-PenTeman-

Assalamualaikum...

1.0 Pendahuluan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan entiti serta badan pelajar yang berperanan memperkasakan kelab dan persatuan pelajar selain bertujuan mengembleng mahasiswa kearah unity dan melahirkan mahasiswa bermodal insan kelas pertama.Selain daripada itu MPP juga, berperanan sebagai penghubung kepada mahasiswa dan pentadbiran universiti dalam menyelesaikan isu-isu samada melibatkan kebajikan atau apa-apa yang melibatkan Hak Mahasiswa.Tambahan pula, MPP juga dilihat sebagai badan yang matang dalam segala macam permasalahan lebih-lebih lagi soal yang melibatkan dasar, gagasan dan idea.Namun begitu, terdapat beberapa pihak yang cuba campurtangan dalam pembentukan kabinet lantaran menafikan demokrasi tulen sekaligus menolak kepada aspirasi kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) yang melaungkan slogan demokrasi tulen dalam pemerintahannya.

2.0 Penafian Kepada Demokrasi Tulen.

Universiti Selangor (UNiSEL) merupakan universiti milik penuh kerajaan negeri dan secara langsung tertakluk kepada dasar kerajaan negeri Selangor.Melihat kepada dasar demokrasi tulen yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, sepatutnya UNiSEL mendokong dan menyokong kepada prinsip dan dasar ini.Tetapi apa yang terjadi adalah terdapat beberapa individu dalam pentadbiran HEP yang menolak dasar ini lantas menafikan Demokrasi Tulen yang diperjuangkan Kerajaan Negeri (Pakatan rakyat).Tindakan ini harus ditempelak kerana dilihat bahawa tindakan ini seolah-olah tidak sebulu dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan ini merupakan tuntutan dalam menggesa supaya posisi orang ini dikaji semula dalam penjawatan beliau dalam HEP sekaligus menimbang semula kedudukan beliau dalam universiti Selangor.

Selain daripada itu, adalah amat memalukan bilamana terdapat campurtangan Pihak HEP dalam pembentukan kabinet MPP UNiSEL yang berlangsung baru-baru ini.Tindakan yang dilihat sebagai menolak kepada demokrasi tulen ini umpama usaha percubaan memburukkan kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) sekaligus dapat diibaratkan sebagai pakatan dalam menumbangkan kredibiliti Kerajaan Pakatan Rakyat dalam memimpin institusi Tinggi yang boleh kami klasifikasikan sebagai gedung produk intelektual minda Mahasiswa kelas pertama yang juga berperanan penting kepada pembangunan Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat).

3.0 Peranan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Sebagai entiti pemegang amanah dan kepercayaan Mahasiswa, HEP sepatutnya tidak bertindak campurtangan dalam pembentukan kabinet MPP.HEP sepatutnya berperanan sebagai pihak yang neutral dan matang dalam memikirkan pembagunan Mahasiswa disamping mengiktiraf MPP sebagai badan yang maju dan progresif.Adalah amat memalukan pabila HEP mempengaruhi dalam pembentukan kabinet MPP tambahan pula apabila universiti yang terlibat adalah universiti milik kerajaan pakatan rakyat.

4.0 Penutup

Sebagai konklusi, saya mengharapkan supaya perkara ini diambil serius oleh pentadbiran UNiSEL kerana ini soal Maruah kerajaan Pakatan Rakyat dan naunganya..Untuk pengetahuan seluruh Mahasiswa, perletakan jawatan saya ini turut mendapat sokongan Mejoriti barisan MPP (BJ) sebilangan yang turut bersama-sama meletakkan jawatan dalam pimpinan MPP 2011 ini.

Ini bukan soal jawatan atau kedudukan tetapi ini jauh lebih daripada itu iaitu berkaitan sistem yang menafikan kepada Demokrasi Tulen yang sepatutnya berjalan lancar dan baik dibawah pimpinan kerajaan pakatan rakyat.

Soal Prinsip, ia harus jelas bahawa Prinsip dan Pendirian kami adalah bahawa kami tidak mempercayai dan Tidak mengiktiraf barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang ada kini sebagai badan yang melalui proses demokrasi tulen sepertimana sepatutnya berlangsung.Ia kerana didapati ada campurtangan pihak HEP dalam pembentukan Kabinet MPP itu sendiri.

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNiSEL)

Comments (46)

On February 23, 2011 at 4:22 PM , www.commander_tes43 said...

