-PenTeman-

Assalammualaikum...

Jika diberi pilihan antara dua mana sahaja yang anda pilih? Samada yang BerILMU atau yang BerAQAL? Ramai manusia punya ilmu tapi tidak BerAQAL. BerAQAL dalam ertikata bebas BerFIKIR, tiada had fungsi AQAL untuk terus-terusan mencabar ilmu sekaligus timbul persoalan untuk dijawab AQAL dan minda.

Untuk apa punya AQAL tapi dinafi HAKnya dari berfungsi? Lebih baik lembu dan haiwan-haiwan lain, tiada AQAL. Maka sama saja dengan mereka-mereka yang tidak gunakan AQAL untuk berFIKIR. Sebenarnya tiada salahnya jika sekadar BerILMU, tetapi lebih baik BerAQAL dari sekadar BerILMU.

Ini kerana penetapan tahap Cendiakawan terbahagi kepada 3 iaitu;

:: Tiada ILMU
:: BerILMU
:: BerAQAL

Tiada ILMU

Pastinya peringkat pembesaran manusia bermula dengan bayi,. Ramai orang menggambarkan pada peringkat ini manusia tiada sebarang ILMU dan diperumpamakan dengan kain Putih. Sehinggakan digambarkan dengan “Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak mereka”. Ini jelas bahawa bayi adalah permulaan pembesaran manusia dan pada saat ini mereka tiada punya
ILMU selain yang diberikan oleh penjaga mereka.

BerILMU

Boleh dikatakan bahawa semua manusia yang semakin membesar bisa digelar sebagai golongan yang BerILMU. Mana tidak nya, definisi ILMU itu pun dah luas untuk di maknakan. Mungkin ILMU itu pada pemahaman Baik, mungkin Jahat walaupun begitu ianya tetap ILMU. Makanya semua orang punya ILMU Cuma bedanya sikit atau banyak, Baik atau Jahat.

Saya akan bercerita panjang lebar tentang Pemaknaan BerILMU bagi perspektif saya. Bagi pemahaman saya, BerILMU merupakan mereka yang sekadar peroleh ILMU lantas diterimanya bulat-bulat tanpa kritik, tidak kisah lah apa ILMU sekali pun. Golongan mereka ini bukanlah BerAQAL tapi sekadar BerILMU. Bukanlah suatu kesalahan, tapi kurang Ideal dan kurang patut sebagai insan yang punya AQAL tapi menafikan HAK AQAL.

Contoh :

Ulama’ terbahagi kepada dua (2) golongan, iaitu;

:: Konservatif
:: Progresif

Kedua-dua mereka punya pemahaman yang kontradiksi dan kritis dalam berpendapat. Walaubagaimanapun kita sebagai insan yang punya AQAL, kena menilai mana yang lebih baik untuk diikuti.

Golongan Konservatif selalu sahaja MengKAFIRkan golongan Progresif, dengan hujah kerana golongan Progresif ini sekadar menilai ILMU dengan AQAL. Dimana-mana Negara, dari dulu hingga sekarang ulama’ progresif terus-terusan diburu dan di”seksa” sekaligus di jatuhkan “moral” dalam keadaan hina dan tersembam.

Sebagai contoh, ibnu sina. Sepanjang hidup beliau selalu sahaja diuji dengan liku-liku hidup yang penuh mencabar hanya kerana beliau golongan ulama’ progresif. Begitu juga Ibnu Rusyd, Al-Khawarizmi dan cendiakawan-cendiakawan Islam yang lain. Mereka-mereka ini terus-terusan diburukkan hanya kerana idea Progresif yang mereka cuba bawakan.

Harus kita sedar bahawa idea Progresif inilah pencetus kepada penemuan bidang-bidang Falsafah, sains, matematika, astronomi dan lain-lain. Pecahan-pecahan ILMU Al-Quran ini ditemukan oleh ulama’-ulama’ progresif seperti yang disebutkan tadi. Jelas bahawa golongan BerAQAL ini bukan sahaja menguasai ILMU malah mampu bersikap Kritik kepada ILMU yang
mereka perolehi.

Ulama’ konservatif = Golongan BerILMU

Golongan ulama’ kanan ini, seperti yang saya katakan pada awal penulisan tadi adalah mereka-mereka yang jelas menolak kepada idea progresif. Mereka-mereka ini hanya menerima bulat-bulat butiran kitab-kitab yang mereka pelajari. Makanya terjadilah istilah BerILMU. Mereka ini langsung tidak bersikap kritis kepada ILMU yang mereka peroleh. Mereka ini menolak secara terang-terangan kepada unsur-unsur AQAL lantas menjadikan mereka Golongan BerILMU.

Ulama’ Progresif = Golongan BerAQAL

Golongan yang dilebel kiri ini, tidaklah sepopular golongan kanan yang sentiasa punyai “kelebihan-kelebihan” dari tangan-tangan aristokrat pemerintah. Sentiasa dilabel pengganas, sesat, dan lain-lain. Walaupun begitu apa yang harus anda ketahui adalah golongan-golongan seperti inilah pencetus kepada “Pencerahan” cabang ilmu selain syariah (matematik, fizik, kimia, biologi, dan lain-lain). Kerana sifat kritik merekalah kenapa hari ini bisa kita hidup dengan dunia teknologi dan serba canggih.

Kenapa wujudnya tamadun juga adalah kerana sikap golongan-golongan yang dilebel kiri yang menggalakkan “Falsafah”, malah ditegah keras oleh golongan konservatif. Mereka-mereka ini bukan sahaja BerILMU malah Mencabar ILMU yang mereka punyai dengan AQAL yang dikurniakan TUHAN.

Kesimpulan

Kenapa harus dilarang idea profresif terus menular ke minda-minda Rakyat? Adakah golongan aristokrat pemerintah mula panas punggung dan mempergunakan golongan ulama’ konservatif demi menjaga posisi mereka.? Apa salahnya falsafah dan pendidikannya?

Ada dua sebab kenapa idea ini terus-terusan dikekang oleh golongan kanan;

:: Mengekalkan posisi
:: Takut dengan kebangkitan RAKYAT

Maka bukanlah menjadi suatu benda yang pelik kalau ada ulama’ yang mempertahankan benda yang batil.

KAMI RAKYAT MEMBACA!!!

Muhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (UNISEL)

Comments (2)

On August 2, 2011 at 4:17 PM , EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

mana yang mula dulu?? akal ke ilmu or ilmu ke akal?

 
On August 3, 2011 at 10:04 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

ilmu yang mula dulu..