-PenTeman-



Assalammualaikum...

Twitter Tan Sri Khalid

Apabila aku dikenakan 5 pertuduhan tatatertib unisel yang dibaca sekali ngan AUKU 1971, teringat terus aku pada pengumuman Y.B Dr. Halimah Ali dan Y.A.B Tan Sri Khalid Ibrahim pada 17 Mei 2011 Himpunan Mahasiswa Selangor di Dewan Jubli Perak SUK Shah Alam, mengenai "Selangor Zon Bebas AUKU 1971". Adakah ucapan mereka sekadar retorik atau benar-benar memaksudkan ungkapan tersebut? persoalan terus menerjah ke kotak fikiran aku yang dibebani oleh pelbagai persoalan. Aku terus berfikir...

Himpunan Mahasiswa Selangor

Terbit pula satu persoalan lain dibenak fikiran aku bahawa kalau benar unisel benar-benar serius dengan segala macam dasar kerajaan Negeri Selangor, aku kira tidak sepatutnya pentadbirannya menggunakan najis-najis AUKU 1971 ini sebagai perisai mereka ketika bertempur.. Tapi kenapa harus mereka masih menggunakan AUKU 1971 dalam membentuk undang-undang tatatertib unisel? adakah tiada bedanya antara PR dan BN? kedua-duanya saling cuba mempertahankan kuasa dengan cara menekan Rakyat dan Mahasiswa. Semua persoalan ini terus-terusan menerjah ke ruang fikiran aku..

Pada mulanya aku mengharapkan bahawa unisel dijadikan Hub serta Model IPT yang memaknakan dasar PR yang termaktub didalam buku jingga, tetapi jelas harapan aku hampa, dek kerana juak-juak UMNO/BN yang masih berbaki yang mentadbir unisel sekarang ini (Top management yang masih berbaki) terus-terusan menjadi SB dengan menunjukkan bahawa mereka gayak berideologi Oposisi. Jelas dimuka terlihat Oposisi tapi hati dan dalaman ternyata kuat semangat UMNO/BN (Semangat Melayu).

Seperti tuntutan kami AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) yang mahukan;

> Mereformasikan pentadbiran unisel serta merta dengan tidak menyambung kontrak kesemua ahli jawatankuasa senat sekaligus meletakkan tanggungjawab kepincangan ini diatas bahu kerajaan negeri Selangor melalui Y.B Dr. Halimah Ali.

> Sepanjang tempoh menunggu tamat kontrak, keempat-empat mereka tidak dibenarkan memangku jawatan NC unisel berikutan dengan kepincangan yang mereka sendiri lakukan.

> Sepanjang tempon itu juga, keempat-empat mereka dipastiokan untuk membersihkan nama unisel yang disebabkan oleh tindakan mereka.

> Perlantikan ahli jawatankuasa senat baru haruslah diputuskan oleh satu jawatankuasa khas yang tidak terus melalui exco yang berkaitan kerana dikhuatiri wujudnya kronisme selain orang yang dilantik haruslah benar-benar layak untuk posisi yang ditawarkan.

> Untuk mengelakkan perkara ini terus berlaku, diharapkan pihak kerajaan negeri dapat menyediakan satu jaminan untuk memastikan kelima-lima orang yang bakal dilantik dapat menjalankan tugas bersama dan perkara yang sama tidak akan berlaku.

Tuntutan ini dilihat selari dengan seperti apa yang telah kita lihat bahawa juak-juak UMNO/BN didalam pentadbiran tertinggi ini akan terus-terusan memburukkan reputasi kerajaan negeri Selangor. Kalau perkara sesirius ini dipandang enteng pihak kerajaan negeri Selangor aku rasa Kerajaan PR diselangor dah pun muak dengan mentadbir negeri pada penggal yang mendatang.

Aku dan yang lain mendokong perjuangan PR sebab itu adalah pilihan yang lebih baik berbanding UMNO/BN, tetapi jangan harap untuk aku dan yang lain menyokong PR kalau tiada bedanya antara BN dan PR. Demi mengekalkan kuasa, rakyat sanggup di siksa dan sisih, demi memenuhkan poket, duit rakyat di rompak dan dirampas, demi melebarkan pengaruh, hak rakyat diperkosa!!

-Mahasiswa Mendepani ISU-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa Pedulu (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (0)