-PenTeman-

Assalammualaikum...


Pada 12/2/2011 Pro-Mahasiswa UNiSEL mendapat jemputan khas daripada Persatuan Alumni ASPIRASI Malaysia (ASPIRASI) untuk menghadiri Majlis Simposium Dilema Melayu tajaan utama U.M.N.O..Nampak macam "terbuka"..ahaha..Nampak sangat rasis!!!

Bagi menghormati Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang kami lihat lebih punya autoriti untuk menghadiri Majlis makanya kami bersama2 GPMS dan beberapa Mahasiswa lain turut menghadiri Majlis yang saya lihat sebagai Meriah dan Mewah =)


Alhamdulillah, kami tiba sebelum Majlis bermula..Majlis pertama merupakan Majlis Ucaptama oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir mohamed..Ada selitan satu slot dimana penonton dibenarkan untuk mengutarakan Pendapat dan soalan..Saya dan beberapa rakan UNiSEL yang lain turut berpatisipasi untuk melontarkan soalan dan pendapat..Sebelum program bermula, semua yang berada didalam dewan dimaklumkan bahawa adalah menjadi LARANGAN merakam sebarang video sepanjang perjalanan program..

Disini sudah menjadi tanda tanya, kerana jika benar apa yang bakal dihurai, bincang dan didedahkan tertakluk dalam perlembagaan Malaysia kenapa Pihak Penganjur Takut dan Gentar untuk pengisian program itu didedahkan??Berani kerana benar dan takut kerana SALAH =)

Berbalik kepada slot Q & A..

4 orang Mahasiswa UNiSEL berpatisipasi dalam slot Q & A pertama iaitu Saya MUhammad SHAhimi aRIFFin (S/u politik Pro-M), Saudara Muhammad Nasir Abu Bakar (Presiden Pro-M), Saudara Merico Achenk Abdullah dan Saudara Ashraf (GPMS kampus S.Alam)

Antara soalan kami berkisar mengenai perjuangan Melayu Vs Islam, Ekonomi Melayu dan lain-lain..Menarik kerana soalan dan pandangan yang dituju terkeluar daripada kelompok jiwa HAMBA dan PENGAMPU..


Soalan saya berbunyi ;

Dilema Melayu lebih menjurus kepada soal Ekonomi..Dalam pemerhatian saya terdapat tiga(3) sebab kenapa melayu masih ketinggalan dalam soal ekonomi..


1. Pemerintah yang rakus.
  • Dilihat bahawa Pemerintah dikalangan orang patut-patut lantas penyebab kepada yang kaya terus kaya dan miskin papa kedana..Golongan Pemerintah hanya mementingkan diri dan keluarga.
2. Melayu terlalu dimanjakan.
  • Terlihat bahawa bangsa cina dan india yang menerima TEKANAN yang hebat daripada Kerajaan mampu untuk maju dan bersaing dan ini membuktikan bahawa bangsa mereka tidak bergantungharap kepada kerajaan.
3. Bebanan kepada Rakyat
  • Hari ini kita bercakap soal Dilema Melayu tetapi sebenarnya Dilema itu dicipta Kerajaan dengan membebankan rakyat dengan segala macam kenaikan barang.Ini tidak selari dengan kekhuatiran kerajaan..Ketirisan RM 28 Bilion setiap tahun akibat belanja luar duga kerajaan sepatutnya menampung subsidi Rakyat bukan membebankan rakyat!!!Tambahan pula ekonomi Melayu Mundur makanya lebih mundur dan teruk akibat tindakan kerajaan ini.

Ini merupakan pandangan saya, Apakah pandangan Y.A.Bhg Tun mengenai hal ini??

Respon Y.A.Bhg Tun ;

Tun mengakui bahawa memang benar bahawa didalam kerajaan berlangsungnya rasuah dan ketirisan..Beliau ada mengatakan bahawa semua orang melakukan kesilapan..Beliau menambah lagi bahawa memang benar orang melayu dimanja-manjakan dan itu bukan kerana melayu itu "Bodoh"..dan soalan ketiga tidak dijawab beliau..

Selesai selepas saya mengutarakan soalan ini, datang seorang urusetia berbadan besar dan berbisik kepada saya mengatakan bahawa "Hormat Sikit Program orang"..Saya nak tanya kepada "Giant" ini, Siapa yang menjemput kami??adakah kami datang tanpa dijemput??kami ini Tetamu anda!!layan kami seperti TETAMU OK!!

Tamat Slot ucaptama...

Slot kedua(2) : Ekuiti 30% kepada Melayu..

