-PenTeman-

Assalammualaikum,..

Lampiran Pertama

Lampiran ke-2

Tidaklah menjadi kejutan buat aku dan rakan-rakan yang lain berikutan mohon maaf yang dibuat oleh wakil pelajar-pelajar DPPI semalam melalui media HEP unisel. Aku ada membaca beberapa butiran sebab mengapa mereka membuat kenyataan secara "terbuka" kepada pihak Pentadbiran tertinggi melalui HEP,.. Terus terang aku langsung tidak menyalahkan mereka-mereka yang dalam keadaan tekanan dan dibawah pengaruh "ugutan" pihak-pihak tertentu.

Soalan Pertama;

Kesemua Mahasiswa yang bersama dalam perarakan aman tersebut sudah jelas dengan penerangan yang diberikan pihak kami sehari lebih awal di BT 9 FaSBio. Mereka telah pun di terangkan tujuan berhimpun dan tentang kehadiran pihak media,. adalah menjadi fitnah apabila mereka mengatakan bahawa mereka langsung tidak maklum mengenai perhimpunan serta perarakan aman tempoh hari. Dimana dakwaan yang mereka katakan bahawa tiada kejelasan informasi berkenaan perarakan dan sidang media??

Soalan Kedua;

Semasa sebelum perarakan bermula, aku MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff) selaku Ketua Umum AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) telah menjalankan satu proses penerangan melalui "Speaker's Corner" yang mana butir-butir penerang menyentuh isu pentadbiran yang pincang dan tujuan perarakan dan kedatangan rakan-rakan media. Tika waktu ini, jika mereka langsung tidak bersetuju, mereka boleh untuk tidak berpatisipasi. Tetapi persoalannya, mengapa mereka masih teruskan dengan perarakan ini??

Dengan membaca kenyataan yang ala-ala kebudak-budakan pihak pelajar2 DPPI disamping penuh dengan kenyataan kontradik antara satu sama lain jelas bahawa mereka bukanlah dalam keadaan sedar malah memperlihatkan bahawa kenyataan mereka dibawah tekanan dan "ugutan" pihak2 tertentu.

Dalam surat minta maaf tu pun jelas mengatakan bahawa aku MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff) akan bertanggungjawab, dan aku berjanji akan bertanggungjawab untuk semua itu,. Dan apabila hujah mereka mengatakan bahawa itu sekadar janji2 manis dan omong kosong, terlintas di benak fikiran aku bahawa mereka telah pun menafikan kebertanggungjawaban yang telah dijanjikan aku pada awal perjumpaan kami,. Mereka telah pun di "doktrin" dengan persoalan "Atas kapasiti apa shahimi ariffin untuk membantu kalian??",.aku tidak menolak kemungkinan ada unsur Tekanan dan ugutan" pihak HEP.Untuk itu aku kira aku teringin nak manjawab bahawa atas kapasiti Mahasiswa Lantang aku akan fight sehabis mungkin dengan mengemukakan bukti bahawa tiada tindakan boleh dikenakan kepada mereka.

Cerita 5 Ogos 2011

Semasa hari Jumaat(5 ogos 2011) tempoh hari selepas perarakan aman dan kenyataan media selesai, kami(yang berarak) trus ke canselori untuk menyampaikan salinan memorandum kepada 3 orang Timbalan Naib Canselor UNISEL. Dalam mana kami menyampaikan memorandum itu, terdapat seorang makhluk(Staff HEP) ALLAH mengambil langkah dengan berjumpa dengan pelajar2 DPPI yang bersama dalam perarakan aman serta sidang media.

Dalam masa kurang lebih 45 minit mereka di"arah" untuk bertemu dengan makhluk ALLAH yang dinyatakan seperti diatas. Persoalannya, mengapakan mereka harus untuk bertemu dengan pihak HEP sejurus selepas perarakan aman dan sidang media?? Ini jelas bahawa mereka telah pun diberikan tekanan dan "Ugutan" berikutan dengan perarakan aman dan sidang media yang baru sahaja mereka bersama. Pihak HEP walau bagaimanapun akan terus cuba untuk menegakkan benang yang basah dan menegakkan kebatilan bos mereka. Bukanlah benda yang pelik kalau Momok sebenar adalah mereka.

Aku dimaklumkan bahawa kebanyakan pelajar2 DPPI(Kohort 8) mempunyai masalah kewangan. Lantaran itu kebanyakan mereka mempunyai masalah untuk melunaskan pembayaran yuran berikutan permasalah pinjaman kerana masalah MQA (dibawah seliaan TNC[A], Prof. Dr. Anuar). Uts. Zamri banyak tolong budak2 kohort 8 ni untuk lepaskan dorang ambil exam walaupun dgn beban hutang yang mencecah angka yang tidak sepatutnta lepas melalui bantuan TNC. Adalah tidak menghairankan jika "Ugutan" berkenaan ini terus di Momok-Momokkan pihak-pihak tertentu menjadikan mereka ter"tekan" lantas meminta maaf secara terbuka.
* Harap perkara ini dapat disiasat~

Selain itu juga, bagi pihak AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) kami optimis dengan segala gerak kerja yang cuba menafikan keBENARan yang cuba dibawakan pihak kami,. terima kasih kami ucapkan kepada pihak yang cuba buka pekung anda sendiri =)

-Mahasiswa Mendepani ISU-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (Sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (0)