BERJUANG SEHINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR.....make them so clear...pelik knpa perlu campurtangan......jangan bimbang banyakkan berdoa.....SETIAP MASALAH ADA PENYELESAIAN TAPI bezanya cuma PENYELESAIAN SECARA LEMBUT ATAU KASAR................MAKE THEM SO CLEAR....sahabat berjuang bersama-sama.......:):)

 
On February 23, 2011 at 4:25 PM , Anonymous said...

Bagus2..anda ada prinsip..

 
On February 23, 2011 at 4:57 PM , Anonymous said...

susah betul bila owang tidak dapat terima kenyataan yang dirinya kalah dua kali dalam pengundian jawatan di dalam MPP. Ingat saudara, bukannya jawatan anda kejarkan tetapi tanggungjawab untuk memangkin pelajar unisel ke arah yg lebih baek itu kita pentingkan. renung-renung la wahai sahabat.

 
On February 23, 2011 at 5:44 PM , Anonymous said...

Biasalah budak budak baru nak up.

 
On February 23, 2011 at 7:43 PM , Anonymous said...

Perkara 1

walaupun kalah sebanyak mana ia tak bererti seseorang itu mengejar jawatan kerana kita kena buka minda dan akal serta gunakan penglihatan digabungkan semuanya dan percaya atas dasar kepercayaan kita....pada masa kini situasi berbeza.....pangkat dan kuasa melebihi segalanya dalam konteks kehidupan 'manusia-manusia'....lebih mudah diperjelaskan dengan bagaimana situasi apabila orang kaya memerintah orang miskin dan situasi orang miskin memerintah orang kaya......


Perkara 2

Jika benar kita seorang pejuang lama yg benar2 hebat sewaktu zaman kita menegakkan kebenaran dan keadilan mengapa kita mengeluh dan mempertikaikan pejuang2 baru yang berjuang atas dasar yg sama cuma ada pembaharuan lebih disitu.....apabila kita memperjuangkan sesuatu dan menjadi seorang pejuang kita fahami apa yg ingin cuba disampaikan oleh pejuang2 baru.......

-SALAM SAHABAT-

 
On February 23, 2011 at 9:18 PM , Anonymous said...

cakap senang lah

 
On February 24, 2011 at 1:53 AM , Anonymous said...

belajar daripada pengalaman untuk dikongsi dengan berkata-kata serta menulisnya...:):):)

 
On February 24, 2011 at 2:55 AM , Anonymous said...

woii.. apa komen semua pakai anynomous ni??

 
On February 24, 2011 at 3:02 AM , Anonymous said...

tak dapat jadi ydp kecoh sana-sini. prinsiplah, sistemlah. x malu ke? orang dah tak nak, tak payahlah kecoh. lepas tu, tuduh orang lain x berprinsip. dia dah malu, sebab canang sana-sini bakal ydp. tak dapat, tanggunglah malu. kat cyberjaya kata ydp, padahal x lantik lagi. kecoh..
masalah pelajar unisel x apa-apa lagi, kejar jawatan lebih. apa kata, terima je ydp yang ada, nak sangat, ambillah jawatan nydp. ke nak ydp juga? kecoh.. kecoh..

 
On February 24, 2011 at 3:34 AM , Anonymous said...

Shahimi ku sayang. Tolong jangan jadikan Unisel eksklusif milik pakatan rakyat.

Even pakatan rakyat sendiri pun tak bercakap unisel ni hak milik mereka.

Kau ni shahimi banyak sangat cakap perkara sia sia ni. Ingat tak fara fauzana cakap ape?

"Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi."

 
On February 24, 2011 at 3:54 AM , Anonymous said...

gila kuasa. agaknya lepas dia jadi ydp baru dia tenteram kot. kalau tak, menggila. itu ini tak kena. kalau dia buat, semua betul.
kau ni kenapa? kenapa bodoh sangat sampai macam ni?
menyesal aku undi kau. aku ingat kau ni cerdik, tapi aku silap. bodoh!
YDP DALAM MIMPI LAH!!!!!!

 
On February 24, 2011 at 3:58 AM , Anonymous said...

Kau pun 2 kali 5 bodoh sama macam dia.Kenapa kau undi dia?

