-PenTeman-

Assalammualaikum...

Student Power!!!

Mungkin mahasiswa diluar sana tak jelas dengan peranan mereka sebagai "Mahasiswa". Ada yang kata tugas mahasiswa hanya berguru dan berkuliah. Tapi bagi aku peranan mahasiswa lebih daripada sekadar itu. Hal jatuh bangun negara pun disandang di pundak mahasiswa inikan pula hal jatuh bangun kampus. Aku secara peribadi menyelar tindakan makhluk-makhluk yang sekadar mengehadkan peranan mahasiswa pada pembelajaran dan ruang lingkup pengajian sahaja. Soal pentadbiran universiti dikatakan bukan kawasan yang boleh dilepasi mahasiswa. Orang yang punya pemikiran sebegini persis pemikiran Ortodoks dan konservatif. Jahilnya pemikiran sempit dan terhad ini. Untuk apa di tempatkan mahasiswa sebagai;

:: Agen Perubahan dan,
:: Mekanisme Kawalan

Kalau ini pun tidak difahami usah sembang soal perjuangan hak. Bila berhujah soal hak pandai pula diri mengenengahkan pelbagai hujah yang bermacam. Inilah jadinya jika peranan langsung tidak dimaknakan. Silapnya mahasiswa mereka hanya ketahui bahawa mereka punya peranan pada perubahan negara tetapi mereka langsung tidak memaknakan peranan mereka kearah itu.

Pada baru-baru ini Pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) telah mengadakan perarakan aman beserta sidang media bersama rakan-rakan wartawan. Dilihat bahawa dengan tindakan itu kami telah melepasi kawasan yang di"anggap" larangan kebanyakan pihak. Hal yang harus dijelaskan kepada semua adalah, tiada sebarang kawasan yang boleh sesiapa hadkan kepada mahasiswa untuk dilepasi hatta undang-undang negara (AUKU 1971).

Mahasiswa harus punya pendirian dalam soal kebobrokan pentadbiran negara inikan pula soal pentadbiran yang jauh lebih kecil (kampus), Jatuh bangun pentadbiran pastinya menjejaskan mahasiswa secara seluruhnya. Adakah itu tiada kaitan dengan mahasiswa? pasti sahaja terkait. Kalau berbicara biarlah menggunakan Aqal, bukan Aqal yang dangkal. Permasalahan difikirkan secara mendalam bukan kulitnya sahaja.

Isu di KUIN sama persis dengan isu di unisel, nampaknya kerajaan PR di Selangor masih tidak belajar dari kesilapan yang melanda negeri Kedah. Adalah melemahkan sokongan rakyat (mahasiswa) kepada kerajaan PR. Pada aku mudah sesiapa pun yang memerintah, buat sahaja silap aku akan tampar!!! Tiada istilah defensif dalam kamus hidup aku..

Biarlah AUKU 1971 pon yang aku rempuh, sikit pun ia tidak membuatkan aku goyang. Malah membuatkan aku kuat dan lebih bersemangat. Kalau naga sakti pun bisa aku berdepan inikan pula cicak mengkarung. Selagi ada ALLAH selagi itu ada Harapan =)

-Mahasiswa Mendepani ISU-
"Memaknakan Peranan MAHASISWA"

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (Sosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (1)

On February 5, 2012 at 2:38 PM , Anonymous said...

poyo