-PenTeman-

Pendahuluan.

Seronoknya beriadah dengan sahabat handai berbanding mengingatkan kisah lama yang menyakitkan hati dan perasaan.. Mengingat kepada yang “curang” adalah perkara BODOH dalam hidup aku.. TAPI itu semua Pengalaman hidup aku =).. Segalanya bermula pada Semester 2/2010/2011.. Semester dimana mengajar aku pelbagai perasaan yang ada pada manusia.. Pada awal semester aku diajar berperasaan Benci + Sedih = Tiada lagi Percaya. Apabila pertengahan semester pula aku diajar cikgu pengalaman dengan perasaan kasih sayang pula pada sahabat serta menghargai kawan yang berguna tika mana diri serba dalam masalah.. Mereka (Sahabat) inilah yang layak aku sematkan nama mereka dalam ingatanku sepanjang hayatku. Alhamdulillah sekali lagi cikgu pengalaman mengajarku apakah erti seronok dalam Persahabatan.. Inilah kisah yang bakal aku kongsikan bersama saudara/i sekalian.. Pengakhiran semester 2/1010/2011 merupakan semester keseronokan buat aku =)

Cerita Bermula.

Perancangan yang terancang oleh kami Anak Muda yang serba dalam perasaan ingin tahu. Pada tika ini aku masih berbaki satu(1) “exam paper” yang boleh aku klasifikasikan sebagai “killer”.. Apa boleh buat, hati kata enjoy la dulu sebelum hadapi peperangan minda..hehehe.. Aku abaikan sebentar mo0d exam untuk berseronok dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang Memahami..

Kesemua kami merupakan Anak Muda yang serba ingin tahu;

:: Muhammad Nasir Abu Bakar (Pembaca Doa)
:: Mohamad Tarmizi kamarudin (paling berani)
:: Sudi Sudirman (mulut…..hish!)
:: Muhammad Shahimi Ariffin (serba hero)
:: Mohd Kurniawan Johari (raja segala hantu)
:: Mohd Zaini (x takut duduk blakang)
:: Wan Md Saiful Hakim Wan Hanapi (muke agak2 takut)
:: Wong Choon Keat (lagi otai, orang nak tngok, die nak tngkap hantu)
:: Mohd Azmir (hantu sampingan)

Menggunakan dua(2) transport jenis haiwan iaitu Perodua Kancil (WJS 259) dan Toyota Unser – bunyi macam angsa - (BGC 1609) kami memulakan perjalanan ke destinasi pilihan =)

Destinasi Pertama(1) : Highland Tower (Tema : Seram).

Bertarikh 18 March 2011 jam 9.00pm kami bertolak dari lokasi Bukit Minyak bersama-sama Sembilan(9) orang kesemuanya, boleh aku katakan kesemua kami adalah sahabat yang rapat dan memahami antara satu sama lain menuju ke destinasi pertama iaitu Highland Tower bertujuan memecahkan blok persoalan yang bersarang dalam kotak fikiran kami lantas ingin menafikan bahawa tempat itu punya “entiti” sepertimana yang digembar-gemburkan oleh orang kebanyakan selain persedian atau latihan untuk aktiviti yang lebih berat untuk dituju selepas ini iaitu ke destinasi Kedua

Antara koleksi gambar yang dapat kami kongsi bersama kalian =)

:: Perjalanan Naik Ke Kondominium Highland Tower

:: Pintu Masuk ke Salah sebuah rumah di Highland Tower

Setibanya kami di Bukit Antarabangsa kami pun pekena minuman “mamak” sebelum meneruskan hajat utama..haha.Setelah selamat pekena minuman di “mamak stall” makanya masanya sudah tiba untuk meneruskan perjalanan yang jaraknya kurang 300m dari mamak stall tu tadi. Dengan menaiki dua(2) kenderaan jenis haiwan kesayangan Muhammad SHAhimi aRIFFin (musahriff) dan Mohd KUrniawan JOhari (KuJo) makanya sampailah kami dijalan masuk yang telah bersemak samun ke Highland Tower…Sebenarnya ini adalah kali ke-2 untuk Aku, Tarmizi dan Kujo ke sana.. Al-Maklumlah sebelum datang kenalah buat sikit kajian dan pemerhatian pada hari sebelumnya =)ahaha

Semasa di “mamak stall” tadi dah kami tentukan posisi setiap individu untuk memudahkan sepanjang perjalanan kami mendaki rumah terbiar Highland Tower yang telah terbiar kurang lebih 20 tahun. Apa yang penting dua posisi yang aku tolak awal2 lagi iaitu paling depan dan paling belakang..ahaha

Gambar untuk dikongsi;

:: Barisan yang dibentuk sebelum naik ke bangunan


:: Pemandangan Dari Pandangan Tingkat 16(pent House)

