-PenTeman-

Assalammualaikum..


Ala tomei2 syg~

Berita gembira untuk dikongsi bersama. Kakak ipar aku dah pon selamat melahirkan anak nya yang ke-2 selepas kehilangan anak pertama berikutan kompilasi kandungan tahun lepas. Alhamdulillah, hampir perkara yang sama berlaku kepada kandungan kali kedua ini tetapi berjaya di pastikan selamat oleh pegawai perubatan Miri, Sarawak..

Bermula dari hari ahad akak ipar aku dimasukkan ke Hospital, dan alhamdulillah hari ini dia dah pun selamat melahirkan kandungannya. Aku sendiri pun tidak dimaklumkan abg aku samada anak dia lelaki ke pompan. Al Maklumlah, bapa (baru naik pangkat) yang sibuk..

Tahniah aku ucapkan kepada abang aku dan keluarga. Walau bagaimanapun kakak aku yang sorang lagi tu pon tak lama lagi perut bakal kempis. Insyaallah kandungan selamat sepertimana kehendak bakal ibu dan ayah diluar sana.

Punya lah risau aku, sampaikan solat sunat hajat 2 rakaan aku tuk keselamatan dan dipermudahkan proses pembedahan kakak ipar aku tadi.. Alhamdulillah, insyaALLAH dengan kelahiran cahaya mata mereka ia akan membawa penyatuan yang kukuh kami sekeluarga..

-Peribadi-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (unisel)

Comments (1)

On November 9, 2011 at 12:47 PM , armouris said...

info tentang berpantang selepas bersalin di SIHAT SELALU - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang