-PenTeman-


Assalammualaikum...


Ada aku terbaca akhbar sinar harian berkenaan kesinambungan tuntutan BERSIH 2.0 tempoh hari. Jelas bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 bukan sahaja mampu memberi tamparan dan penerajangan yang hebar kepada pimpinan kerajaan BN/UMNO malah membuatkan mereka terngadah dengan kelapan-lapan tuntutan rakyat melalui perhimpunan BERSIH 2.0 tempoh hari. Siapa kata perhimpunan tidak memberi apa-apa kesan? Aku sangkal hujah retorik sang monyet yang bercakap beradun emosi. Jelas perhimpunan BERSIH 2.0 mampu membuatkan kerajaan tunduk kepada rakyat dan adakah ini trend mendatang?? Rakyat perlu turun ke jalanan untuk menuntut sesuatu?? Tepuk dada tanya la diri.


8 Tuntutan BERSIH 2.0

Berkenaan perlantikan Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang terdiri daripada 5 orang MP daripada kerajaan (Barisan Nasional), 3 orang MP Oposisi/Pembangkang (Pakatan Rakyat) dan seOrang daripada MP bebas (Kebanyakannay Pro-BN). Dalam perlantikan jawatankuasa pun jelas menunjukkan bahawa tiada keseimbangan malah "Bias" kepada pihak kerajaan. Untuk apa dibentuk satu jawatankuasa yang berpihak? jelas-jelas untuk mempertahankan kedudukan sepertimana Firaun dan pemerintahannya.

Aku ada juga terbaca kenyataan beberapa pihak MP Oposisi,. kebanyakan mereka tidak setuju dengan perlantikan jawatankuasa yang langsung menunjukkan sikap berpihak kepada kerajaan BN/UMNO. Tidak kurang juga yang menuntut supaya keputusan itu diteliti dan dibincangkan bersama bagi mencapai satu keputusan bersama. Secara peribadi aku setuju dengan MP Oposisi yang menuntut supaya keseimbangan dalam perlantikan jawatankuasa tersebut.

Selain itu juga aku ada juga terbaca beberapa kenyataan pihak Kerajaan BN/UMNO melalui lidah sayap pemuda BN/UMNO. Beliau menuntut pula supaya pihak Oposisi tidak menuntut sebarang syarat berikutan pembentukan jawatankuasa tersebut. Jelas sikap KJ ini menunjukkan yang sebenarnya beliau ni gangster dan bukanlah pemimpin yang rasioanal tetapi terlebih emosi.

Aku tengok pihak kerajaan tika ini suka sangat mengalihkan pandangan rakyat dengan berlakon baik tapi sebenarnya mereka masih punya niat tok berlaku tidak adil dan Kotor seperti kotornya pimpinan BN/UMNO. Daripada Biometrik trus kepada Jawatankuasa terpilih parlimen pon dorang nak kekalkan kuasa payah la macam ni. Rakyat sekarang dah pon bijak.,, suap kami dgn duit pon, kami tetap tuntut PEMBAHARUAN!!!!

-Mahasiswa Mendepani ISU-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (Sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (0)