-PenTeman-

Assalamualaikum...



Alangkah sedihnya apabila manusia di kurniakan aqal tetapi langsung tidak berfungsi disamping, dalam masa yang sama masih punya baki-baki manusia yang menjadi agen kepada golongan konservatif yang tidak percaya kepada Aqal lantas mengKAFIRkan golongan-golongan yang cuba belajar memaknakan fungsi AQAL.

Harus dijelaskan disini bahawa proses mematangkan Aqal pasti bermula dengan kosong (0), masakan ianya bermula dengan sendirinya.. pasti tidak, nama nya sahaja manusia penuh kelemahan dan kekurangan. kalau nak ditunggu, sampai bila? sampai nyawa sudah bercerai dengan badan kah?

Kebanyakan manusia, termasuk dengan diriku yang lemah ini sentiasa sahaja mengambil jalan mudah dengan menafikan Hak AQAL dari berfungsi. Membaca buku tanpa pemahaman dan inisiatif untuk mengkaji. kesannya sia-sia. Matlamat membaca adalah untuk menambah pengetahuan sidamping mencari ketepatan fakta, dalam perkataan mudah Asal Perubahan adalah Membaca dengan pemahaman..

Adalah menghampakan pabila konsep membaca itu disalah erti oleh ramai orang makanya kesan nya tidaklah mampu kearah perubahan. Tambahan pula ada tanagan2 penyambung legasi Konservatif yang terang-terangan menolak Perubahan dan Kebenaran.

Hari ini saya ishtiharkan bahawa;

Hari Sambutan Bermulanya Rakyat Membaca
Tema : "Kami Rakyat Membaca"

Sudah tiba masanya membaca menjadi amalan routine rakyat Malaysia.

"Kami Rakyat Membaca"

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI),
Universiti Selangor (UNISEL)

Comments (0)