-PenTeman-

Assalammualaikum..

Bertarikh 21/4/2011 pada jam 12.00pm berlangsung satu perjumpaan yang diatur oleh Puan Pendaftar, Pn. Hjh Rokhmah di bilik Pn. Bendahari, Pn. Muzaiyanah bersama Dato' Naib Canselor. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai masalah yuran yang dikesan oleh peringkat Pro-Mahasiswa sebagai keputusan menekan dan membebankan Mahasiswa seluruhnya berikutan Pengurangan Baki Yuran Tertunggak daripada amount RM 2500 kepada angka RM 1000.


Kami diPeringkat Pro-Mahasiswa mendapati bahawa jika pengurangan ini diimplementasi, maka secara langsung kepada Mahasiswa yang punya Baki Yuran Tertunggak Melebihi RM 1000 terbeban dengan masalah untuk melangsaikan hutang (Sem Pendek) tersebut selain menafikan Hak Mereka untuk mendaftar masuk. Jika di buat perbandingan dengan dasar yang dilaksanakan diperingkat Pentadbiran Universiti sebelumnya(Baki Yuran Tertunggak RM 2500) kita jelas dapat lihat bahawa populasi Mahasiswa secara statistik yang tidak signifikan(yang tak boleh daftar) berbanding dengan dasar yang baru dan drastik yang cuba dilaksanakan(Baki Yuran Tertunggak RM 1000) yang dilihat membebankan dan menekan bilangan Mahasiswa yang ramai dan signifikan(yang tak boleh daftar).


Melihat kepada krisis ini, makanya Temujanji di aturkan oleh Pn. Hjh Rokhmah selaku Pendaftar UNISEL bagi mencari solusi kepada kebuntuan blok pemikiran serta manjamin situasi menang-menang antara kedua belah pihak.

Kedatangan Ke Perjumpaan bersama Dato' NC;

  • Sdr. Muhammad Nasir Abu Bakar (Presiden Pro-M)
  • Sdr. Muhammad Shahimi Ariffin (S/U Politik Pro-M)
  • Sdr. Sudi Sudirman (Kerabat Pro-M dlm Pimpinan MPP)
  • Sdr. Wan Saiful Haqim (Kerabat Pro-M dlm Pimpinan MPP)
  • Sdr. Mohamad Tarmizi (Kerabat Pro-M dlm Pimpinan MPP)
  • Sdr. Aliff Fadzil (Kerabat Pro-M dlm Pimpinan MPP)
  • Sdr. Kurniawan Johari (Pimpinan Pro-M)

Antara tuntutan awal diperingkat Pro-Mahasiswa UNISEL;

:: Menuntut supaya RM 2500 dikekalkan amountnya untuk pendaftaran masuk dan daftar Exam setiap semester.

:: Melanjutkan tarikh pendaftaran masuk Mahasiswa.

:: Menimbang sesetangah kes supaya tidak terlepas pandang oleh pihak UNISEL

Ketiga-tiga tuntutan ini diTegaskan secara serius diperingkat kami sehinggakan berlangsunglah perbincangan serta cadangan diperingkat kedua-dua belah pihak lantas mempersetujui satu pencapaian perbincangan.

Antara Pencapaian perbincangan antara kedua belah pihak adalah;

:: Mahasiswa Melangsaikan hutang secara berperingkat bermula sem 3/2010/2011

>Pada Semester 3/2010/2011
  • Pendaftaran Masuk Baki Yuran Tertunggak Mesti Kurang RM 2000
  • Daftar Exam Baki Yuran Tertunggak Mesti Kurang RM 2000
>Pada Semester 1/2011/2012
  • Pendaftaran Masuk Baki Yuran Tertunggak Mesti Kurang RM 2000
  • Daftar Exam Baki Yuran Tertunggak Mesti Kurang RM 1500
>Pada Semester 2/2011/2012
  • Masih belum ada kata putus diPeringkat Perbincangan.
:: Tarikh untuk pendaftaran i-Daftar telah pun dilanjutkan kepada 22/4/2011.

:: Penimbangan sesetengah kes adalah lebih "Focus" kepada mereka yang punya pinjaman dan pointer 2.00 keatas.

DiPeringkat Pro-Mahasiswa, kami telah pun menyediakan satu solusi yang kami anggap sebagai bijak disamping menjamin situasi menang-menang kepada kedua-dua bekah pihak. Diharapkan segala persoalan tentang bebanan kepada Mahasiswa tidak lagi timbul kerana solusi yang difikirkan ini adalah yang terbaik disamping untuk mendidik Mahasiswa nya tidak terbudaya dengan budaya "hutang" seperti mana yang telah membudaya dalam diri mereka sedari mereka kecil sehinggalah ke menara gading oleh Kerajaan Persekutuan =)

Kearah "Student Unity"

DiSediakan Oleh;


MUhammad SHAhimi aRIFFin(mushariff)
Setiausaha Politik,
Gerakan Revolusi Mahasiswa(GRM),
Pro-Mahasiswa,
Universiti Selangor(UNISEL).

Comments (5)

On April 23, 2011 at 12:52 AM , Anonymous said...

congratulations....terima kasih kerana brjuang utk student unisel dlm m'pertahankn hak kami sebagai pelajar....

 
On April 23, 2011 at 4:58 PM , Anonymous said...

Good job!

 
On April 23, 2011 at 8:44 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Perjuangan Ini adalah Perjuangan Kerana ALLAH demi MAHASISWA =)

Terima Kasih kerana memuji kepada tindakan kami ini..Tidak menyangka kepada pujian yang diberikan =)

Bagi kami setiap kritikan yang dilemparkan juga "Pujian" kerana kami tak pernah berhenti kepada PERJUANGAN walau diUgut dan diHambur sesetengah pihak sepanjang BERJUANG~

Bukan Pujian kami harapkan kerana itu akan lead kami kepada sikap sombong dan bongkak..

cukup sekadar sokongan padu daripada golongan MAHASISWA =)

Dengan apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa Pimpinan Pelajar (MPPUNISEL sesi 2011/2012) tiada kredibiliti serta mandom.Peluang telah diberi tapi "minat" langsung mereka tidak tunjukkan..Tonggak tertinggi (YDP) langsung berdiam diri dan umpama tiada nadi.. Ini adalah isu mereka selaku pimpinan pelajar. Sikap YDPMPPUNISEL harus dikritik kerana beliau tidak sama sekali punya kredibiliti untuk MEMIMPIN PIMPINAN MPPUNISEL sesi 2011/2012~

Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada saudara/i =)

Salam Perjuangan =)

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNISEL)

 
On April 24, 2011 at 10:28 PM , SuDi سوديرمن said...

pro mahasiswa akan terus ke depan untuk kebaikan dan kebajikan mahasiswa unisel.

 
On April 26, 2011 at 3:30 PM , anati lina said...

bgus2...hidup shahimi ariffin.!!!
hahahha...
hidup ahli PERKASA...hahaha



from :geng PERKASA..