-PenTeman-

Assalammmualaikum..

Berjalan kaki pada kadar kelajuan 12 KM/jam secara konsisten tanpa henti selama 5 jam, dimanakah lokasi anda tika itu?

Ceritanya sahaja persis jalan cerita novel dan drama. Mengalahkan wakson nyambek yang menempa nama dalam sejarah olahraga negara suatu ketika dahulu, tergelak aku. Secara teorinya pun sudah jelas menipu. Uuntung aku belajar fizik masa form 6 dulu..

Pada aku itu sekadar cerita sang penagih gila disamping mempunyai hobi sbg kaki pukul demi meraih cinta seorang puteri yang tegar kerana dipukul.

Cerita nya sahaja jelas semata untuk mmenagih simpati dari org yang di'cintai'. Tapi adakah itu pemaknaan syg dan cinta?. Memukul mengherdik seorang wanita atau gadis, jelas ini kerja sang bacul dan laknat.

Ada orang suka beralasan 'sayang'. Demi mempertahankan tindakan dan penguasaan terhadap seseorang..

Tapi biarlah berbalik kepada konotasi sebenar kasih sayang. Bagi aku analoginya mudah;

Kalau kita punya handphone kesayangan adakah untuk menunjukkan sayang dan kasih kita pd nya kita hempas dan rosakkannya? Pasti org kata itu bodoh!!

Semakin hari semakin ramai yang bodoh masuk universiti. Masakan boleh digelar graduan kalau emosi pon tidak dapat dikawal? Adakah selayakkan dia digelar mahasiswa kalau tindakannya sahaja nampak dan jelas macam budak2 sekolah samseng yang tiada masa depan.

Wanita bukan untuk disakiti tetapi di belai jiwanya dan dikasihi perasaannya. Tiada asas yang kukuh jikma dikatakan alasan "sayang" maka dilakukan kekasaran kepada tubuh dan mentalnya. Kau harus bertanggungjawab kepada semua ini!!!

Entry ini jelas aku tujukan kepada mana2 manusia yang kaki pukul atau bacul agar kerja laknat itu dapat dihentikan atau kau akan diheret ke mahkamah dan berdepan dengan tindakan undang2 malaysia!!!

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)