 
On February 24, 2011 at 4:02 AM , Anonymous said...

aku lupaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!
aku ingat dia lantang bersuara sebab suara pelajar, tapi sebab suara gila jawatan dia.
dua kali buat pemilihan sape jadi ydp, KALAH juga. pastu, tak nak mengaku. sudahlah kau shahimi si gila jawatan. meluat aku!

 
On February 24, 2011 at 5:42 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Salam..

ahaha..
Terima kasih saudari @ saudara yang komen =)

yang bestnyer, yang komen menggunakan hidden profile (Penakut) nih mmg org yg sama..
id korang sama j kan??ahaha

bagus2..Nwy aku pon dh dapat detect sapa ko..ahaha..

apa ko undi aku??ahaha

mmg lawak beb cz ko x boleh mengundi aku pon =)

lagi satu, lain kali kalau nak nmpak mcam org lain, gunalah id lain =)

thankx beb..

Peringatan yg jelas =)

 
On February 24, 2011 at 6:58 AM , Anonymous said...

fSaya tertarik untuk memberikan komen, saya dah lalui pengalaman menjadi kabinet MPP. saya nak tahu bagaimana cara pemilihan MPP di UNiSEL?? Saya nak menganalisa STANDARD OPERATION PROSEDURE (SOP) bagi pemilihan MPP, dari situ barulah kita boleh tahu bersistem atau tidak..

shahimi ni nampaknya bersikap lebih negatif..,, atau prejudis dlm berpolitik?? boleh awak berikan bukti apa peranan PKR (pembangkang) dalam merencanakan pembangunan negara??

Shafieqezreen
Bekas Majlis Tertinggi
Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 &
Bekas Majlis Exco
Majlis Perwakilan Pelajar 2007/2008
IPT (Bukan UNiSEL).

 
On February 24, 2011 at 1:08 PM , camera-man BJ(nashreq) said...

salam, wahai sahabat,, setiap manusia ade pendirian..setiap pendirian adalah berbeza pada setiap manusia..dan jika kita ikut pendirian kita itu,adalah lebih baik dari mengikut kehendak orang lain..saudara shahimi adalah seorang yg bagus dan tetap pendirian..bukannye mengikut kehendak orang lain..insyaallah,teruskan perjuangan walau ape pun yang berlaku..pangkat dan jawatan bukan lah satu alasan,tetapi pendirian dan keyakinan membawa kepada kejayaan..insyaallah..saudara shahimi,,teruskan perjuangan anda..saya menyokong anda..insyaallah

 
On February 24, 2011 at 1:14 PM , camera-man BJ(nashreq) said...

rasenye kenape kita perlu kutuk orang yg ade pendirian?? pelikkan?? kenapa melayu mesti nak jatuh kan melayu?? ape ni?? salah ke kalau kita sokong dia,n bg semangat serta bg bantuan??? mcm mane bangsa kita nak maju..setiap orang ade kelemahan..jgn igt diri anda(yg kutuk2 ni) hebat sgt..kita sama je..jd bantu membantu,bg semangat..jgn pentingkan diri n kutuk orang lain..jgn tak sedar diri..

 
On February 24, 2011 at 2:55 PM , Anonymous said...

its not about politik........kite harus memikirkan kenyataan dan realiti yg bhwa apabila seseuatu universiti itu di bawah kerajaan negeri maka polisi universiti tersebut berpandu pada pentadbiran negeri tapi masih berlandaskan panduan kementerian yg di bawah naungan......???jd tak perlu melatah.....PR dan PKR adalah sesuatu yg berbeza kerana PR melibatkan parti-parti tapi PKR adalah parti.....jika benar anda pernah berada dlm pentadbiran lama maka anda harus melihat, mencari serta memahami apa perbezaan dahulu dan yg baharu dengan menggunakan akal cerdik pandai......kalau benar2 anda seorang pejuang lama anda harus memahami perjuangan saudara shahimi......kalau ingin melihat perbezaan pimpinan pentadbiran kerajaan negeri sekarang...SAYA SEBAGAI SEORANG YANG MENGIKUT DAN MENGAMALKAN AJARAN ISLAM BERSYUKUR KINI RUMAH ALLAH LEBIH BERSINAR DENGAN DAKWAH2 ISLAM.....kalau ingin mengetahui apa peranan pembangkang dalam pembangunan negara KITA GUNAKAN PANCAINDERA yg ALLAH kurniakan sebaiknya menganalisis apa itu POLITIK YG SEBENARNYA...
-salam sahabat DAMAI-

 
On February 25, 2011 at 1:42 AM , Anonymous said...

lepas ni aku akan sangat percaya yang si bongkak ni akan bagi statement yang TNC akan merayu pada dia smpai melutut untuk suruh dia masuk balik MPP. percayalah!
kau jangan cakap besar. letak jawatan betul-betul. kalau anak jantan. ini bising2, bawa nama pro-m konon. padahal kau guna segala saluran yang ada untuk capai segala impian kau. kau memang gila jawatan.

