-PenTeman-

Assalammualaikum...

Pendahuluan.

Bertarikh 1 May 2011 bersempena Sambutan Hari Buruh SeDunia, Dianjurkan satu program Gilang gemilang, iaitu Rapat Umum yang dianjurkan oleh golongan anak muda “sedar” bahawa perkara 10 kebebasan beruara perlembagaan Malaysia harus diTuntut.

Rapat Umum yang Diangan-angankan Tercapai.

Alhamdulillah, kami Pro-Mahasiswa UNISEL turut dijemput untuk berpatisipasi dalam penganjuran program yang kami anggap berkonsepkan intelektual dan progresif ini.

Antara Wakil Pro-Mahasiswa yang hadir adalah seperti berikut;

:: Sdr. Muhammad Nasir Abu Bakar - GAMIS
:: Sdr. MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff) - AKSI
:: Sdr. Sudi Sudirman - AKSI
:: sdr. Mohamad Tarmizi Kamarudin - AKSI
:: sdr. Adam Adli – LMP
:: sdri. Yuyu Luna - LMP
:: Sdri. Sakinah – PKPIM
:: Sdri Lydia – AUFU

Setibanya kami wakil Pro-Mahasiswa UNISEL di Lokasi program, pada jam 5 ptg iaitu lewat 1 jam selepas program berlangsung berikutan keadaan trafik yang tidak mengizinkan (Jam), makanya program yang masih berbaki 1 jam itu dimanfaatkan kami dengan sebaik mungkin. Kereta yang diparkir sesuka hati (tepi jalan) pon di kompaun oleh pihak sekuriti KLCC. Makanya Bayaran sebanyak RM 200 diTagih untuk membenarkan kereta keSaYaNgAnKu diUnlOcK..

Partisipasi front yang BerSoLiDaRiTy.

Antara Front Mahasiswa yang menjayakan program tersebut adalah;

:: Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) - UNISEL
:: Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) – UPSI
:: AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) – UNISEL

Antara Koleksi Gambar untuk dikongsi;


Sakinah yg Open Gelanggang


BerKongsi Informasi Tentang Alat Muzik =)


Adam Adli (Coordinator LMP) BerPIDATO
Dalam Lenggok Lidah Anak Muda


AKSI Pidato Adam Adli


Antara AKSI BerPIDATO oleh Penulis =P

Saya selaku Ketua Umum AKSI Mahasiswa Peduli yang mewakili Pro-Mahasiswa UNISEL turut tidak terlepas untuk merakamkan Detik” indah yang diimpikan selama ini yang mana tidak mungkin akan berpeluang pada masa akan datang iaitu Berpatisipasi dalam rapat umum terbuka di khalayak umum berlokasikan KLCC.

Isu yang dibawa saya iaitu mengenai Media Arus Perdana tidak patut mempertontonkan Video Seks di khalayak umum dipaparan kaca televisyen.

> Memrencatkan pembangunan Minda Kelas pertama rakyat Malaysia.
> Memberi stigma negatif Negara luar terhadap Malaysia.
> Menyeru supaya rakyat Malaysia terutamanya MAHASISWA mendesak supaya budaya jijik, hina dan memalukan ini diHENTIkan serta merta.

Antara Koleksi Gambar untuk dikongsi;

AKSI Pidato 1


AKSI Pidato 2


AKSI Pidato 3



AKSI Pidato 4


AKSI Pidato 5


AKSI Pidato 6


AKSI Pidato 7
Terdapat beberapa babak oleh pihak sekuriti yang menghalang daripada program ini dilangsungkan, antaranya melarang keras Program ini dianjurkan kerana mereka mendakwa bahawa program ini tiada permit dan tidak mengikut prosedur tertentu. Beberapa AKSI mempertahankan prinsip Kebebasan Bersuara lantas adegan bertikam lidah antara beberapa Mahasiswa pun berlaku.

Penutup

Alhamdulillah, akhirnya tercapai sudah “hajat” dihati yang inginkan bukan sahaja rapat Umum ini terus-terusan berada di kampus yang tercinta malah mengangankan ianya melebarkan sayap sehingga ke peringkat Masyarakat sekaligus memartabatkan maruah mahasiswa dimata masyarakat kerana mahasiswa juga mampu untuk berbicara soal isu semasa Negara.

Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur..

Video Speaker's Corner : http://www.youtube.com/watch?v=bvYFjIZyC0s

Kearah “Student Unity”

DiSediakan oleh;

Muhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Setiausaha politik,
Gerakan Revolusi Mahasiswa (GRM)
Pro-Mahasiswa
Universiti Selangor (UNISEL)

Comments (0)