-PenTeman-

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Perumpamaan 1;

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga..

Realiti 1;

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Perumpamaan 2;


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu "mengharap" pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga,

Realiti 2;

Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Perumpamaan 3;

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan, Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain?? Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga,

Realiti 3;

Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.?? Terlalu mengejar "kesempurnaan". Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL...

Sumber : Petikan (DR.FADILAH KAMSAH) - FatinFarhana (Diketengahkan oleh)

Kesimpulan.

Tertarik dengan petikan artikel ini. Hujah yg disandarkan melalui kehidupan, Perbuatan dan keadaan sekeliling makhluk Allah. Logik akal dan konsep kebebasan berfikir yg merentasi sentimen sebagai "penghalang"..Mesej ini harus sampai kepada semua mata dan telinga "makhluk" ALLAH yang bisa berfikir dengan akal yg waras =)


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNiSEL)

Comments (7)

On March 2, 2011 at 11:01 PM , Anonymous said...

Ini sajalah kemampuan mahasiswa unisel yang berlagak "sedar"

Pandai bercinta saja.

Buat event pun pasal "cinta".

Yang datang nya geng geng mcm korang dan awek bertudung labuh.

 
On March 3, 2011 at 3:18 AM , Anonymous said...

apakah kaitan geng2 dan awek2 bertudung labuh dalam soal cinta yang membeza kan cinta dan kemampuan mahasiswa unisel?

ape nie? saya kurang faham?
tolong perjelaskan..

 
On March 3, 2011 at 11:26 AM , Adiba zehan said...

sy suke perumpamaan 1 dan 3..setuju 100 peratus...tp x semue yg kite nk kite akan dpt..n kdg2 bende yg kite ahrapkan akan bertukar menjadi sebaliknye..tu la yg menyedihkan

 
On March 3, 2011 at 2:45 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Dalil Buas dan Mabuk oleh org yang menuduh membabi buta..

Berdalillah, atau berhujahlah dengan Menampilkan Susuk Tubuh dan identiti yang jelas..Alangkah "Bacul" dan Hinanya tindakan yang Menyorok ibarat tikus yg takut dan "Gerun"..

Bila kita ditempat yg benar, kenapa harus Takut dan Menyorok??

Sikap pemimpin yang Adil adalah bertanggungjawab dengan percakapan dan penulisan mereka =)

anda digolongan mana??ahaha

 
On March 17, 2011 at 6:51 PM , Anonymous said...

dorng ni golongan bodoh ni mie..

 
On April 12, 2011 at 11:20 PM , Lockomotive Mokhsva said...

Mengukur tahap "sedar" manusia....hebatnya....respek la...Cinta kan sesuatu yang memberahikan...best apa...lagipun cinta bersifat subjektif...bukan tertumpu pada "gerakan atas ranjang" atau seksual sahaja...

Dalam diri manusia,ada 1 benda yang paling ditakuti,iaitu yang menganggap bahawa dia sahaja yang sedar dan orang lain tidak sedar...itu yang bahaya...

 
On February 5, 2012 at 6:58 AM , Anonymous said...

apa kaitan ngn geng2 bertudung labuh?