 
On February 26, 2011 at 8:32 AM , Anonymous said...

Salam,kalau nak berpolitik mcm di luar lebih baik berenti blajar je...buang masa je...berpolitik di Universiti jgn campur aduk hal di luar sana..kalau dah kalah,semua org nak disalahkan...kalau dah menang,semua org nak dibetulkan..sy dah perhati unisel dari mpp yg sebelumnya seperti azraei dan lain2 yg lebih pro kepada pemimpin luar..kenapa tak boleh ada personaliti sendiri?..anda sebagai calon boleh buat haluan sendiri,ambil yg mana positif dan kebaikan untuk universiti dan buang yg negatif..SALAM

-Pemerhati dr luar-

 
On February 26, 2011 at 11:51 AM , Anonymous said...

Setuju sangat sangat dekat orang atas ni.

Shahimi dan kawan kawan get a life!!

 
On February 27, 2011 at 10:58 PM , Lee Shi Wei said...

Kepada semua pengunjung yang dihormati sekalian. Saya percaya setiap manusia di dunia ini mempunyai pandangan dan juga prinsip yang dipegang sendiri. Blog adalah bertujuan untuk memberikan ruang kepada pemilik- pemilik pena untuk meluahkan pandangan mereka sahaja. Saya percayakan semua pengunjung di sini pun mempunyai pendirian sendiri. Sebenarnya, apa yang diluahkan oleh Saudara Shahimi hanyalah sekadar pandangan dia sahaja. Tetapi perkara yang saya tak faham ialah kenapakah kebanyakan pelawat blog ini pun mengeluarkan ayat yang tidak elok di ruang pandangan ini? Lagipun, Shahimi hanya memperjelaskan sebab dia meletakkan jawatannya dalam MPP UNISEL dan bukannya inginkan UNISEL lintang pukang. Selain itu, apakah kesalahannya jika Shahimi memperkatakan sesuatu kebenaran dan memperjuangkannya mengikut ideologi tersendiri? Jika anda mengatakan bahawa Saudara Shahimi cemburu dan dengki terhadap orang lain yang berjaya dalam pertandingan pemilihan MPP, bagaimanakah dengan anda yang memaki hamun? Adakah anda juga dengki dengan Shahimi yang berani untuk berjuang tetapi anda tidak? Kenapakah semua yang memaki hamun ini hanya berani di belakang tetapi menjadi pengecut ketika diseru untuk berjuang? Kenapakah kita seharusnya menjadi seorang pengecut? Lagipun, jangan ingin mempertikaikan sesuatu kebenaran sebelum membaca sesuatu bahan bacaan dengan teliti. Saudara Shahimi langsung tidak pernah mengatakan bahawa UNISEL adalah milik Pakatan Rakyat, tetapi hanya milik kerajaan Negeri Selangor yang sekarang dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Kepada orang yang suka membuat andaian sesuka hati, sila membuang tabiat yang teruk ini sebelum menyesal kerana meneka seperti orang yang buta. Semoga anda akan cuba menghormati pandangan dan pendirian orang lain bukannya mencari kesaalahan orang lain. Bertaubat dan fikirkanlah siapakah kita sebenarnya sebelum mengkritik orang lain. Salam muhibah.

 
On March 2, 2011 at 12:56 AM , Anonymous said...

Saudara Shamimi, kenapa diam? Saya mahu berdebat dengan saudara Shamimi, bukan dengan pengikutnya..

Shafieqezreen
Majlis Tertinggi
Majlis Perwakilan Pelajar 08/09
&
Majlis Exco
Majlis Perwakilan Pelajar 07/08
IPT (Bukan UNISEL)

Pemerhati luar.,.

 
On March 2, 2011 at 12:56 AM , Anonymous said...

Saudara Shamimi, kenapa diam? Saya mahu berdebat dengan saudara Shamimi, bukan dengan pengikutnya..

