-PenTeman-

Assalammualaikum..



Respon FB aku

Semalam lagi, aku dah pon dikejut kan dengan berita yang mengejutkan dan seperti yang aku sangkakan, kerana apa yang dilakukan oleh NC sama persis apa yang aku lakukan sebelumnya. Bukan sesuatu berita yang memeranjatkan yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai NC UNISEL, ini kerana sebagai seorang yang bermaruah dan berprinsip pantas sahaja akan melakukan perkara sedemikian.

Apabila Dato' Dr. Rosti Saruwono meletakkan jawatan persoalan "mengapa" trus menerpa ke kepala otak aku. Aku sekarang sudah punya bukti bahawa beliau meletakkan jawatan kerana "tekanan" yang diberikan oleh 4 orang ahli jawatankuasa senat UNISEL yang lain. Kegilaan kuasa oleh "orang tu" jelas dinyatakan dalam dokumen yang aku pegang sekarang.

Insyaallah diperingkat Mahasiswa, kami akan bergerak atas dasar semangat dalam menemplak sebarang bentuk Politik Kotor dan Jijik mana-mana pihak. Tiada sebarang kepentingan politik yang kami sandang, lain lah TNC (HEP) dan rakan-rakan yang lain =)

Memang dasar Perjuangan di Negeri pakatan Rakyat yang menentang dikatakan tidak sebulu, walau sebenarnya demi memperbetulkan kesilapan dan mengkritik. Tapi aku langsung tak kisah dengan label sesiapa lepas ni.

Aku bergerak atas dasar semangat Mahasiswa seiring dengan slogan "Memaknakan Perjuangan bukan partisan". Diperingkat student movement melalui AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) kami akan mula respon isu ini dalam masa terdekat. Kami tidak akan diam dari bicara isu ini.. Isu ini harus lah dipandang dari pelbagai sudut bukan hanya satu sudut.

Kami akan kemukakan 5 tuntutan yang telah pun dipersetujui pihak kami. Tuntutan serius ini harus diambil perhatian pihak-pihak disana kerana ini isu penting yang harus ditangani.. Jika tidak Mahasiswa akan berAKSI!!!

"Mahasiswa Mendepani Isu"

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)