-PenTeman-

Assalammualaikum,..



Seperti tahun-tahun sebelumnya, bulan Ogos merupakan bulan dimana rakyat Malaysia memaknakan erti kemerdekaan dgn mengibar jalur gemilang sebagai simbol sayang mereka kepada negara malaysia yang dicintai ini.

Ada orang kata, buat apalah mengibarkan jalur gemilang kalau ertinya sahaja tidak dihadam. Tapi bagi aku biarlah sekadar dikibar (pada permulaan) nanti akan dimengerti erti kemerdekaan. Kalau dah setiap hari diperlihatkan dengan jalur gemilang, hati siapa yang keras tetap kan lembut dan semakin mengerti. Berbanding dengan langsung tiada ikhtiar untuk mengibarkan. Jelas-jelas tiada ruang dan peluang untuk mereka melihat apatahlagi untuk dimengerti maknanya.

Aku berpraktikal disalah sebuah anak syarikat negeri selangor. Aku tengok banyak juga bendera-bendera di perhiaskan. Ada juga semangat cintakan negara aku bergetar di lubuk hati insan bertubuh kecil ini. Terus di benak fikiran aku mengenangkan sejarah rakyat menuntut kemerdekaan. Samada yang berhaluan kanan atau kiri kedua-duanya menuntut kemerdekaan. Tapi bagi aku yang kiri lah yang bersungguh-sungguh memperjuangkan makna merdeka berbanding kanan. Apa pun itu pendapat aku. Siapa nak argue boleh kita jumpe dan diskusikan isu ini.

Dalam sibuk meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswa aku tidak pernah lekang dari ulang alik ke kampus universiti kesayangan ku Kampus unisel Bestari Jaya. Sehingga saat ini masih hambar kelihatannya. Tiada langsung bendera yang digantung apatahlagi menganjurkan program bersempena hari Kemerdekaan. Bagaimanalah kiranya Mahasiswa bisa cakna dengan pemaknaan kemerdekaan kalau pentadbiran pun masih endah tidak endah dengan hal yang saya anggap besar dan bermakna.

Bukan itu sahaja, daripada aku mula-mula memulakan pengajian dulu pun sehingga sekarang ini, tiada langsung usaha-usaha yang memperlihatkan pihak pentadbiran mencuba untuk menanam semangat cinta dan sayangkan negara kepada Mahasiswa/i nya. Sebagai sebuah institusi yang punya kedudukan didalam negara sepatutnya pihak pentadbirannya cakna dengan hal kemerdekaan negara.

Diharapkan hal berkaitan sambutan tahunan penting haruslah diambil berat pada tahun-tahun mendatang. Tidaklah hambar serta memperlihatkan kecetekan ilmu menilai pihak pentadbiran berkenaan dengan sesuatu isu. Aku mahasiswa yang sayangkan unisel sekaligus sememangnya sayangkan negara kerana itu aku tidak mahu kampus dan negara aku dipimpin oleh mereka-mereka yang dilihat kulitnya baik tapi isinya busuk dan hancur..


~Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54~


-Mahasiswa Mendepani ISU-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (Sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (4)

On August 18, 2011 at 1:42 PM , Anonymous said...

31 ogos tuh tarikh umno mengkhianati perjuangan rakyat dengan mengiyakan atau mengabsahkan kata kata dari British. Ia adalah hari malapetaka bagi kita semua.

UMNO bukan perjuangkan kemerdekaan, tapi perjuangkan hidup melayu.

31 ogos - pemimpin rakyat yang sama sama memperjuangkan kemerdekaan negara dinafikan. Dimasukkan di dalam ISA etc.

 
On August 18, 2011 at 2:39 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

tapi bagi aku kedua-dua side menuntut kemerdekaan cuma bedanya macam yang ko cakap kan,.

Aku mmg menolak kepada UMNO dan BN,.. aku jelas ngan semua tu,.. nwy thankx beb =)

 
On August 18, 2011 at 6:07 PM , Anonymous said...

Hahaha..Tggu Semggu Nak Merdeka & Raye Nnt..Baru Pasang..Mcm Xbiasa..Betul??


:: ChIkAnOs ::

 
On August 18, 2011 at 8:00 PM , Anonymous said...

but, it is better for us as a citizens of malaysia "berpijak d bumi yg nyata" without posting statement like this:) sory, but ths is my sincere opinion..