Shafieqezreen
Majlis Tertinggi
Majlis Perwakilan Pelajar 08/09
&
Majlis Exco
Majlis Perwakilan Pelajar 07/08
IPT (Bukan UNISEL)

Pemerhati luar.,.

 
On March 2, 2011 at 3:34 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Salam..

Saudara shafieq, saya kira saudara masih x paham apa dia seni retorika atau debat..Masakan berdebat melalui massa dan tulisan..ahahaha

sy mungkin dpt meneka tepat saudara dtg dari celahan ceruk IPT mana kalau macam i2lah pemikiran jumud saudara..

Ambil nombor saya nih~
boleh kita berborak atau mungkin bertemu, demi menghormati seni retorika ini~

Jgn cemarkan seni retorika dengan hanya bersembunyi dengan Hidden profile atau fake profile =)

ShahimiAriffin 016-9850495

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNiSEL)

 
On March 2, 2011 at 10:59 PM , Anonymous said...

Awal awal dah cakap orang lain jumud.

Macamlah diri bagus sangat.

 
On March 3, 2011 at 2:47 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Dalil Buas dan Mabuk oleh org yang menuduh membabi buta..

Berdalillah, atau berhujahlah dengan Menampilkan Susuk Tubuh dan identiti yang jelas..Alangkah "Bacul" dan Hinanya tindakan yang Menyorok ibarat tikus yg takut dan "Gerun"..

Bila kita ditempat yg benar, kenapa harus Takut dan Menyorok??

Sikap pemimpin yang Adil adalah bertanggungjawab dengan percakapan dan penulisan mereka =)

anda digolongan mana??ahaha

 
On March 4, 2011 at 7:40 AM , www.commander_tes43 said...

sahabatku shahimi.....jgn layan org pengecut ni......biasalah actually die tak puas hati ebab dulu die x sehebat mana.....jenis cakap lebih tp tindakan HABUK PON TAK NAMPAK.....

-salam sahabat perjuangan ketika sekolah-

 
On March 4, 2011 at 2:26 PM , Lee Shi Wei said...
This comment has been removed by the author.
 
On March 4, 2011 at 2:28 PM , Lee Shi Wei said...

Semua pengkritik yang menggunakan Anonymous di laman blog ini adalah sampah masyarakat yang bakal menyebarkan virus budaya jahanam di Malaysia. Marilah kita berganding bahu dengan mengelakkan tabiat ini sebelum dijangkiti penyakit keji jahanam. Bersamalah kita menjaga 'kebersihan' supaya sampah masyarakat ini tidak bertambah.

 
On March 5, 2011 at 5:39 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Salam..

siapa yg delete msg sebelum nih??!~
Apa plak buang??aku sendiri pon x buang msg2 yang mcm mane bentuk sekali pon..

"Pengkritik tikus" yang dimaksudkan saudara shi wei jelas bersampah sarap dalam kolum komen nih~ahaha

 
On March 5, 2011 at 10:18 PM , Prime. said...

kata2 pada "pengkritik tikus" yg akan memakan kata2 nya semula. good luck!
*umpama tikus baiki labu tp labu hancur berkecai, tikus mati katak kerana merasakankan ilmu nya cukup tinggi turut dapat mengalahkan cikgu sendiri akhirnya tiada kesimpulan. sikap bongkak yang menwawarkan kebodohan diri sendiri serta jelik dimata khalayak ramai.masa kejatuhan itulah yang paling bahgia! haha

 
On April 12, 2011 at 11:09 PM , Lockomotive Mokhsva said...

kah kah kah...ini baru cun.....semua mahu menunjukkan belalai.......betul la thomas hobbes ne...aku suka teori dia....Durkheim juga betul...Ibn Khaldun pun betul...Ini la yang digelarkan komuniti....

 
On April 14, 2011 at 11:59 PM , Anonymous said...

Wow bro,kne hentam ade,kne puji pn ade..hahaha..ape2 pn bnde da jd..ko sokong jela sape yg jd bro..cucuk pelan2..huhuhu..ape yg jd skang nie..ade hikmah nyr..w & c jela ape yg akan berlaku pd kepimpinan skng..aku xsebelah kn sape2 cm aku nk,sape2 yg menang 2..tunaikan manifesto korg..stakat ckp je,ape pn xde..xguna gak..btl?? jd shbt2 sekalian..xperlu la nk mencaci n menghina org..stiap org ade buruk baik..kita nilai dlm diam suda..xperlu nk sembur org lain..kita xsempurna mn pn..jd ape2 pn mie..trskan la perjuangan ko 2..trs trg aku xsokong smua yg ko bt tp aku sokong mn yg btl je k..salam sahabat

^^Ijat (Master Chikanos)^^

 
On April 23, 2011 at 7:29 PM , Leonhardt said...

