-PenTeman-

Assalammualaikum...

Pendahuluan.

Bertarikh 1 May 2011, jam 10.30am bertempat di Maju Junction Kuala Lumpur, telah berlangsung Sambutan Hari Buruh secara besar-besaran anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM). Perhimpunan aman yang dihadiri kira-kira kurang lebih 500 orang telah mendapat perhatian umum serta pihak berkuasa PDRM yang telah pun berkumpul terlebih awal diLokasi perhimpunan seperti yang dimaklumkan oleh sahabat-sahabat yang terlebih awal tiba di tempat penganjuran program.

Ketibaan kami.

Ketibaan kami sebenarnya terlewat kurang lebih Satu(1) jam selepas berlangsungnya beberapa pengisian oleh pihak penganjur. Kami tiba tepat jam 11.20am dilokasi. Alhamdulillah, setibanya kami disana, seperti yang dimaklumkan kami oleh saudara harip seramai 20 orang termasuk Mahasiswa ditahan oleh pihak polis dan mereka dihantar ke ibu pejabat Dang Wangi sejurus selepas ditahan.

Tindakan bodoh pihak berkuasa ini harus ditemplak oleh masyarakat seluruhnya kerana ini jelas-jelas merupakan perhimpunan aman oleh rakyat yang ingin menyatakan pendirian dan hak mereka. Kalau suara rakyat dipandang enteng, makanya rakyat bukanlah penting bagi mereka. Malah mereka seolah-olah merendah-rendahkan martabat rakyat yang sepatutnya suaranya didengari bukan diHina serendah-rendahnya.

Antara Koleksi gambar sepanjang perjalanan program..

Rakyat & Mahasiswa Berhimpun Aman

Press pon Turut Bersama-sama

Anak Muda Penuh dengan KeSEDARan

Anak Muda yang Muak Dengan KAPITALIS

Deligasi AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) & Pro-Mahasiswa UNISEL

Deligasi AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) & Pro-Mahasiswa UNISEL 2

Presiden SMM di Temuramah oleh Media

Anak Muda AKSI : Sudi Sudirman (Sec. Pol Kpd K.Umum AKSI)
&
Shahimi Ariffin (K.Umum AKSI)

Setelah program tamat pada jam kurang lebih 2.00pm, kami pun beramai-ramai berarak ke Balai Polis Dang wangi dari Maju Junction yang mengambil masa kurang lebih 20 minit perjalanan. Setibanya kami disana, dalam menuntut untuk tahanan dibebaskan, berlakulah beberapa adegan dengan pihak polis.

Antara AKSI yang sempat dirakam(gambar) oleh lensa kami.

Bertempat di...

Saudara Shukri Presiden SMM Turut bersama-sama

Nasir (Presiden Pro-M Unisell) & Shahimi Ariffin (S/U Pol. Pro-M Unisel)

Sebelum Polis "kacau"

Polis dh mula Mengacau

Polis dh mula mengganas dengan Menangkap

Setelah menunggu tahanan dibebaskan lebih kurang 30 minit, terlihat sebuah trak polis keluar dari balai Polis cawangan Dang Wangi yang mana trak itu dipenuhi tahanan diBelakangnya. Sejurus selepas trak itu keluar meninggalkan Balai tersebut, kami dimaklumkan oleh rakan yang lain bahawa kesemua tahanan yang ditahan semasa perhimpunan aman tadi adalah yang menaiki trak yang baru sebentar tadi meninggalkan balai polis cawangan Dang Wangi.

Kesemua kami pon bergegas ke Transit seterusnya.. Iaitu balai polis cawangan Tun H.S. Lee berhadapan dengan KLSCAH (Chinese Assembly Hall).. Setibanya kami disana, Perkarangan seberang balai telah pon dipenuhi oleh penyokong-penyokong tahanan.

Antara koleksi gambar yang boleh dikongsi bersama.

Kami di...

Keadaan di hadapan balai Tun H.S Lee

Bergambar bersama Pak Hisham dan Zunar (Kartunis)

Bersama Pimpinan Gerakan Mahasiswa Nasional

Setelah menunggu kurang lebih (Satu)1 jam, dalam keadaan lapar dan belum berSOLAT makanya kami mengambil keputusan untuk meninggalkan Lokasi. Akhirnya kami meninggalkan lokasi dimana Tahanan diSoal siasat.

Akhirnya jumpa juga tempat Solat diTengah-tengah ibu kota.. Masjid Al-Bukhari menjadi destinasi kami untuk menunaikan Solat Zohor.. Setelah habis menunaikan solat, kami bergegas pula ke KLCC untuk program seterusnya iaitu Speaker’s Corner..

ikuti kisah Speaker’s Corner di KLCC =)

Penulis;

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli,
Merangkap,
Setiausaha Politik,
Pro-Mahasiswa,
Universiti Selangor (UNISEL)

Comments (4)

On May 23, 2011 at 7:33 AM , Anonymous said...

good job

 
On May 24, 2011 at 5:49 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

thankx =)

hanya KeBENARan yang DiJUANGKAN =)
Bagaimana caranya itu Bergantung!!

Jangan dicabar MAHASISWA..Jiwanya BESAR dan MERAH!!

RESAM MAHASISWA :

"JIKA DIsekat MELAWAN di tahan MENGGANAS..
Ditanya MENJAWAB..Dipukul MEMBALAS!!!"

Aku MENYELAR TINDAKAN KECUT
PIHAK yg MENGAMAL UNDANG2 HUTAN BELANTARA!!!

Tindakan BACUL dan PENGECUT pihak yg "MENGIKUT tanpa MENYOAL"!!!

Tiada Niat tuk ber"musuh" dengan sesiapa,
Tiada Daya tuk puaskan hati Semua,
Hanya bersandar kepada "Percaya",
Perjuangan MAHASISWA adalah UTAMA

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNISEL)

 
On May 25, 2011 at 1:15 AM , Anonymous said...

perjuangan mahasiswalah sangat, berlindung disebalik title mahasiswa untuk kepentingan PR.

tanya diri anda, sejauh mana anda memperjuangkan perjuangan anda yang sebenar?

apa yang anda perjuangkan? perjuangkan idealogi PR? teruskan usaha anda dengan perjuangan anda, sebagai mahasiswa juga ada perjuangannya tersendiri.

justeru, jangan melabelkan mahasiswa lain jika tidak sealiran dengan anda. mahasiswa bukan bodoh dan mahasiswa bukan membodohkan..

 
On May 25, 2011 at 4:07 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Saudara boleh kata apa sahaja tentang perjuangan saya.."Mungkin" perjuangan sy ini terlihat ada badi2 PR..saya x nafikan..

Tapi perlu lah saudara Sedar bahawa sekiranya sy Mendokong membabi buta Kerajaan PR sudah tentu sy tidak langsung "melawan" pihak pentadbiran UNISEL kerana jelas2 UNISEL adalah milik penuh kerajaan PR =)

Jelas lg bersuluh, sy sendiri menentang kepada penafian HAK MAHASISWA oleh Pentadbiran UNISEL.

adakah itu sebagai mendokong membabi buta aspirasi PR??

X perlu bersikap Defensif sgt la~
PR ke, BN ke..salah tetap salah la beb~

Teguran : Bertanggungjawablah dengan kritikan tuh..sekalipun saudara adalah kenalan rapat sy apa salahnya =)

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNISEL)