-PenTeman-

Assalammualaikum...



Puisi unggun BERSIH > http://bm.bersih.org/?p=2684

Alhamdulillah selepas gelombang kuning diperingkat nasional kini AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) membawa semangat kuning ke gerbang kampus unisel Bestari Jaya. Seperti dalam perbincangan sebelumnya, pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) telah pun bersetuju dan mengishtiharkan bahawa Perayaan Kuning akan berlangsung seperti butiran dibawah;

~ Setiap Rabu | Sekitar unisel | Mengenakan Baju Bewarna Kuning ~


Tidak menetapkan tema perayaan, tetapi ianya jelas bahawa diperingkat Mahasiswa kami Tuntut supaya Pilihanraya Bersih dan Telus. Ini merupakan tuntutan Rakyat dan tidak sepatutnya dijadikan stigma dan dicop adanya unsur-unsur politik. Sudah tiba masanya rakyat bersatu tanpa sentimen parti demi menjamin kesejahteraan Pilihanraya yang Kotor dan tidak Telus!!!

Begitu juga diperingkat kampus, kami Gerakan Mahasiswa AKSI juga menuntut supaya Pilihanraya Kampus turut dibersihkan, tanpa ada unsur-unsur keraguan dan berat sebelah kepada calon-calon pilihanraya disamping ketelusan yang dijamin haknya.


InsyaALLAH dengan semagat BERSIH 2.0, akan kami bawakan satu memorandum kepada pihak Pentadbiran berkenaan TUNTUTAN Mahasiswa terhadap Pilihanraya Kampus yang bersih dan Telus serta cadangan penambahbaikan yang difikirkan telus dan BERSIH.

Petikan Puisi Unggun BERSIH daripada Pak Samad (Datuk A. Samad Said)

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID



"Mahasiswa Mendepani ISU"

-Memaknakan Perjuangan Bukan Partisan-


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (Sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (3)

On August 11, 2011 at 10:51 PM , Anonymous said...

aku tak sokong..

 
On August 16, 2011 at 12:01 PM , Anonymous said...

bodoh bg mereka yg perasan diri mereka bijak. hal sendiri tidak terurus mahu berbicara ttg nyamuk diseberang laut. kau sedang bermimpi.

 
On September 6, 2011 at 4:10 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

ahaha.. kalau nak pikir ttg diri rasullullah pon x keluar g berdakwah =).. keluarkanlah hujah, jgn membebel jew =)