-PenTeman-

MEMORANDUM

BANTAHAN BERKENAAN
KEPINCANGAN PENTADBIRAN


UNIVERSITI SELANGOR


KEPADA:

Y.A.B TAN SRI DATO’ SERI ABD KHALID BIN IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

DARIPADA:

AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)

Pendahuluan

Mahasiswa adalah aset terpenting sesebuah institusi pendidikan samada swasta atau pun awam. Pembangunan Mahasiswa sesebuah kepemilikan adalah lambang intelek kepada entiti kepemilikan tersebut. Ini kerana Mahasiswa yang diiktiraf selaku “third force” sentiasa terkehadapan dalam segala isu, samada isu lokal atau isu global. Apa yang jelas pergerakan Mahasiswa adalah berbentuk independent dan tidak berpihak. Selain itu juga, entiti Mahasiswa ini jelas penting kepada jatuh bangun sesebuah institusi, ini dibuktikan melalui persoalan kepada sumber utama kewangan bagi sesebuah institusi pendidikan terutama kepada institusi milik swasta. Adalah menjadi perhatian mahasiswa apabila hal-hal yang berbangkit menyentuh soal kampus dan pentadbirannya.

Kepincangan pentadbiran

Diperingkat Mahasiswa kami melihat bahawa kepincangan yang berlaku sebenarnya terdapat unsur-unsur perebutan kuasa antara pegawai pentadbiran. Jika dilihat kronologi kepincangan ini, jelas sebenarnya perkara ini sudah pun timbul sejak tahun 2009 lagi iaitu semasa perlantikan baru Dato’ Dr. Rosti Saruwono sebagai Naib Canselor University Selangor.

Selain itu juga, melalui perbahasan antara kami pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) masalah ini dilihat sebagai kelemahan pentadbiran kerajaan negeri melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan. Pihak kerajaan negeri melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dilihat tidak berperanan dalam menyelesaikan masalah yang timbul malah dilihat tidak serius dalam menangani isu yang membarah ini.

Selain itu juga kami selaku gerakan mahasiswa yang independen melihat isu ini bukan lah sekadarnya malah melihat ianya sebagai satu masalah yang serius dan akan menjejaskan reputasi serta lain-lain nya. Antara masalah yang timbul sejak wujudnya kepincangan ini adalah seperti berikut:

1. Menjejaskan kemasukan pelajar baru

2. Pengurusan yang lemah dan tidak licin

3. Selama 5 tahun, wifi dibawah pentadbiran TNC (P&P) masih bermasalah

4. Menjejaskan urus tadbir universiti.

5. Hal ehwal pelajar yang tidak dijamin

6. Hal ehwal akademik yang berantakan

7. Pembangunan unisel yang tergendala

8. Masalah MQA yang lewat dikemas kini menjadikan sesuatu kursus bermasalah.

Perletakan jawatan Naib canselor

Berita pada Selasa, 2 Ogos 2011 tentang perletakan jawatan Dato’ Dr. Rosti Saruwono menjadi bahan berita samada berita arus perdana atau berita alternatif. Dengan perletakan jawatan ini jelas menunjukkan sememangnya wujud kepincangan dikalangan pentadbiran tertinggi.

Mahasiswa menuntut beberapa perkara antaranya:

1. Mereformasikan pentadbiran UNISEL serta merta dengan tidak menyambung kontrak kesemua ahli jawatankuasa senat sekaligus meletakkan tanggungjawab kepincangan ini diatas bahu kerajaan negeri Selangor melalui Dr. Halimah Ali.

2. Sepanjang tempoh menunggu tamat kontrak, keempat-empat mereka tidak dibenarkan memangku jawatan NC UNISEL berikutan dengan kepincangan yang mereka sendiri lakukan.

3. Sepanjang tempoh itu juga , keempat-empat mereka dipastikan untuk membersihkan nama unisel yang disebabkan oleh tindakan mereka.

4. Perlantikan ahli jawatankuasa senat baru haruslah diputuskan oleh satu jawatankuasa khas yang tidak terus melalui exco yang berkaitan kerana dikhuatiri wujudnya kronisme selain orang yang dilantik haruslah benar-benar layak untuk posisi yang ditawarkan.

