-PenTeman-

Assalammualaikum...


Page aku =)

Alhamdulillah, hari ini selasa | 2 ogos 2011 bertempat di Jabatan Perancang, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) page alternatif facebook aku secara rasminya dilancarkan. Bukan bertujuan untuk menunjuk bahawa aku punya pengaruh sendiri tetapi memberi ruang kepada sesiapa yang ingin mengenal "jenis" pemikiran yang bagaimana sebenarnya insan yang bertubuh kecil dan terlihat lemah ini.

Besar tapak tangan, nyiru aku tadahkan. sebarang persoalan tentang masalah insyaallah aku cuba beri pandangan yang terbaik daripada pandangan sisi aku atas kapasiti Mahasiswa, Anak Muda dan Rakyat. Tujuan utama page ini aku bentuk adalah untuk mendekati bukan sahaja Mahasiswa malah sekalian kelompok Anak Muda tidak hanya terbatas daripada golongan anak muda yang punya pemikiran tentang sesuatau malah merentasi fahaman dan ideologi.



Page MuShAriff - Politician, blogger -


Memandangkan pengaruh FB adalah meluas maka, medium ini dipandang serius diperingkat aku selaku pemerhati. Mari kita bincangkan segala isu merentasi fahaman Politik, dan ideologi. harus difahami bahawa selaku gerakan Mahasiswa kita harus bergerak atas semangat perjuangan Mahasiswa dan bukan dibayangi oleh parti politik.

Ayuh Mahasiswa, Anak Muda dan Rakyat kita tunjuk kepada dunia bahawasanya kita sudah matang dan bisa memacu PERUBAHAN!!!

Akhir kalam;

"Rakyat Membaca adalah Rakyat yang mahukan PERUBAHAN"

Klik Disini > MuShAriff

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI),
Universiti Selangor (UNISEL)

Comments (2)

On August 2, 2011 at 4:12 PM , EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

untungla org tu ya......hihiih

sorry sbb epal lama myepi dari dunia blog tuk mengkritik kamu hahahahahaaha....

selamat berpuasa.....

 
On August 2, 2011 at 4:25 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

selamat berpuasa..
apa yang untong??