-PenTeman-

Assalammualaikum...

Perjuangan Masih belom Selesai =)

Alhamdulillah,. Semakin hari kerisauan aku semakin pudar kerana sudah ramai yang memahami perjuangan AKSI Mahasiswa peduli (AKSI),. Yang dulu menganggap aku sebagai "musuh" tapi sekarang menjadi antara yang rapat dengan aku dan perjuangan. Itulah kekuasaan ALLAH, Kebenaran pasti akan menang kepada mereka-mereka yang berSABAR. Sepanjang aku berjuang, daripada secara sendirian dan kini berkumpulan aku rasa puas walaupun sebenarnya tidaklah banyak sumbangan yang aku curahkan kepada Mahasiswa/i tetapi masa muda aku sebagai Mahasiswa telah pun aku gunakan untuk berbakti kepada Mahasiswa/i, Anak muda dan Rakyat..

Allah itu maha adil, semakin cerita "fitnah" aku disebar semakin itu ramai yang ingin mengenali aku secara dekat. terima kasih aku panjangkan kepada Ekhsan, Syukri, Shamil, Hafis dan rakan-rakan lain samada yang aku sebut atau pun tidak. Bagi aku bukanlah penting ramai pengaruh tetapi yang lebih penting adalah Sahabat yang setia dalam perjuangan. Cubit peha kanan kiri turut terasa,.. Tidak aku lupakan juga, Serikandi-serikandi baru AKSI yang alhamdulillah memahami dan cuba memahami apa sebenarnya perjuangan AKSI secara keseluruhannya.

Tidak aku lupakan juga, sahabat yang tidak pernah lari walau seinci daripada bersama aku, KuJo yang benar-benar sahabat,. menegur aku kalau silap, lemah dan gelojoh. Dalam perjuangan aku ini dialah tulang belakang serta penyuntik semangat untuk meneruskan perjuangan. Aku semakin hampir melewati tempoh Mahasiswa, tapi aku tak pernah rasa kecewa dengan segala macam perkala yang aku lalui malah bersyukur kerana masih disini sebagai rakyat Malaysia..

Perintah atau "Fatwa" pengharaman untuk berkawan atau bersahabat dengan aku oleh salah seorang pegawai HEP jelas menjelekkan Mahasiswa secara seluruhnya,. Semakin benih benci disemai, semakin ramai yang mendekati aku yang bertubuh kecil ini. Ingatlah wahai makhluk, kau dah pun berjaya menyemai benih yang tidak bercambah,. terima kasih kerana membuatkan aku semakin kuat.

Seorang MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff) pergi meninggalkan unisel masih punya ramai yang menyambung legasi serta perjuangan yang telah aku dan sahabat-sahabat mulakan. Tahniah aku ucapkan kepada recruit baru AKSI..

"Mahasiswa Mendepani ISU"

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (Sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (0)