-PenTeman-

Bertarikh 18 April 2011 pada Jam 11.00am kami, wakil Pro-Mahasiswa UNISEL tiba di lobi BangunanSultan Abdul Aziz Shah(SUK kerajaan Negeri Selangor) berhasrat untuk menyerahkan dua(2) memorandum terus kepada Menteri Besar Selangor melalui Cik Puan Faekah Binti Hj. Husin selaku Setiausaha Politik Kepada Dato’ Menteri Besar Selangor.Antara dua(2) memorandum yang dinyata sebelumnya adalah seperti berikut;

:: Bantahan Pengurangan Baki Yuran tertunggak mahasiswa Universiti Selangor Sebanyak RM 2500 kepada RM 1000

:: Bantahan Campurtangan Pihak HEP Dalam Pembentukan Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011

Penyerahan memorandum berlangsung dengan sesi dialog tidak formal antara kami dengan Setiausaha Politik MB Selangor, Cik Puan Faekah Binti Hj. Husin.Dialog yang berlangsung selama tempoh kurang lebih 1 jam di Pejabat Cik Puan Faekah Binti Hj. Husin tersebut ada menyatakan tentang beberapa tuntutan, antaranya;

Yuran

:: Menuntut supaya mahasiswa yang punya baki yuran tertunggak kurang RM 2500 dibenarkan mendaftar dan menduduki peperiksaan sepertimana sebelumnya.

:: Kepada Mahasiswa yang lambat mendaftar dikecualikan daripada denda RM 25 sehari berikutan permasalahan yang dihadapi ini(Pada pendaftaran semester 3/2010/2011 SHJ).

:: Menimbang sesetengah kes supaya tidak terlepas pandang oleh pihak UNISEL.

Kabinet MPP

:: Menuntut kepada Demokrasi Tulen.

:: Menghukum orang yang “Campurtangan”.

:: Pembentukan kabinet pimpinan Mahasiswa yang telus dan demokratik.

Setelah mencapai persetujuan bahawa perkara ini akan sampai kepada pengetahuan Menteri Besar Selangor Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim dan akan dibawa kemesyuarat dalam minggu ini maka kami berpuashati dan menunggu sehingga minggu hadapan sebelum berAKSI dengan melibatkan media arus perdana dalam memberikan tekanan hebat kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekiranya TUNTUTAN kami itu ditolak..

Dalam perbincangan serta sisi dialog tertutup kami,Walaubagaimana pun ada disebut oleh Cik Puan Faekah Binti Hj. Husin bahawa kepada Mahasiswa-Mahasiswa yang punya masalah kewangan sepatutnya tidaklah terus dihukum dengan tidak membenarkan mereka mendaftar masuk tetapi pendekatan “kompromi” perlu ada walau sekalipun undang-undang serta peraturan itu sedia ada.

Apa yang dimaksud kan ini adalah jelas bahawa agenda pembelaan pendidikan rakyat harus diUTAMAkan, BEBANan harus diHAPUSkan.Jika apa yang diperkatakan itu sebagai benar makanya apa yang terjadi diUNISEL kini sah tersasar daripada kehendak dan kemahuan serta hasrat Kerajaan Negeri Selangor.

Kearah "Student Unity"

Muhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Setiausaha Politik,
Gerakan Revolusi Mahasiswa,
Pro-Mahasiswa,
Universiti Selangor (UNISEL)

Comments (4)

On April 20, 2011 at 7:53 PM , Anonymous said...

Salam...

pendapat saya,Majlis Perwakilan Pelajar sekarang boleh dikatakan "CEPAT MELATAH"..

x kire dari MPP mahupun dari pro..

rujuk kes tahun 2005/2006, pada waktu itu pihak MPP berjaya "nego" tentang yuran ini yang dimana pelajar hanya perlu RM50 sahaja.

Bagi saya, "negotiation skill" yang perlu ada pada seseorang individu untuk menjadi seorang peminpin..

Bukan sekadar hanya untuk mendapat PANGKAT @ JAWATAN yang tinggi, kononnya boleh dipangdang "lain" dari pelbagai pihak.

Tapi inikan jadinya, bagi saya pihak ini tidaklah se-profesional seperti MPP @ peminpin dahulu..

CUBA MUHASABAH DIRI DAHULU SEBELUM BERTINDAK...ini bukan untuk saudara tapi kumpulan yang cepat melatah ini..wassalam..-sekadar respon-

 
On April 22, 2011 at 1:08 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Terima Kasih dengan pendapat saudara/i =)

Pada mana tahun 2005/2006 saya tahu persis masalah yang gawat pada ketika itu sehinggakan pada masa itu situasi genting "menyerang" canselori berikutan masalah yuran yg dihadapi..Saudara mungkin ada pada masa itu,

Tapi bg pendapat sy pada ketika itu MPP hanya bertindak pabila masalah sudahpun bertimbun dan datang, tidak pula mpp tika itu mencegah daripada masalah itu berlaku...

ini yang sama berlaku pada mpp tika ini MPPUNISEL sesi 2011/2012.Saya dh pon menyarankan supaya masalah ini dibawa bincang dengan pihak tertinggi universiti tetapi dilihat mereka sama sekali tidak berminat, makanya Pro-Mahasiswa harus bertindak dan beraksi Mempertahankan HAK mahasiswa UNISEL seluruhnya.

Berikutan RM 50 saya rasa tidak timbul sama sekali kerana bagi sy pada mana kekalutan yg berlangsung tika mana "serangan" yang dilancarkan student tika itu membuatkan pentadbiran dan MPP buntu idea dan mati kutu..makanya isu RM 50 bukanlah penyelesaian yg terbaik kerana bg saya kerana tindakan penbayaran RM 50 itulah sekarang MAHASISWA UNISEL sudah terdidik dengan budaya BERHUTANG dengan jumlah yg besar =)

sekian salam perjuangan =)

MUhammad SHAhimi aRIFFin(mushariff)
Universiti Selangor(UNISEL)

 
On April 22, 2011 at 8:28 PM , Anonymous said...

good answer.. unisel bukanlah institusi kebajikan dimana tenaga pengajarnya adalah percuma dan untuk menguruskannya tidak melibatkan kos langsung.. tetapi idea ubtuk memastikan baki yuran adalah rm1000 adalah tidak releven dan akan membebankan pelajar.. justeru usaha menaikkannya kepada rm2000 adalah 'win win setuation'... tahniah kepada mereka yang mengusahakannya..!! setiap barisan MPP punyai mahasiswa yang ikhlas berjuang, dan cubaan untuk merendahkan mana mana pimpinan adalah tidak matang... mahasiswa adalah kekuatan MPP dan kita harus focus untuk mengubah mentaliti mahasiswa untuk bersatu dari berdebat barisan mana yg lebih hebat... tahniah sekali lagi!!!

 
On April 22, 2011 at 9:44 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

ini bukan soal merendah-rendahkan mana-mana pihak cuma diperingkat MPPUNISEL sesi 2011/2012 harus bertanggungjawab kepada isu ini.,.

Anda harus memperjelaskan kepada semua MAHASISWA tentang ini secara terbuka..

Jgn hanya berdiam umpama sibacul g tidak tahu apa-apa...

Pemimpin harus bertanggungjawab setiap kelemahan yg mereka lakukan..jgn hanya pandai ber"ckp" dan berdiam diri..