5. Untuk mengelakkan perkara ini dari terus berlaku, diharapkan pihak kerajaan negeri dapat menyediakan satu jaminan untuk memastikan kelima-lima orang yang bakal dilantik dapat menjalankan tugas bersama dan perkara yang sama tidak akan berlaku.

Penutup

Mahasiswa dengan tuntutan adalah serius. Kami menyokong dan mendukung segala hasrat kerajaan negeri tetapi kami pasti bersikap kritik jika terdapat kepincangan dan kebobrokan dalam pentadbiran samada kerajaan negeri atau institusi pendidikan milik kerajaan negeri.
Adalah jelas kenapa kami perlu bersama dalam isu kepincangan ini, kerana ia menyentuh sensitiviti kami selaku mahasiswa, disamping mengancam kelancaran perjalanan UNISEL sebagai sebuah institusi pengajian tinggi.

"Mahasiswa Mendepani Isu"

AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)

Comments (8)

On August 6, 2011 at 9:42 PM , EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

hmm...perlu ka semua ni...x ka mmberi kesan negativ pd unisel?...adakah ni semua kerana masalah hati?? hmmm.....

 
On August 6, 2011 at 10:35 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

perlu untuk membenamkan KEBATILAN, bangkitkan KEBENARAN..

saya tidak langsung bersikap Defensif kepada mana2 parti politik samada Pas, PKR, DAP, UMNO, atau pun BN.. saya Mahasiswa, bergerak atas dasar semangat Mahasiswa..

demi kebaikan dan masa depan UNISEL saya sanggup gadaikan apa sahaja saya ada.

pentadbir unisel bukan untuk org yang mengamalkan politik kotor dan cantas mencantas.

adakah awak ttg niat saya??
niat saya hanya saya dan ALLAh je tahu.. awak xde hak untuk tuduh bahawa sy buat kerana atas dasar masalah hati.

xkan kerana kami pimpinan AKSI yg dipimpin sy menemplak TNC (PAS) awak nak marah cz dorang baik ngan i-rakan n *****??

xyh nk defensif kepada kemungkaran.. 10% yg di songlap pon harus ditentang bukan didiamkan..mator

 
On August 7, 2011 at 12:13 AM , SHASTRIKA@LEO BABY said...

SAUDARA, SAYA CUMA NAK TAMBAH SEDIKIT KEBANYAKAN PELAJAR TESL UNISEL TIDAK DAPAT BERKERJA DISEKTOR KERAJAAN...DAN ADA JUGA BERKERJA LUAR BIDANG PIHAK PENTADBIRAN PERLU MENGKAJI DAN MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA..ATAU PUN MANSUH KAN JER KOS TU!!! BUAT APA SUSAHKAN STUDENT!!

 
On August 7, 2011 at 12:14 AM , Hati Ku Meluahkan.... said...

sy rasa sy x da berkata apa pun kan...cuma pertanyaan di mana adakah terjadinya sesuatu perkara yg mnyebbkan kamu tetap memilih jalan ini....dan sy rasa sy x bercakap soal i rakan ,tnc or sebagainya dgn apa yg kamu telah sebutkan.....

bukankah kamu sndri pernah brkata yg kamu menerima apa sahaja yg dikatakan pd kamu dn sedia mnerima kritikan n sy pun pernah kata bhwa baik tnya direct terus empunya badankan...

so rasanya sy x timbulkn mgenai apa yg kamu sebutkan memanjang dgn ap yg kmu terangkan.....

mmg betullah kata kamu allah swt ja tau apa yg ada di hati setiap manusia...dan sy juga pasti x timbulkan mgenai apa2 yg kamu katakan kt bawah ini kan...

( xkan kerana kami pimpinan AKSI yg dipimpin sy menemplak TNC (PAS) awak nak marah cz dorang baik ngan i-rakan n *****?? )

dan sy x kata pun sy myokong or tidak dgn apa yg terjadi pada unisel sekarang....tp dr sudut peribadi...x salahkan kita berfikir pnjang sebelum mmbuat sesuatu perkara...sebabnya...apa efek pd sekeliling,efek pd student n lain2...dan sy tau tujuan kamu hnya nk mngusir mereka2 yg membuat konspirasi ini...cuma adakah ini jalan yg betul?? mmg betul mereka2 ini sebegitu tapi...adakah ini caranya??