:: Pent house yang telah diTumbuhi Pokok2 Renek


:: Keadaan Pent House yang terbiar kurang lebih 20 tahun


:: Pandangan luar daripada balkoni pent house


:: Kami tidak ketinggalan untuk bergambar bersama-sama =)


:: Aksi2 kami Anak muda di level Tertinggi bangunan Highland Tower


:: Antara aksi2 KAMI~


:: Perjalanan Turun ke BaseMent

Setelah tamat “pencarian” kami turun dengan keadaan lega tanpa malapetaka yang melanda.. Apa lagi mamak time la..hehe..Kedai mamak tadi la jadi buruan..Sebelum beredar dari Highland tower tadi semua dh siap baca doa dh..nasib baik bawa nasir sekali..dialah pembaca doa kami =)

Setibanya di kedai mamak tadi, kat situlah jadi tempat diskusi dan ulangtayang gambar2 yang kami “randomly snap” tadi..hahah..

YES!! Kali nie kami memang bernasib baik kerana dapatlah gak hasil..Dapat gak snap gambar “hantu”..Tak menyesal gak kami pergi sana..hahaha

:: Nielah Gambar "hantu" yang kami Snap

-Kemudian-
:: Video Rakaman Situasi Dalam Rumah Tingkat 1 HighLand Tower

-Kemudian-
:: Video Rakaman Situasi Dalam Rumah Tingkat 16(Pent House) HighLand Tower

-Kemudian-
:: Video Rakaman Bacaan Doa oleh Nasir

Selesai berdiskusi tepat jam 4.00am perjalanan untuk destinasi seterusnya diteruskan..

Destinasi Kedua(2) : Bukit Broga (Tema : Bersuka Ria)

Perjalanan kami mengambil masa kurang 1jam untuk tiba di Semenyih..Tempat ini mengingatkan aku kepada pengalaman PLKN masa di Kem semenyih dulu..haha..hanya tinggal kenangan =). Setibanya kami disana, parkir diladang kelapa sawit sudah hampir dipenuhi oleh kereta-kereta peminat pendaki gunung..

Antara Koleksi gambar untuk dikongsi bersama;


:: Setibanya kami disini(Kawasan Landai Bukit Broga)

:: Kami sebelum Mendaki Bukit
Dari kiri Shahimi Ariffin, Sudi, Mizim Azmir, Nash, Kujo, Saiful, Zaini.


:: Pendakian Bermula..


:: Muka semua Mengantuk sbnrnya..Almaklumlah Tak tido =)

:: Hari masih Gelap

:: Sementara menanti azan (AkSi 1)


:: Sementara menanti azan (AkSi 2)

Sepanjang perjalanan mendaki puncak bukit broga, perjalanan agak gelap gelita.. Nasib baik ada “torchlight” yang digunakan untuk pencarian di Highland Tower tadi, taklah gelap sangat bila lampu suluh menjadi penyuluh dan menerangi “track” dakian bukit.

Jalan punya jalan ingat dh sampai tapi kenapalah tak sampai-sampai.. penat gila tapi seronok. Setibanya di puncak yang rata dimana kebanyakan orang bersantai disitu ingatkan kami dah pon sampai puncak, risik punya risik rupanya masih berbaki 3 lagi puncak bukit sebelum sampai puncak bukit broga.ishhh…mengeluh aku…

Setakat ni semua berkumpul di puncak yang rata aku katakan tadi.. keadaan masih gelap. Sementara menunggu Zaini menuju ke puncak rata dimana kami menanti dia, azan plak berkumandang.. Ingatkan atas puncak ada Surau.. Rupa-rupanya Hand Phone Nasir la yang azan.. hahaha.. Azan diteruskan berkumandang sehingga tamat.. Selesai je azan apa lagi, menggelabah la semua cari tempat nak sembahyang.. Masing-masing datang tak ada prepairation makanya dimana ada orang solat disitulah kami solat.. First time solat kat atas bukit.. Sejuk lah =)

Selesai je solat, masing-masing dah x sabar nak daki lagi 3 puncak untuk habis kan misi kedatangan kami disini =)

Dalam kesibukan semua nak naik, ada plak suara kepenatan yang kataxpa la, hampa naik la aku tunggu sini. Aku dh x larat doh nih.. Zaini rupanya.. Lepas buat keputusan sambil mengejar masa sebelum matahari terbit, zaini pon ditinggalkan di puncak rata tadi.. kami yang lain pon meneruskan pendakian.. Alhamdulillah.. Akhirnya sampai kami diPuncak Bukit Broga =)

Aku ingatkan inilah puncak tertinggi disini.. Rupa-rupanya masih ada sekali ganda jauh dakian untuk sampai ke puncak tertinggi disana (Gunung Tok Wan).. Cis!!! xpa lah mungkin lain kali je lah ek mendaki keatas sana =)hehe