Talking about the SRC, first we do think it is for the Student and so on. So once u become and EX, all can do is advice them,support them and don't critic them. As u can see majority of them are new member. One more thing, i strongly suggest please don't involve politic into this matter because it go againts the AUKU Act 15 (5) No student or student organization are allowed to be involve with politic.

 
On July 26, 2011 at 3:22 PM , Anonymous said...

Unisel telah, sebelum ini iaitu semasa era UMNO hanya alat kosmetik terutamanya dalam gimik wibawa pencapaian kerajaan dan manipulasi hal alirtadbir kewangan.

Unisel kini, melalui pelbagai liku pahit proses pemulihan (Bukan Bersih 2.0) tetapi tidak dapat tidak melainkan melalui pelbagai tekanan membabitkan penstukturan semula akaun dan anggota tadbir.

Unisel terkini masih belum keluar dari suasana yang panik. Terkerana pergolakan dalaman yang bersifat gengsi pro PAS, pro PKR yang tidak sebenarnya sehaluan apatah lagi pro UMNO. Politik dalam kampus dikalangan pelajar juga sangat dipengaruhi oleh parti luar yang menjadi DOMAIN menncari pencacai asuhan.

Tak percaya siasatlah isu surat layang. (Dah tak der kerja lain ker? Lapo sangat ke?) Dan anda akan tahu ada pemecatan mendadak terakibat dari pergolakan PRA MATANG orang dewasa, yang tak tahu menghargai sumber rezekinya, berbanding menghargai sifat politik kepartian picisan.

Hakikatnya ibarat Yang BERKEJAR DENGAN BERLARI. Masing masing buta kerana tidak nampak siapa menjadi mangsa. Ya! mangsanya adalah PELAJAR yang menjadi customer dan pekerja marhain. Seandainya dalam PR akan datang UMNO memang semula...mampuslah !

Perpindahan fakulti dari Shah Alam ke BB dan fakulti di BB ke Shah Alam sebenarnya mencerminkan hal ini. Sekiranya anda siasat, awalnya adalah cerita tentang mendapatkan lebih ramai pelajar kerana strategiknya Shah Alam. Dan kerana Fakulit BIO prasarananya di BB tidak termenafaat terus.

Tetapi barang diingat ruang di S7 yang tidak kondusif, malah prasarana yang tidak lengkap seperti ketiadaan wi-fi membayangkan betapa Unisel masih bertatih.

Betapa masalah kemasukan dari Fakulti x bukan masalah, tetapi kekurangan kemasukan dari fakulti lainnya yang meruncing. Lebih cikgu dari murid.

Siapakah yang teruja melepaskan Fakilti x dengan mengangankan injeksi 30 juta, seolahnya itu adalah satu penyelesaian. Tidak ambil ingatankan terhadap INPENS yang melepaskan franchise UITM yang menguntungkan dan akhirnya terpaksa downsize dan terus dipangkususukan kerajaan negeri dengan tempat program vokasional?

Pelajar Unisel sekelian, kuasa terbesar adalah anda! Hanya anda yang boleh menempelak pihak tadbir agar fokus dengan profesionalisme dalam mengikuti job function mereka. Jatuhkan PR kiranya budaya ini berterusan. Itupun jika terpaksa. Naikkan sahaja siapa juga yang benar jujur yang tahu kepentingan siapakah patut dijaga!

 
On July 26, 2011 at 3:31 PM , Anonymous said...

Inter politiking terkini adalah antara pasukan naungan YB Halimah dan pasukan naungan MB. Beberapa muka dinasihat untuk resign, kan begitu tetuan TNC dan VC? oh, kalian pachai boss atas..ooh..lupa , sori.

Nampaknya PAS selangor mula tunjuk taring ghairah. Konfiden dapat takluk Selangor dalam PRU akn datang?

Tahniah kepada Hasan Ali juga kerana laporan DI yang unik. Bila kuasa ditangan halal haram jatuh kebawah.

