-PenTeman-

Assalammualaikum..



Pagi-pagi ni aku bukak je blog milik aku, terus mata aku ditujukan ke ruangan follower dan agak memeranjatkan aku bila bilangan follower dah bertambah kepada angka 100 orang. Sudah hampir 2 tahun aku memiliki ruangan blog sendiri, tujuannya adalah untuk ekspresi pandangan dan mentaliti peribadi kepada umum terutama kepada perkara yang berkaitan isu semasa serta politik tanah air. Sekadar berkongsi pandangan dan mengharapkan perbincangan yang berbentuk ilmiah dapat berlangsung.

Blog yang aku bentuk itu bukanlah satu dalil atau hadith yang tidak bisa disanggah tetapi ianya sekadar pandangan sisi saya sebagai seorang Mahasiswa, Anak Muda dan Rakyat. Sekali pun saudara/i tidak bersetuju dengan nya silakan mengkritik kerana kritikan itu membuatkan saya berfikir dan membetulkan kesilapan.

Aku ucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada semua follower mushariff's blog, Juga aku panjangkan ucapan terima kasih khas kepada follower yang ke-100, butiran beliau seperti berikut;

Nama : Syamir Zainal (SZ)
Nama Blog : syamirzainal


Jadikanlah budaya penulisan sebagai penyaluran pandangan peribadi kita terhadap sesuatu isu, kerana dengan cara itu anda akan meningkatkan cara fikir dan pandang anda sebagai RAKYAT yang cakna kepada keadaan bukan sahaja negara MALAYSIA yang dicintai malah isu dunia juga diambil peduli.

Sekian terima kasih,


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (Sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (0)