-PenTeman-

Assalammualaikum...



Selepas pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) mengenengahkan isu kepincangan pentadbiran UNISEL kepada media (arus perdana) pelbagai reaksi yang dapat kami terima samada yang meyokong (Lebih ramai) dan tidak kurang juga ada yang mengklasifikasikan PC itu sbg kegagalan (Tidak menyokong) pihak AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) dalam melibatkan media arus pedana.

Pada peringkat kami jelas bahawa, penglibatan media samada arus perdana atau alternatif adalah dialu-alukan, kerana jemputan telah pun kami panjangkan kepada semua pihak media agar dapat "capture" isu yang kami anggap sebagai membarah ini. Terpulang kepada mana-mana individu untuk meletakkan kami dimana.


Kami jelas bahawa, tindakan 5 ogos 2011 (Jumaat) lalu bukanlah suatu kesilapan malah kami menganggap ia sebagai suatu kejayaan!!. Semalam (8 ogos 2011) Cik Faekah selaku S/u Politik MB selangor pada lampiran Sinar Harian berjanji akan meneliti memorandum yang dihantar pihak AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) kepada pihak MB Selangor dalam masa terdekat.

Kami optimis dengan segala perhatian pihak Kerajaan Negeri, lantaran itu kami tidak akan teragak-agak untuk memanjangkan isu ini kepada peringkat Sultan Selangor bagi campur tangan baginda dalam isu yang dilihat bisa merosakkan institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri Selangor.

"Mahasiswa Mendepani ISU"

-Memaknakan Pejuangan bukan Partisan-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (Sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (2)

On August 9, 2011 at 2:37 PM , Anonymous said...

terbaik!! ..ini mmg perkara yg sgt betul..cuma pd jumaat lalu yg demo tu,pemilihan media seharusnye betul..mungkin suadara fikir tv3 memadai..tp kita tau yg itu media BN..mungkin satu ari nnti,ia akan diajadikan bahan untuk menghancurkan diri kita..sape tahu..tp harap2 tak la..wallahualam..sy cuma tdk puas hati tentang tv3 tu je...-unisel terkini-(kempen sayangi unisel)

 
On September 6, 2011 at 4:10 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

ahaha..ianya bukan satu kesilapan kerana ia adalah kebebasan media =)