Oh ya kami sedang melengkapkan siasatan bagi mensabitkan penglibatan Parti Politik dalam urusan universiti ini, dan kami juga dalam proses menyiapkan laporan tentang akdemi politik di Kuala Kubu yang terutamanya membabitkan pelajar Sosiologi.

 
On July 26, 2011 at 3:51 PM , Anonymous said...

Ada ker korang ingat masa handak memanggil Nurul Ezzah berceramah di Unisel Sultan Murka dan memarahi MB, sedangkan MB tidak ketahuan apa apa kerana ini kerja kumpulan TNC yang menafikan hal itu pada mulanya...THUIII...

HALIMAH ALI , TNC tak tau ker UNIVERSITI TAK BOLEH JADI PLATFORM POLITIK? PESAL BONGOK SANGAT ORANG PAS NI?

 
On May 25, 2016 at 12:18 AM , Anonymous said...

Assalam', blog ni ape citerrrr weihhh

 
On May 16, 2017 at 2:44 PM , Anonymous said...

SALAM,

SAYA SEDANG BUAT CHECK UP NAMA SAYA DI SENARAI GOOGLE..

TETIBE TERNAMPAK NAMA SAYA DALAM NI

SAYA TAK PERNAH KOMEN APA APA PUN DALAM NI..

ADA ORANG CUBA PAKAI NAMA SAYA DALAM KOMEN..

TOLONG PADAM

TQ

 
On May 16, 2017 at 2:46 PM , Anonymous said...

SALAM,

SAYA SEDANG BUAT CHECK UP NAMA SAYA DI SENARAI GOOGLE..

TETIBE TERNAMPAK NAMA SAYA DALAM NI

SAYA TAK PERNAH KOMEN APA APA PUN DALAM NI..

ADA ORANG SESUKA HATI PAKAI NAMA SAYA DALAM KOMEN..

TOLONG PADAM

TQ

 
On May 16, 2017 at 2:48 PM , Anonymous said...

SALAM,

SAYA SEDANG BUAT CHECK UP NAMA SAYA DI SENARAI GOOGLE..

TETIBE TERNAMPAK NAMA SAYA DALAM NI

SAYA TAK PERNAH KOMEN APA APA PUN DALAM NI..

ADA ORANG CUBA PAKAI NAMA SAYA DALAM KOMEN..

TOLONG PADAM

TQ

 
On May 16, 2017 at 2:50 PM , Anonymous said...

SALAM,

SAYA SEDANG BUAT CHECK UP NAMA SAYA DI SENARAI GOOGLE..

TETIBE TERNAMPAK NAMA SAYA DALAM NI

SAYA TAK PERNAH KOMEN APA APA PUN DALAM NI..

ADA ORANG SESUKA HATI JEK PAKAI NAMA SAYA DALAM KOMEN NI..

TOLONG PADAM

TQ

 
On May 16, 2017 at 2:51 PM , Anonymous said...

SALAM,

SAYA SEDANG BUAT CHECK UP NAMA SAYA DI SENARAI GOOGLE..

TETIBE TERNAMPAK NAMA SAYA DALAM NI

SAYA TAK PERNAH KOMEN APA APA PUN DALAM NI..

ADA ORANG SESUKA HATI JEK PAKAI NAMA SAYA DALAM KOMEN NI..

TOLONG PADAM

TQ

 
On May 16, 2017 at 2:53 PM , Anonymous said...

SALAM,

SAYA SEDANG BUAT CHECK UP NAMA SAYA DI SENARAI GOOGLE..

TETIBE TERNAMPAK NAMA SAYA DALAM NI

SAYA TAK PERNAH KOMEN APA APA PUN DALAM NI PADA 2011..

NAMPAKNYA ADA ORANG SESUKA HATI JEK PAKAI NAMA SAYA DALAM KOMEN NI..

TOLONG PADAM

TQ

 
On May 16, 2017 at 2:56 PM , Anonymous said...

SALAM,

SAYA SEDANG BUAT CHECK UP NAMA SAYA DI SENARAI GOOGLE..

TETIBE TERNAMPAK NAMA SAYA DALAM NI

SAYA TAK PERNAH KOMEN APA APA PUN DALAM NI MASE 2011..

NAMPAKNYA ADA ORANG SESUKA HATI JEK PAKAI NAMA SAYA DALAM KOMEN NI..

TOLONG PADAM OKEY

TQ