Perkara sama dilaku saya MUhammad SHAhimi aRIFFin (S/u Politik Pro-M) dan Saudara Merico Achenk Abdullah iaitu ingin melontarkan soalan yang bersarang di kotak fikiran kami.Tetapi kali ini agak berbeda kerana saya dilarang untuk menanyakan soalan atas alasan saya sudah bertanyakan soalan pada slot ucaptama Y.A.Bhg Tun..saya ditarik dengan keras oleh urusetia, melarang untuk melontarkan Soalan.Budaya apakah ini??Adakah mereka hanya benarkan orang yang PENGAMPU untuk bertanya soalan??inilah budaya yang terterap dalam PIMPINAN ASPIRASI sebagai sekutu U.M.N.O..

Slot Ketiga(3) : Politik Melayu..

Pada slot kali ini, kami melalui saudara Dzul melontarkan soalan yang berbentuk Islam Vs Melayu..Mendapat sambutan tidak matang daripada Penonton..Kali ini agak berbeda kerana terdapat urusetia yang memeriksa setiap penanya soalan..Mungkin rungsing akan pelajar UNiSEL bila bertanyakan soalan, Terutama kepada tiga Mahasiswanya iaitu saudara Muhammad Nasir Abu Bakar(Presiden Pro-M), Saudara Merico Achenk Abdullah dan MUhammad SHAhimi aRIFFin (S/u Politik Pro-m)..

Seterusnya program ditutup dengan Majlis Makan malam..

Konklusi..

Ucapan terima kasih kepada ASPIRASI kerana menjemput kami Pro-Mahasiswa UNiSEL untuk menghadiri Majlis Simposium Dilema Melayu yang berlangsung Mewah (Duit Rakyat-Melayu, Cina, Dan India) di PWTC yang hanya membincangkan soal MELAYU..

Dapat saya rumuskan bahawa perjalan program adalah memalukan kerana tidak membenarkan wakil Pro-Mahasiswa untuk mengajukan Soalan..selain itu juga adalah menjadi kebanggaan bahawa jika partisipasi Pro-Mahasiswa dapat dipertingkatkan supaya pandangan kontra dapat disalurkan..

"Pertembungan Idea dan Pendapat yang berbeda itu adalah RAHMAT"












selain;

"... DIA mmg PEJUANG..Pejuang dlm ertikata berani menyatakn sesuatu yg dia yakini sbg BENAR & dia menyatakn itu bkn krn didorong atau disuruh sesiapa, sebaliknya krn dia berasa dia mmg p'lu utk bersuara.Dan dia mmg tau, krn sikap & plhnnya itu, dia menjadi manusia yg krg digemari, krn sikapnya yg demikian itu, byk telinga yg menjadi panas serta berdesing & kerananya jg, byk hati yg menjadi bergelegak ..."


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNiSEL)

Comments (17)

On February 14, 2011 at 2:08 PM , Anonymous said...

shimi..
bagus apa yang ko buat ni..
tp ingat la jugak masa depan kau ek..
nati kalu ko dah ada segulung ijazah tu..
gunala ilmu..
kau suluh lah yang benar..
jangan terlalu contra pd kerajaan.yang buruk kita tapis..
yang baik kita halusi..
DAlhari SAhid

 
On February 14, 2011 at 2:24 PM , PENA SISWA said...

bravo shimi...terbaik ah...
napa masa depan kita bergantung pada k'jaan ke..
kita ada ilmu untuk betulkan mana yag silap...
yang betul kita sokng yang salah kita lawan...
tapi klaw dah nk lontarkan idea pon x bleh apa maksudnya....knpa takot sgt....

 
On February 14, 2011 at 4:24 PM , Mohd.Fitri Alif Bin Mohd.Kasai said...

tahniah shahimi kerana berani bersuara bukan sahaja di Universiti tapi di luar juga lantang bersuara....memang sudah menjadi budaya melayu dari dahulu kala kita perlu menghormati pemimpin...kalau melawan pemimpin boleh kena tulah pulak....melayu boleh maju jika semua pelajar melayu yg masuk IPT belajar rajin2 dan mengubah nasib bangsa dengan segulung ijazah....melayu boleh berjaya seperti semasa zaman kegemilangan melayu melaka....melayu boleh...

 
On February 15, 2011 at 4:45 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Salam..

Terima kasih kepada yang respon kepada penulisan yang serba kekurangan ini..

Teguran yang perlu untuk sy ambil serius dan pertimbangkan.. =)

Tetapi itulah realiti Politik samada diperingkat kampus mahupun Negara..

sekadar berkongsi pengalaman =)

 
On February 16, 2011 at 9:28 PM , Anonymous said...

Betul kata ko tu shimi. takde yang tak betul selain yang betul belaka.

tapi ko pikir la juga kalau kau berada di tempat orang, hormat la sikit (walau tak banyak) majlis orang itu. Di sini aku setuju pendapat urussetia itu.

Ini bukan program wacana yang terbuka. Apa yang pasti program ini di buat di bangunan UMNO. Dan panel nya pula adalah orang pure UMNO.