Setibanya kami diatas puncak Bukit broga, awan menutupi sekalian langit membiru..Makanya xdapatlah kami melihat matahari terbit daripada arah timur =(.. tapi itu tidak menghampakan kami kerana tujuan asal Aktiviti riadah ini adalah untuk Merapatkan Hubungan Persaudaraan kami..Macam Adik Beradik =)

Koleksi gambar kami untuk dikongsi bersama;

:: View Atas Singgahsana Bukit Broga (1)

:: View Atas Singgahsana Bukit Broga (2)

:: Setibanya di Papan Tanda Bukit Broga~


:: Dari kiri (atas) Kujo, Azmir, Aku(Shahimi Ariffin) dan Mizi
Dari Kiri (bawah) Saiful, Wong dan Sudi.


:: Sdr. Sudi Sudirman


:: Sdr. Mohamad Tarmizi kamarudin


:: Sdr. MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)


:: Mohd KUrniawan JOhari (Kujo)


:: Sdr. Wong Choon Keat


:: Sdr. Muhammad Nasir Abu Bakar


:: Sdr. Wan Md Saiful Hakim Wan Hanapi


:: Sdr. Mohd Azmir

Sepanjang perjalanan melusuri lurah bukit, macam-macam ragam manusia kami lihat dan perhati.. Ada pasangan kekasih, Suami Isteri, Keluarga kecil, Keluarga Besar dan bersama kenalan macam kami =).. Alangkah seronoknya suami isteri dan keluarga beriadah sedemikian rupa.. Mengukuhkan hubungan kekeluargaan lantaran meluangkan masa bersama. Alih-alih aku melihat budak 6 tahun bersama ibu dan ayah mereka mendaki yang berselisih dengan aku semasa menuruni lurah bukit.. Terdetik dalam hati, ishh budak 6 tahun pon boleh daki tau inikan plak aku yg lagi tua..ahaha. Alangkah bahagianya keluarga mereka =) InsyaALLAH itulah moment yang aku impikan bersama orang yang TerSaYaNg..=).. Hujung tahun tak lama lagi kan =P

Sepanjang perjalanan menuruni lurah bukit, banyak gak lah gambar yang aku abadikan dalam kenangan =)

:: Gambar kami Masa turun bukit


:: Gambar aku ngan Wong..


:: Sempat lagi nak bertukar-tukar nombor ek..
Kalau aku xpelah gak..Single lagi =P


:: Ish..Bercandak plak si Mizi nih..Aku tgh serius kowt!!


:: Wong dan Mizi..Seronok nak snap2 gmbar..aku yg jd mangsa =(


::Kami bertiga yang turun paling last..Ahaha..Al-Maklumlah, Gila Bergambar


:: AKSI anak muda..


:: Sempat lagi kami ber"possing2" ek..ahaha


:: Sebagai gambar penutup =P


Penutup;

Sekian itulah segala macam kenangan manis kami adik beradik =).. Seronok meluangkan masa bersama.. Kehebatan riadah mampu menyatukan hati lantas membina kepercayaan kepada setiap individu yang bersama-sama menyertainya. Kini segala macam keSEDIHan aku sudah pon berbayar. Rupa-rupanya KeGEMBIRAan aku bukan lah dengan insan yang aku gelar “kekasih tetapi sahabat yang memahami =)..

Terima Kasih Sahabat
=)

Ucapan Terima Kasih aku ucapkan kepada kalian semua;

:: Muhammad Nasir Abu Bakar
:: Mohamad Tarmizi kamarudin
:: Sudi Sudirman
:: Mohd Kurniawan Johari
:: Mohd Zaini
:: Wan Md Saiful Hakim Wan Hanapi
:: Wong Choon Keat
:: Mohd Azmir


Memecahkan blok kekusutan kotak minda aku yang sorang nih =).. Korang memang best!!! InsyaALLAH sebelum aku pergi praktikal, sem pendek (Sem Akhir-Sem April 2011) nih aku nak ajak korang adakan aktiviti secara berkala, demi pengukuhan ukhuwah antara kita Adik beradik =)

Penulis = mushariff
Editor = Tarmizi


Disediakan oleh;

Muhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNISEL)

Comments (2)

On May 7, 2011 at 5:07 PM , SuDi سوديرمن said...

kenangan itu begitu indah utk di lupakan, penderitaan mengajar kita utk menghargai semua benda yang ada di sekeliling kita. kita hidup berkeluarga saling lengkap melengkapi.

 
On May 7, 2011 at 5:17 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Btol2~
Penderitaan adalah Pengalaman =)
KeSAKITan adalah Pengajaran =)
PENIPUAN adalah rencah Bisa Bicara janji SiBunga =)

Sahabat adalah yg ada tika kita SEDIH dan Tertanggung beban sengsara =)

Terima Kasih SAHABAT =)

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNISEL)