-PenTeman-

Assalammualaikum...
Pendahuluan

Hari ini Malaysia telah menyaksikan kepada dunia bahawa sekali lagi Kerajaan dibawah pimpinan DS Najib Razak memperkosa hak rakyat dengan mengheret 6 orang daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM6) yang didakwa Polis atas tekanan kerajaan dikatakan bahawa PSM6 ini menggugat keselamatan Negara dengan terlibat dalam satu pertubuhan HARAM selaku “Penggerak utama BERSIH 2.0” dan percubaan untuk menghidupkan kembali semangat Komunisme.

Pencabulan hak individu untuk dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan sekali lagi dinafi
oleh kerajaan pimpinan DS Najib Razak dengan sombong dan bongkak nya. Di peringkat gerakan Mahasiswa saya Muhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff) selaku Ketua Umum sekaligus sebagai wakil pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) sekeras-kerasnya menemplak tindakan kejam pihak polis yang kami yakini sebenarnya dibebani oleh tekanan hebat daripada pihak Kerajaan Pimpinan DS Najib Razak dan dengan ini kami juga mendesak supaya keenam-enam tahanan itu dibebaskan segera.

Saranan diperingkat kami, sekali pun mereka ini hendak didakwa dan dirasakan bersalah oleh pihak Polis dan Kerajaan biarlah mereka ini menjalani prosiding mahkamah tanpa menafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang dijamin hak dibawah Perlembagaan Malaysia.

Fahaman Komunis dan perjuangannya di Tanah Melayu

Barisan Pimpinan parti Komunis Malaya (PKM)

Parti Komunis Malaya (PKM) bukanlah sebuah parti yang ekstrem dan melampau seperti yang digembar-gemburkan dalam buku-buku sekolah dan TV-TV milik kerajaan atau media arus perdana. Rakyat cuba untuk didoktrin membenci fahaman komunis, persis sama apa yang dilakukan oleh musuh-musuh islam semasa perang salib suatu ketika dahulu, menanam benci kepada ilmu dan membenamkan sesuatu yang HAK dan menyerlahkan keBATILan. Kita hari ini tidak henti-henti didoktrin dengan slogan “PKM adalah Petualang negara” , tidak kurang juga dengan iklan-iklan yang menghasut untuk membenci dan memusuhi keturunan pejuang-pejuang PKM ini.

Perjuangan UMNO dan KOMUNIS ada persamaanya cuma perlaksanaan kaedahnya berbeda. Kedua-dua parti ini mahukan kemerdekaan, Cuma bedanya adalah;

:: Pendekatan
:: Ertikata Merdeka (Bebas)

Pendekatan

  • UMNO mengambil pendekatan berbaik dan berkompromi dengan pihak British.
  • Manakala, PKM tiada kompromi dan mahu british diusir kerana mereka adalah penjajah.

Ertikata Merdeka (Bebas)

  • UMNO matlamatnya adalah merdeka, tidak kisah kalau merdeka itu dalam ertikata TerIKAT(British), seperti yang ada sekarang ini segalanya masih dibayangi oleh BRITISH.
  • PKM matlamatnya juga KeMERDEKAan tapi dalam ertikata secara “mutlak” dan Pengusiran terhadap penjajah adalah tiada kompromi, sesiapa sahaja bersama penjajah makanya bagi mereka itu adalah MUSUH.

Konklusi

Harus sebagai Rakyat yang Peduli kita mengambil tahu cerita sebenar tentang Perjuangan Kemerdekaan negara. Siapa yang benar-benar mahukan Kemerdekaan Mutlak tanpa kompromi dengan mana-mana "permintaan" daripada penjajah British, dan melihat kepada sejarah siapa sebenarnya "penjilat" kepada penjajah dan bersikap "pemurah" kepada pihak penjajah sekaligus sebenarnya adalah tali barut penjajah.

Alhamdulillah, semalam telah jelas bahawa desakan daripada Rakyat mampu menuntut kepada pembebasan keenam-enam orang ahli PSM yang ditahan dibawah Ordinan Darurat. Tapi pembebasan itu bukanlah menjadi perkara pokok kerana diyakini bahawa Ordinan dan AKTA ini akan sentiasa menjadi senjata dan lambang keBACULan pihak kerajaan pada masa mendatang.

Harus jelas bahawa rakyat telah muak dengan senjata dan lambang kebaculan pihak kerajaan ini sekaligus mendesak dan menuntut bahawa Ordinan serta AKTA seumpamanya dimansuhkan dan dinafikan. Perjuangan EO6 tidaklah berhenti setakat ini, malah kami akan terus-terusan mendesak supaya AKTA dan Ordinan ini dipulangkan kembali kepada British!!!

Bahan bacaan Alternatif

"Asal Perubahan adalah Membaca dengan Pemahaman"

MUhaammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
UNiversiti Selangor (UNISEL)

Comments (0)