-PenTeman-

Assalammualaikum...


Hari ini di office aku ada sikit majlis bacaan yasin beserta serba sedikit pengisian oleh Ustaz Alwi Parman yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor. Amanat serta peringatannya tentang hari-hari ramadhan yang mendatang, membuatkan aku tak sabar untuk berpuasa =)

Isu pembayaran Zakat antara yang disentuh. Selalu sahaja amil-amil yang diamanahkan pon tidak memahami konsep sebenar pembayaran yang sepatutnya.

Harga minimum (Tidak mengikut jenis dan harga beras yg digunakan) seorang telah ditetapkan
oleh badan Majlis Agama Selangor sebanyak RM 7 untuk satu cupak beras.

Satu(1) cupak beras beratnya 2.7kg.

Situasi sebenar;

Saya sudah bekerja dan sudah ada kemampuan untuk membayar zakat sendiri. Beras makanan saya dirumah sewa adalah beras Basmati Taj Mahal, yang harganya 1kg, RM 10. Untuk konsep pembayaran zakat yang sebenar saya harus membayar zakat dengan gantian cupak jenis beras
yang dimakan saya. Jadi nilai bayaran zakat saya sepatutnya bukan RM 7 tetapi;

1kg beras Basmati = RM 10

1 cupak beras = 2.7kg

Nilai zakat yang perlu saya jelaskan adalah = RM 27

Masalah yang selalu berlaku pada rakyat Malaysia secara seluruhnya adalah mereka tidak sedia maklum tentang ini. Manakan tidaknya amil-amil lantikan sendiri pon tidak tahu tentang ini, bagaimana bisa orang yang lain bisa mengetahui tentang ini.


Diharapkan mesej ini dapat disampaikan kepada diri sendiri, sekaligus kepada ibu bapa kita yang selalu sahaja sekadar membayar amount RM 7 untuk satu kepala.

Adalah diingatkan bahawa jika bayaran sepatutnya kita tidak laksanakan makanya tergantunglah segala amalan Ramadhan kita..

Teruskan beramal kerana ALLAH..

Muhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI),
Universiti Selangor (UNISEL)

Comments (1)

On July 31, 2011 at 4:26 PM , Anonymous said...

ok terima kasih shimie..ramadhan nie aku pon first time kner bayar zakat..info yang baik untuk aku..akan aku share ngan orang lain

-kawan yang dah berkahwin :D