daripada pelbagai sudut dan tidak hanya dinilai daripada sudut yang sempit dan yang saya kira sebagai menafi dan menolak kepada kebebasan bersuara dan pendapat beliau sebagai ahli akademik.Adalah ditegaskan disini bahawa diperingkat Gerakan Revolusi Mahasiswa, Pro-Mahasiswa UNiSEL kami telah cuba sedaya upaya menyebar luaskan tentang mencadangkan beliau selaku cadangan canselor melalui media-media yang boleh digunapakai kami seperti speaker's corner dan risalah umum.

Ini harus jelas.!!

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Setiausaha Politik,
Gerakan Revolusi Mahasiswa (GRM)
Pro-Mahasiswa,
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

Comments (16)

On January 4, 2011 at 5:29 PM , Anonymous said...

maaf saudara, KAMI tu x bermaksud mewakili semua.. Prof KKK tidak pernah dicadangkan oleh mana2 pihak. bagaimana saudara dan rakan2 saudara boleh lantang menyuarakan itu adalah cadangan seluruh mahasiswa UNISEL???
benar, warga UNISEL menolak penglibatan ahli politik untuk dilantik sebagai Canselor UNISEL, TAPI, bukan bererti kami semua menyokong pelantikan Prof KKK..
maaf, 500 tandatangan belum memenuhi suara semua, bahkan hanya segelintir sahaja.

 
On January 4, 2011 at 8:41 PM , Anonymous said...

saya tidak setuju. ini tanah melayu. kaum lain tidak boleh memonopoli unisel. penat2 tunku abdul rahman pertahankan melayu. cukuplah negeri aku dimonopoli orang cina. aku x setuju. nanti penuh dgn cina yg pandai2 masuk sini. kita mundur gitu?

 
On January 4, 2011 at 8:42 PM , Anonymous said...

saya tidak setuju. ini tanah melayu. kaum lain tidak boleh memonopoli unisel. penat2 tunku abdul rahman pertahankan melayu. cukuplah negeri aku dimonopoli orang cina. aku x setuju. nanti penuh dgn cina yg pandai2 masuk sini. kita mundur gitu?

 
On January 5, 2011 at 3:27 PM , Nany J Haron said...

gerakan revolusi mahasiswa atau pr-mahasiswa?

pro-mahasiswa unisel? how sure are YOU people that students are backing up on what you did? how sure are YOU people in Pro-M UNiSEL that other than 500 students wil support your memorandum and suggestions? is't 500 STUDENTS or 500 NON-STUDENTS?

it doesn't matter which races the future chancellor will be, as long as he/she knows the importance of autonomy in university, support any students movements, and really does have academic background...

many of us who disagree your suggestion knows that prof.kkk claimed that student movement long ago were TROUBLEMAKERS, do you think because of his previous perception will support your movement and others as well? do you think he really does change and more open about the existence of student movement back on the 60's until now?

berapa ramai ahli yang berdaftar di bawah Pro-Mahasiswa UNiSEL? ramai? beratus?

anda masih 6 bulan baru betul? atau sudah lebih 10 bulan?

adakah Pro-Mahasiswa ini diiktiraf atau tidak? sekadar gerakan anda dipersetujui oleh tnc UNiSEL dan MPP sudah bermakna anda diiktiraf?

MPP UNiSEL yang mana satu yang mempersetujui gerakan anda? shah alam atau bestari jaya?

kerana penghantaran memorandum pihak Pro-Mahasiswa UNiSEL tidak diketahui oleh kedua-dua MPP UNiSEL baik dari kampus Shah Alam dan Bestari Jaya...

itu baru saya mention MPP...how about all the students body and societies? did hey know as well? kalau lah tak semua, ada tak cecah 4 persatuan serta kelab yang tahu mengenai memorandum Pro-Mahasiswa? at least 4? or more than 4?

0?

 
On January 5, 2011 at 5:47 PM , greek goddess said...

tak pernah tau pun mende nie....tup tup keluar paper smlm....am i too blind to look things that happen around me or .....

 
On January 5, 2011 at 11:08 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

mohon kepada sesiapa yang membaca, mengkaji terlebih dahulu latar belakang calon cadangan Pro-Mahasiswa.

Jangan hanya dengar penjelasan org yang berbeda pendapat..tanya kepada kami sendiri..

HENTIKAN PROVOKASI MURAHAN!!!~

 
On January 6, 2011 at 8:22 AM , Anonymous said...

melayu mundur. :)

 
On January 6, 2011 at 7:09 PM , mus said...

salam......saya menyokong PRO -M.mtak kepada sesiapa yng membaca anonymous..tersebut cba fikir pro dan kontranya....bkan hanya bersetuju bulat2 sahaja...jadilah mahasiswa yang berfikir scra matang.......adakah kita nak lahirkan pendidikan negara kita dgn dengan meletakkan canselor yang terdiri dari ahli politik yang masing2 mementingkan politik masing2..... atau pendidikan negara yang kearah lebih melahirkan kematangan mahasiswa yang boleh menjadi kuasa ketiga utk NEGARA MALAYSIA...terutama sekali mahasiswa UNiSEL......marilah kita tonjolkan kepada seluruh Negara bahawa Mahasiswa Unisel Akan melahirkan pemimpin Masa Depan Negara......yang terdiri dr pelbagai parti......tetapi dgn kematangan mahasiswa dlm memimpin negara pada masa akan datang,marilah semua kita lihat negara luar yang membangun...dimana mereka membiarkan mahasiswa berfikir secara matang....dan mengkritik pemimpin negara yang mana membuat kesilapan......beginilah yang dikatakan konsep demokrasi.....sama ada pembangkang @ kerajaan...mahasiswa adalah kuasa ketiga boleh mengkritik/mencadang kepada kedua2 belah pihak.

 
On January 7, 2011 at 3:30 PM , Anonymous said...

dah xde calon melayu ke?? huh..
its not bout racist...tp seelok2 nye jgn biar kite dimonopoli kaum lain.. pertahankan hak org melayu TQ~~

 
On January 7, 2011 at 11:11 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Salam..

maaf kalau saya katakan bahawa saya menolak segala macam yang berbentuk PERKAUMAN..

adakah org cina x layak untuk kedudukan canselor??

atas alasan apa??

Kalau nak banding latar belakang akademik, saya kira canselor sebelum ni pon jauh kebelakang berbanding ngan cdgn calon yang kita cadangkan..

HENTIKAN PENOLAKAN YANG BERBENTUK BANGSA DAN PERKAUMAN!!!~

 
On January 9, 2011 at 4:07 PM , Anonymous said...

saudara shahimi.. saya meyokong kelantangan suara saudara untuk mengembalikan hak mahasiswa. tetapi, BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA.. jangan membuat keputusan mengikut kata hati, jangan melangkah jika tidak mahu tersalah arah. SIAPA di sebalik PRO-MAHASISWA?
saya tidak sesekali menidakkan suara untuk melantik Canselor, cuma cara saudara dan rakan2 lain tidak melalui prosedur yang betul. bukalah mata sauadara.. andai kata saudara terus begini, lambat laun ia akan mendatangkan kebencian drpada mahasiswa itu sendiri. saudara berkata saudara mewakili mahasiswa, tapi jika tidak mendapat mandat dr mahasiswa sendiri, apakah tujuan dan objektif penubuhan Pro-Mahasiswa itu tercapai?
ayuh sauadara, bergerak bersama seluruh mahasiswa. jangan melakukakn perkara sedemikian rupa untuk kali ke-2. one word, MEMALUKAN!

 
On January 9, 2011 at 5:49 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Salam..

saya kenal persis siapa saudari...
walau bersembunya tanpa menyerta nama...
tunjukkan diri dan realistik..
saya tidak salahkan dan terasa dengan saudari..

Berpijak diBumi yang nyata??

ahaha..

Siapa disebalik Pro-Mahasiswa??

ahaha..

kalau boleh saya katakan, Ahli Pro-Mahasiswa dikalangan mahasiswa yang sedar dan berkumpul lantas berfikir untuk memperkasakan gerakan mahasiswa sebaris dengan gerakan2 universiti lain..Selepas penubuhannya kami bertemu ngan MPP 10/11 utuk memperkenalkan secara rasmi sekali dengan pengenalan di peringkat pentadbiran UNiVERSITI..

saudari mendakwa bahawa berita tidak sampai kepada siswa/i??
cuba realistik saudari...
ini universiti dan bukan sekolah atau tadika..

kami Pro-Mahasiswa sudah cuba selama sebulan untuk merancang Pemilihan Prof. KKK dan beberapa calon lain..

saudari ada x pergi ke speakers corner???

jawapannya mesti x...

nak minta t.tangan pon ramai xnk tanda tangan sbb kne nyatakan nama n no. kad matrik inikan pula turun berdemo..

saudari,

saya kira saudari dan kawan2 yang x realistik yg lain boleh buat kritikan kalau turun bersama2 ke media Pro-Mahasiswa (Speakers corner) bersama-sama..

turun pon x, nak melatah dan meroyan..

sekadar respon...

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

 
On January 10, 2011 at 11:52 PM , Anonymous said...

maaf, rasanya saudara tersalah orang. xpe, biarkan saudara terjun dengan labu-labu tersebut..
seharusnya,pro-mahasiswa seharusnya mendapat mandat dr seluruh mahasiswa.. jangan lantang berbicara. selidik dahulu latar belakang calon yang saudara kemukakan. calon ini mendapat bantahan dr MPP, dan bagaimana saudara boleh mengatakan saudara mewakili mahasiswa? lebih tinggikan taraf pro-M berbanding MPP sehingga memorandum saudara memaksa MPP untuk bertindak balas? sedarlah saudara.. jangan bertindak keterlaluan..

 
On January 11, 2011 at 5:55 AM , Anonymous said...

saya juga berpendapat sedemikian.jangan kerana niala setitik habis susu sebelanga.kerana tindakkan kamu rosak segala-galanya.ramai lagi para cendikiawan melayu yang layak dan berpegang dengan islam.pada saya gerakkan ini harus lebih berfikir dengan keikhlasan.bantulah anak bangsa kamu dahulu.

 
On January 11, 2011 at 11:56 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Please to be a realistic..
There is no racism isues..

Wat the point if the position of chanselor hold by other than malay??
isit prob wif all of u??

pasal tiada penglibatan MPP sy rasa saudara harus terlebih dahulu merujuk kepada YDP MPP saudara..
Untuk pengetahuan saudara, kami di Peringkat Pro-M UNiSEL telah minta kebenaran YDP MPP untuk melakukan PC tersebut..

Yang menjadi peliknya mengapa YDP MPP seperti di"Hasut" untuk seolah-olah menafi persefahaman sebelumnya??ini pasti ada yg menghasut...harap jelas...

 
On January 21, 2011 at 12:14 PM , Anonymous said...

Bagaimana andai Dr Siddiq fadhil ...tokoh ulung Islam Melayu .. tidak berpolitik ... tidak berpaksi kepada mana-mana pegangan parti, tidak juga boleh dipengaruhi politik murahan... ilmuwan holistik tulen ... Bukan bangsa jadi ukuran, tapi akhlak dan sahsiah yang jadi panduan. Saya kenal lama dgn Prof Khoo, penah menjadi pelajar dia di peringkat ijazah tinggi ... anda semua belum kenal sepenuhnya beliau ... belum layak untuk menjadi Canselor. Masih diragui integritinya ...