maaf sbb sy mmg kecetekan n kekurangn tntg isu2 sbgini...cuma..kamu nak jaga kebajikan mahasiswa unisel...tp kamu x sedarkah betapa ramai student kt luar sana x puas hati dgn cara sperti ini...so adakah ini yg dikatakn mnjaga mahasiswa yg selalu kamu perkatakan????

maaf sgt2 sbb mngatakan bgini..tapi shahimi...dkt sni x sy x bgkitkan pun isu irakn,ke tnc ka or what ever yg kamu ckpkan...sy cuma brtnya ja...sbb kita ni x lari dari mmbuat kputusan yg terburu2 atas dasar hati ingin brtindk bgtu...dan ingat kmbali kata2 kamu ya.... kmu sedia bila semua ni jatuh di bahu kamu...means org brtnya dirct mahupun x...sprti apa yg sy buat....

dan sy x sngka boleh berdebat kt kamu di sini....kalu kat luar mgkin sy akn terus diam dan diam....krna kecetekan n kekurgn ilmu2 tntg isu2 sperti ni....

maaf kalu sy ada mmbuat kamu tersa hati...maaf sgt2...:)

 
On August 7, 2011 at 12:16 AM , EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

shahimi..maaf....'hatiku meluahkan tu" sy terguna account blog org...nnti apa2 blasan terus pada sy ya....maaf...tu blog org ya...sy silap terguna....adoi apa dah jd ngn ak ni huhuhuhuhuhuh.....tu mmg sy yg tulis...cuma tersalah account blog.....

 
On August 7, 2011 at 12:39 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

tuduhan yg awk kaitkan ngan tindakan saya itu mmg btol2 buat sy terkilan. awak kene ingat mmg kami bukan satu gerakan islam macam gamis atau pun i-rakan, tapi jgn ingat keputusan ini keputusan say sendiri. ini keputusan bersama kami AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI).

Kalau ikutkan Nasir pon setuju dgn ini,. dia presiden i-rakan pon setuju cume syura dia yg x setuju.

kami mmg dh pikir pajang,. ini lah keputusan bersama,. kalau keputusan syura pimpinan nash pon sy tidak pertikaikan kenapa harus kamu pertikaikan keputusan kami??

kami punya keputusan bersama.. segala baik-buruk kami tanggung..

saya tak marah kalau awak kritik tindakan saya tapi sy tak suka org tuduh pada tindakan saya..

beda antara kritik dan tudah.. apa yg awak katakan itu adalah tuduh. tak berasas.. saya tahu pertubuhan yang awak wakili side kepada partisan..

saya tak kisah ngan tindakan saya jika ada yang tak suka, tapi kene ingat masih ada yang menyokong.. mustahillah kalau semua nak sokong.. manusia nie macam2 pendapat.. hak masing2..

kalau sy mampu kumpul t.tangan 2000 yang menyokong apa kata awak??

saya tetap yang sebelumya tak kisah dikritik tapi biarlah berasas dan bukan menuduh membabi buta =S

 
On August 7, 2011 at 1:00 AM , EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

yup sy admit...dgn apa yg kamu ckp...mgkin apa yg sy kata kat ats sekali adalah tuduhan bg kamu...dan itu adalah kesilapan sy sbb direct jak mcm tu...tnpa ada bunga2 kata yg indah...

tp mgkin itula epal kan...dr dulu mgkritik kmu x pernah ada bunga2...dan kpla sy sekarang tertnya2...adakah ini shahimi yg dulu atau sudah berubah...sbb...sy rasa sy bukan dgn membuahkn fikirn brsma shahimi...

mmbabi buta itu mgkin silap sy...cuma sy jujur pd dri sy dgn apa yg sy cuba tanyakan...tidak ada langsung bersifat tuduhan...Allah pun mgtahui apa yg ada di hati2 kita kan.... maaf sbb statment sbgtu mmbuatkan kamu terkilan...

 
On August 7, 2011 at 6:31 AM , Anonymous said...

Bgs pe yg korg mntk nie..ak sendri pn mula2 xb'rpa setuju dgn tndakan tp bile dh baca memorandum tu ak setuju dgn tndakan berani korg.. syabas la... tp setiap tindakan mesti b'landaskn pemikiran yg waras.. jgn sampai memberi risiko -ve pd student unisel semua.. pe pn Syabas dgn satu tindakan yg berani...