Analoginya mudah. Cuba kau datang ke Perancis dan lihat di tepi jalan terdapat orang awam bercium. Adakah kau dengan selamba mahu melarang mereka dari berbuat perkara tu. Adakah kau mahu jadi hero di situ?

Pendapat aku tentang diri kau ialah ; kau radikal yang kosong. Aku tak yakin kau akan jadi politikus yang baik dengan keadaan diri kau sekarang ni.

Pernah ke kau tengok ahli politik lain yang lantang berbicara di majlis pihak lawan? Sebaliknya mereka semua kalau mahu berbicara, pasti mereka ada hikmah.

Ya, hikmah. Ini pendapat aku ye shimi. Secara realpolitik nya aku rasa kau harus tingkatkan lagi strategi berpolitik kau. Cakap pung pang pung pang macam ini dah tak stail dah.

 
On February 17, 2011 at 1:28 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Radikal Kosong??
Itu intrepitasi saudara..
terpulang,
takkan sy nak paksa untuk menerima =)

Sekali pon datang program UMNO..
kenapa perlu ikut rentak soalan yang MENYANJUNG??

salah ke tanya soalan yg KONTRA??

Kalau semua org macam saudara, X wujudlah MAHASISWA Prograsif, tapi produk aspirasi JUMUD dan LEMBAB lah yang LAHIR..

itu pandangan.,,

 
On February 18, 2011 at 4:26 AM , Anonymous said...

Mengeja pun masih banyak yang typo jadi tak perlulah kau nak bicara tentang progresif dan sebagainya. Baiki dulu kelemahan kau. Kalau pelajar universiti lain tengok MPP unisel bercakap besar mcm ni tapi masih lagi tulisannya banyak typing error, aduh alangkah malunya!

 
On February 18, 2011 at 4:51 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Ini sah saudari..
Blog dh xde letak Noname plak ye..hehehe

Typing eror ek..o0o0o0

Terima kasih dengan teguran..
Mungkin saudari x pham apa yg dimaksudkan dgn prograsif~

Prograsif tu Maju dan Terkedepan, kalau guna bahasa radikalnya MENONJOL...ahaha

 
On February 18, 2011 at 7:34 AM , PRO_M BANGAP said...

BODOH...ko kena tark sebab riau ko tu mungkin boleh mngakibatkn semua insan kt dewan tu belasah ko...bukn sebab takut tp sebb xnk tengok ko kena belasah

korg btanyakan ttg judi n arak...itu dh jelas dikatakan haram kpd org islam...tp bangsa lain x...kesimpulannya kalo islam jgn la beli....n kalo takut sumber negara ni ad benda haram makanya islam ni ada zakat tuk sucikan harta...(tp dlm korg takut haramnya hasil kerajaan aku melihata korg semua melahab mcm anjig-anjing parti kencing rakyat yg sebulan x makan n baru jumpa tulang a..k.a rakus...yg pakai kopia)....secara terang ku nk kata ko ni tlalu bodoh n bangap apa yg umno buat adalah untuk meletakkan keadilan pd org melayu sbg pmilik tanah melayu yg skrg dgelar malaysia...(maksud adil dlm islam ialah melatakkan sesuatu yg itu pd tmpt/haknya dan bukannya sama banyak mcm parti kencing rakyat punye ideologi yg kononya mahukan kesamarataan tuk suku cina n suku india....korg semua kurang ajar n xda hotak...

 
On February 18, 2011 at 10:19 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Kalau setakat menganjing dengan hiden profile, xpayah la beb..

Tunjukkan diri..

Aku x kisah sekalipon dipukul hanya kerana menegakkan KEBENARAN..

Aku tahu siapa aku dan siapa dibelakang aku!!!!

Selagi mana kebenaran yg aku bawakan, 30 tentera berhati merah bersamaku, 77 barisan keramat disampingku!!!~

Jgn lemparkan bahasa KOTOR dalam bertukar pandangan dan pendapat..

Setiap perbincangan BIARLAH matang!!!~

Aku nak tanya ko..
Agama mana yg HALALkan Judi n ARAK??
Agama UMNO je kowt!!!~

 
On February 18, 2011 at 11:03 AM , Anonymous said...

OO. Rupanya kau mahu jadi hero ya? Budak yang baru belajar berpolitik, tapi mahu kelihatan lebih handal berpolitik daripada ahli politik yang lain.

Biasa lah kan, DARAH MUDA!!! <-- (sengaja di capslock kan mengikut style En. Shahimi.)

RESAM MAHASISWA :

"JIKA DIsekat MELAWAN di tahan MENGGANAS..
...Ditanya MENJAWAB..Dipukul MEMBALAS!!!"

Aku MENYELAR TINDAKAN KECUT
PIHAK yg MENGAMAL UNDANG2 HUTAN BELANTARA!!!

