-PenTeman-

Assalammualaikum...



Melihat kepada isu interlok yang hangat diperkatakan kebelakangan ini, penulis terpanggil untuk mengenengahkan buah pandangan serta kritikan berkaitan dengan isu ini menerusi pandangan sisi lemah seorang "mahasiswa prihatin" yang bukan hanya mengklasifikasikan "pendidikan" itu sebagai "bilik Kuliah" tetapi juga meletakkan pendidikan itu sebagai bidang diluar pengkuliahan (isu Semasa dan lain-lain).



Edisi Terbaru : Buku edisi inilah yg aku baca :: Adik aku nyer, thankx Erni

Mengambil masa kurang lebih Dua(2) hari untuk penulis menghabiskan masa membaca novel karya Dato' Abdullah Hussain, Penulis dapati bahawa hanya terdapat beberapa "word" yang diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak yg berkepentingan Politik rakus.Lantas Di "Kafir" keseluruhan karyanya oleh pihak yg Rakus dan Pentingkan diri.

Melihat kepada isu ini secara "kulitnya",bisa penulis katakan bahawa ini sebenarnya hanyalah satu isu "mainan politik" yang jelas kelihatan, ia seolah-olah memperlihatkan pemimpin politik khususnya Pakatan Rakyat (DAP) yang ada kini ketandusan idea segar politik sehinggakan isu interlok pon diheret ke medan politik rakus sesetengah pihak.

Tindakan kurang matang serta ibarat menangguk di air yg keruh ini harus diselar, dan dikritik dengan keras oleh mahasiswa khususnya.Karya interlok bukanlah karya baru, tetapi karya
yang boleh diklasifikasikan sebagai lama dan veteran.Kalau betol lah karya ini bukan "mainan politik" kenapa baru sekarang isu ini timbul??

Adalah tidak masuk akal kerana dengan hanya marahkan mungkin satu ke dua "term" pihak tertentu menggesa supaya buku tersebut diharamkan..

Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Pelajaran Malaysia dengan prinsip yg kuat telah menepis tuntutan yang tidak berasas pihak tertentu sekaligus meneruskan usaha memartabatkan karya sasterawan negara melalui "interlok".

Melihat kepada dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa "interlok" mampu memecahbelahkan keharmonian kaum, saya sanggah kerana tuduhan ini tidak berasas dan karut semata, yang penulis lihat sebagai pemecahbelah keharmonian kaum ini adalah pihak yang memperbesarkan isu yang "nothing" ini.

Harap perkara ini dapat disudahi dengan saluran-saluran yang sepatutnya..



Koleksi Edisi Kulit Buku INTERLOK


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNISEL)

Comments (2)

On April 5, 2011 at 8:52 AM , siva said...

My brother agreed with your statement, but I felt the book was not suitable for the PMP (teaching) of the work may be novel, but some of the issues mentioned in the book is not justified. book is a great work if used as reading material, not as a teaching .. Thank You

 
On April 8, 2011 at 7:29 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

i agree(not for PNP) if the contains of the book are remain the same n THERE ARE no changes AT ALL..

but the question is, why the issue is arrise rite now??

Jz becz of one or two term(s) then the whole of the "karya" they want to boycot??

not releven at all~

my point of view~