-PenTeman-

Mana silapnya??

Assalammualaikum...

Pada 7 Ogos 2011 (Ahad) pada jam 2.00pm bertempat di KLSCAH aku dijemput oleh Gerakan Mahasaswa Selamatkan Rakyat (GMSR) yang merupakan gerakan yang dipimpin oleh Sdr. Ramzul pada masa yang sama gerakan ini merupakan gerakan yang bernaung dibawah payung Solidariti mahasiswa Malaysia (SMM).Butiran program seperti berikut;


Promosi (Iklan)

Aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi moderator dan alhamdulillah, tanggungjawab aku jalankan dengan penuh amanah dan tanggungjawab,.. Bukan cerita tentang pengalaman menjadi moderator yang aku nak ketengahkan tetapi isu yang lebih besar dan penting harus aku kemukakan.

Lynas Sdn. Bhd. VS BERSIH 2.0

Kalau diikutkan antara kepentingan isu, kedua-duanyanya merupakan isu nasional tetapi persoalan yang bersarang dalam benak fikiran aku adalah kenapa liputan BERSIH 2.0 mengalahkan isu Lynas Sdn. Bhd. ?? ini jelas tika mana, bila kami canangkan perkabaran tantang Lynas ini kepada warga kampus ada maklum balas daripada mereka yang mengatakan mereka langsung tidak pernah dengar apa itu Lynas.

Ada yang ditanya apa itu Lynas, mereka kata itu kuih ke?? , ada juga yang menjawab pekebendanye tuh?? juga tidak kurang yang menjawab pe ke binatangnya benda alah tuh??. Boleh di konklusikan bahawa semua warga kampus masih tidak maklum dgn isu Lynas ini, Sebaliknya bila ditanya isu BERSIH 2.0, semua orang tahu, bila nampak warna kuning je, trus mereka claim itu adalah unsur2 BERSIH 2.0,. cakap perkataan bersih ada yang sensitif sbb dalam kepala otak dorang BERSIH 2.0 adalah politik tapi bagi aku sekurang2nya mereka tahu tentang isu tu bukan macam katak bawah tempurung adalah suatu yang janggal kalau mereka tidak tahu tentang BERSIH tetapi bukan dosa untuk mereka tidak ketahuio tentang Lynas.,.

jelas diperingkat kampus pon isu Lynas bukan lah isu yang mendapat liputan meluas, ini kan pula diperingkat nasional malah tidak langsung diambil peduli oleh kebanyakan MP Pakatan Rakyat tidak kurang juga ramai yang menyokongnya kerana punya kepentingan didalamnya.

Persoalannya kenapa isu Lynas Sdn. Bhd. masih tidak keluar dari gebeng??

Antara soalan yang aku ajukan kepada ketiga-tiga panel pastinya soalan yang berkaitan ini (Lynas tidak diNasionalkan),. dan aku setuju bahawa ada diantara mereka mengatakan bahawa isu ini tidaklah sesensasi isu BERSIH kerana media arus perdana selalu saja menceritakan perkara lunak dan menaburkan pelbagai janji manis dan harapan kosong supaya rakyat tidaklah takut dengan kilang sisa radioaktif ini. Meraka juga ada mengatakan bahawa rakyat harus main peranan untuk menerangkan kepada semua rakyat dan masyarakat yang lain tentang isu yang serius ini.

Cuma yang mungkin aku terkilan adalah soalan aku tentang MP Pakatan Rakyat yang dilihat defensif dalam isu ini tidak dijawab oleh ketiga-tiga mereka (panel),.. walau bagaimanapun aku berasa puas hati dengan penganjuran program SMM melalui GMSR yang sekurang-kurangnya program ini mampu menerangkan kepada yang hadir tentang betapa seriusnya isu Lynas jika diterus biar bertapak di Bumi Malaysia yang aku cintai ini.

Kenapa lah MP Pakatan Rakyat (PR) kurang minat ngan isu ni =(


Sumber Lynas Sdn. Bhd. : Mereka yang punya pengalaman <--- klik
Apa yang ditentang oleh rakyat tentang Lynas Sdn. Bhd? <--- klik

-Mahasiswa Mendepani ISU-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (Sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (0)