Tindakan BACUL dan PENGECUT pihak yg "MENGIKUT tanpa MENYOAL"!!!

Hu hu.. radikal siyut.

Macam kata pepatah "lebih sudu dari kuah." He he. Tapi mengeja pun masih typo, dan guna "jeww" , "kowt".

Matang la sikit brader.

 
On February 19, 2011 at 10:17 PM , muhammad Nasir abu bakar said...

Saya antara orang yang hadir dan bertanyakan soalan pada hari itu... persoalannya judi dan arak bukan haram bg org yang bragama islam tetapi turut haram bg agama-agama utama di negara ini. Hal ini terbukti, menurut Exco penerangan Pas, Ust. Idris ketika Ijtima'Tarbawi di rusila, Terengganu. sebelum pas menubuhkan kerajaan di kelantan Penemuan kerajaan dengan setiap ketua atau murabbi agama dikumpulkan. dalam perjumpaan itu sebulat suara mengatakkan Judi dan Arak adalah Haram bagi setiap Agama namun arak di bolehkan bg sesetangah agama. Oleh itu, di kelantan tiada premis judi, dan kedai mnjual arak trlalu sedikit... Oleh itu, Arak dan judi untuk penganut agama lain adalah dakyah krajaan smata2..

 
On February 20, 2011 at 3:52 AM , milo aizz said...

sahimi aq kagum keberanian ko jika jika niat ko nk tegakkan kebenaran.. biar dimana sekali pun selagi namanya berpijak d bumi Allah ini yg haram tetap haram.. arak haram..xda yg berhak berkata arak halal d newyork tp haram d arab..haram ttp haram!..semua agama mgjarkan asas yg sama benci pd kejahatan dan berjuang utk kebaikkan..kawan saya sndri india dan cina jgk yg mereka itu org yg baik2 dalam agama mereka juga mmbenci arak..dan kejahatan.. jika kita dalam ni bersuara utk mempertahan kan kepentingan tertentu harap muhasabah diri lah..kita disini ada misi iaitu mmbawa perubahan..bkn yg itu sibuk pertahan ini ini sibuk pertahan itu..apa manfaatnya pd misi kita..yg lemah dibantu..yg salah di tegur..sahimi jika niat ko meredakan gelegak api kemurkaan Allah aq dibelakangmu..bkn sbb aq mempunyai kudrat yg gagah..tp aq yakin Allah akan mgiringi perjuang org yg nawaitu nya btul.. sahimi rasul kita berpesan yg maksudnya lebih kurang "keluarkan lah susunan ayat walau ayat itu pahit ttpi ia benar..

 
On February 20, 2011 at 8:03 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Thankx Milo aizz..

Menegur perbuatan keji Pemimpin adlah jihad~

Niat supaya rakyat sedar tentang segala macam penipuan dan penindasan Kerajaan setelah sekian lama memerintah..

Rakyat harus tahu yang kerajaan UMNO hanya berkepentingan dalam menjaga Bangsa MELAYU..

Memenuhi poket mereka sepanjang penguasaan mereka..

Niat tidak menghalalkan cara..

inilah jadinya jika pemerintahan UMNO ini melebihi pemerintahan MUBARAK..

RAKYAT harus tidak tertipu dengan segala macam media KERAJAAN..

MEJORITI rakyat TIDAK LAGI BODOH!!!~

 
On February 24, 2011 at 3:29 AM , Anonymous said...

Woii nasir.

Kau ingat negara kita negara Iran ke nak main paksa paksa orang lain.

Kau baca la dulu banyak banyak tentang agama.

Ada ke mana mana agama yang suka suki memaksakan kepercayaan kepada orang lain?

Even dalam agama Islam, tiada paksaan dalam beragama!

Yang ada cuma beri didikan (educate)orng lain keburukan arak.

Bukan terus mengharamkan!!

Kau ni.. belajar aje di universiti. Kau dan geng geng kau kena belajar la banyak lg.

 
On March 3, 2011 at 2:55 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Dalil Buas dan Mabuk oleh org yang menuduh membabi buta..

Berdalillah, atau berhujahlah dengan Menampilkan Susuk Tubuh dan identiti yang jelas..Alangkah "Bacul" dan Hinanya tindakan yang Menyorok ibarat tikus yg takut dan "Gerun"..

Bila kita ditempat yg benar, kenapa harus Takut dan Menyorok??

Sikap pemimpin yang Adil adalah bertanggungjawab dengan percakapan dan penulisan mereka =)

anda digolongan mana??ahaha

 
On March 7, 2011 at 8:38 PM , Lockomotive Mokhsva said...

tahniah beb...kah kah kahkha kah kah...lu kena fikir gak pendapat orang..."pemimpim baik datang dari cacian,bukan kemegahan"...