-PenTeman-

Assalammualaikum...



Semalam 19/8/2011 pada jam 10.45am aku dihubungi oleh pegawai HEP berkenaan 5 pertuduhan (Kaitan AUKU 1971) yang dikenakan keatas aku berikutan demonstrasi+Press Conference yang dianjurkan oleh pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI). Aku melihat dakwaan pertuduhan yang dikenakan keatas aku itu sebagai tidak berasas dan menafikan aspirasi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sekaligus menunjukkan yang sebenarnya TNC HEP serta pentadbiran tertinggi unisel cuba untuk sabotaj kerajaan PR secara keseluruhannya.



Lampiran Watikah 1

Adalah jelas termaktub didalam buku jingga menyatakan pendirian PR untuk menolak AUKU 1971 lantas menafikan kewujudannya di universiti naungan kerajaan PR. Tetapi apa yang terjadi di unisel tika ini sememangnya jelas bahawasanya mereka ini bukan sahaja cuba untuk memberikan perspektif buruk kepada kerajaan PR malah cuba memberikan ruang untuk rakyat selangor secara khusus nya hilang kepercayaan kepada kerajaan PR untuk mentadbir negara secara amnya.


Lampiran Watikah 2

Kalau diikutkan perkembangan kes dibeberapa buah universiti milik kerajaan PR tika ini, seperti di KUIN, unisel dan KUIS dgn jelas memperlihatkan bahawa tiada sebarang jaminan lagi yang PR optimis untuk konsisten dengan menifesto ke putrajaya yang dimaknakan didalam buku jingga. Isu KUIN, jelas menunjukkan Kebodohan pimpinan PR Negeri Kedah. Dengan terjadinya perkara tersebut rakyat sudah mula goyah dengan kelonggaran dasar yang diterapkan PR kepada pimpinan negeri. Sebenarnya bukanlah menjadi kesalahan kerajaan negeri secara total tetapi ia juga dilihat dari perspektif unsur2 sabotaj yang dianjurkan oleh juak-juak UMNO/BN yang masih berbaki dalam pentadbiran universiti.

Lampiran Watikah 3

Juak2 UMNO/BN inilah yang merosakkan aspirasi kerajaan PR. Aku melihat dalam kes unisel ini sebagai perkara yang sama bentuknya seperti KUIN. Juak2 UMNO/BN ini masih berbaki untuk merosakkan dan melonggarkan dasar PR sekaligus menjahanam dan membenamkan kerajaan PR pada PRU-13 nanti. Kalau pentadbiran tertinggi sekarang di unisel faham hasrat PR makanya mereka akan menyokong dan mendokong buku jingga, tetapi ini jelas bahawa mereka cuba untuk bersikap jarang kepada pentadbiran PR di Selangor.

Antara alasan mengapa harus kesemua mereka-mereka ini dibersihkan daripada pentadbiran unisel adalah kerana mereka ini tidak mendokong dan menyokong hasrat PR malah cuba untuk membuatkan pengaruh PR berkurang sekaligus membuatkan sokongan rakyat semakin hambar dan tiada terutama pada masa yang hampir dengan PRU-13.

Berpantang maut sebelum ajal, pantang kalah sebelum bertempur,
dan berpantang berundur sebelum berjuang..

Jangan diCabar MAHASISWA...Jiwanya BESAR dan MERAH!!!

Resam Mahasiswa :

"Jika DiSEKAT MeLAWAN, DiTahan MengGANAS..
DiTanya MenJAWAB, DiPukul MemBALAS!!!"

-Mahasiswa Mendepani ISU-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.musahriff@gmail.com
:: Email (Sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (0)